Umnoapco semakin terdesak, kali ini di Bukit Katil Melaka, kebodohan Umnoapco semakin ketara bila memperalat jabatan pendidikan negeri Melaka dalam penganjuran karnival Barisan Nasional.
Karnival Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Bukit Katil anjuran Jabatan Pelajaran dan Kerajaan Negeri yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Sabtu lalu tiba-tiba telah bertukar menjadi karnival Barisan Nasional.
Program Persatuan Ibu Bapa dan Guru tersebut telah dipolitikkan di mana bendera Barisan Nasional diletakkan di segenap penjuru tapak program, ini sesuatu yang tidak seharusnya terjadi, mengapa program jabatan pendidikan menjadi program politik?
Apakah Umnoapco Melaka semakin terdesak dan takut kehilangan kuasa, sehingga sanggup melakukan penyelewengan ini?.
Program Persatuan Ibu Bapa dan Guru tersebut telah dipolitikkan di mana bendera Barisan Nasional diletakkan di segenap penjuru tapak program, ini sesuatu yang tidak seharusnya terjadi, mengapa program jabatan pendidikan menjadi program politik?
Apakah Umnoapco Melaka semakin terdesak dan takut kehilangan kuasa, sehingga sanggup melakukan penyelewengan ini?.
Seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Aini Othman, 42, dari Ayer Molek berkata ada sekolah yang sepatutnya menggantikan cuti pada hari Sabtu itu terpaksa menangguhkannya semata-mata kerana karnival tersebut.
"Semua guru wajib hadir ada surat lain yang mewajibkan guru hadir yang dihantar oleh JPN". katanya
Dalam program itu juga perkara yang tidak sepatutnya berlaku, sensitiviti tidak diambil kira, bayangkan bila semua sekolah diwajibkan menghantar guru untuk bertanding antaranya pertandingan koir termasuklah guru sekolah agama.
Seorang guru hanya mahu dikenali sebagai Azani Basir, 36, berkata sekolah .
"Sekolah-sekolah wajib menghantar penyertaan, kalau tidak guru yang tak datang dikenakan surat tunjuk sebab."
Lihatlah betapa peliknya Umnoapco sekarang, gara-gara mahu menarik sokongan dan menampakkan program itu meriah, Ibu bapa, guru dan pelajar telah ditipu, program PIBG bertukar jadi program Barisan Nasional. guru Agama disuruh masuk pertandingan kior.
Sementara itu bekas pendidik, Yusof Wahab, 56, berkata tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang membiarkan jabatan itu dipolitikkan amat dikesali.
"Guru dan pelajar-pelajar dipaksa untuk hadir program tersebut dan mereka menggunakan program ini untuk berkempen di mana bendera-bendera BN penuh digantung dalam kawasan karnival, nampak jelas BN Melaka amat terdesak sehingga terpaksa menggunakan JPN untuk memastikan guru-guru dan ibu bapa hadir untuk mendengar ucapan pemimpin BN," katanya
Siapa tangan-tangan "Ghaib" yang mengarahkan jabatan pendidikan menipu ramai orang ini, surat jemputan program tersebut ditandatangani sendiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Muhammad Yusoff Osman, manakala Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu; Ahli Dewan Undangan Ayer Molek, Datuk Md Yunos Hussin; Speaker Dun Melaka, Datuk Othman Mohamed, apakah mereka ini terlibat?
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.