Memaparkan catatan dengan label Melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melaka. Papar semua catatan

Ali Rustam Kata Pakatan Dengki Majlis Anak Dia.. kah..kah..kah

| comments

ali rustam kata pakatan rakyat dengki dengan perkahwinan anaknya, kah..kah..kah.. ini kelakar, pegi lantak la anak hang nak kawin 4 sekali gus pun, tak sapa nak dengki. 

Tapi masalahnya benda-benda yang bawah nei.. 

(1) Perbelanjaan RM600,000 untuk walimatulurus itu, seperti dilaporkan The Malay Mail semalam - yang didakwa melebihi kemampuan seorang ketua menteri.

 (2) Dakwaan anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran. 

(3) Dakwaan penglibatan Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Yusof Jantan mempengerusikan persediaan mesyuarat mengenai persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik majlis itu. 

Ali rustam ni tak paham isu agaknya, orang tak dengki apa pun kalau anak dia nak kawin 4 pun, kalau dia nak kawin pun orang tak hairan, orang pelik ja sebab dia pun pasang niat lagi. kah.kah..kah

Masalahnya jawab dulu tuduhan kat atas tu, kalau betul seperti didakwa, ni dah kira salah guna kuasa nei, mana boleh guna agensi kerajaan untuk majlis anak sendiri, bukan kerja pegawai tempatan nak urus kawin anak dia.

Sudah la camtu, Ali rustam ni sangat berbangga bila dapat mengadakan majlis perkahwinan "mega" anak dia, tak perlu lah nak bermega-mega pun, kawin ni tak perlu membazir, buat ala kadar sudah la, kan najib kata amalkan "wasatiah", yang penting kawin bahagia, takut sekerat jalan je... takut la...

 Dengki ke dengan kawin anak dia?, dengki bukan dapat apa pun.... kah..kah..kah


 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ali Rustam Betul Tak Faham, Meh sini Ali, Baca Sini

| comments

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Sebelum ini, telah pun "tukanglawan" siarkan tentang berita Ali Rustam meroyan-royan kerana ketua Wanita MCA ada akal cikit dan cikit bijak berbanding orang umno, kerana jelas pada apa yang dibawakan BERSIH, Ketua Wanita MCA itu turut serta dalam perhimpunan BERSIH di Banda Hilir Melaka pada sabtu lalu. (baca sini)

Tapi Ali rustam yang tak tahu apa-apa ini, seperti melayu-melayu umno lain, cuba memutar belitkan fakta untuk terus menipu orang umno yang tak tahu apa-apa pun pasal BERSIH ni.

Meh kita dengar kenapa Ketua wanita MCA melaka hadir ke himpunan BERSIH, lepas tu kita dengar Ali rustam nak jawab apa.

Ketua Wanita MCA Melaka Datuk Kian Sit Har mempertahankan tindakannya serta tidak akan meletak jawatan dalam parti kerana menghadiri perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada Sabtu lepas.

Katanya beliau menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi dan sebagai warganegara yang prihatin.(cukup besar tak?)

"Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya menyokong dua perkara penting yang diketengahkan dalam perhimpunan itu iaitu menghapuskan rasuah dan supaya pilihan raya umum akan datang ini berlangsung dalam keadaan adil dan bersih.

"Perkara ini baik untuk rakyat keseluruhan dan saya menghadirinya kerana saya rasa dua perkara sebagai isu nasional ini perlu disokong," katanya ketika dihubungi Bernama semalami.

Kian diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta beliau meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu. ( tuntut perkara baik pun tak boleh ke ali?)

Mohd Ali yang juga Pengerusi BN Melaka menyifatkan tindakan pemimpin veteran MCA itu sebagai satu sabotaj dan menikam BN dari belakang yang akan menyusahkan MCA dan BN.

Mengulas lanjut, Kian berkata tindakannya itu tidak sama sekali dilihat sebagai anti kerajaan. ( sbb kalau kerajaan betulx2 rasa bersih, apa mau takut, itu pengerusi SPR bila dgn timbalan dia bila mau letak jawatan?)

"Saya berasa saya tidak bersalah dalam hal dan kehadiran saya sebagai warganegara yang prihatin dalam isu nasional ini," kata bekas senator itu. ( bekas sanator ckp macam ni, bukan ketua cawangan umno yang tak tau apa-apa kecuali cari projek )

Nampak sangat Ali rustam tu bodoh,  tak faham kenapa himpunan BERSIH diadakan, tu la, lain kali baca banyak cikit la.

huh, hampir terlupa sekejap "tukanglawan" Ali rustam dan sekutu mana suka pilihanraya yang Adil dan BERSIH.... kalau dia sokong .. dah tentu la dia turun. betul tak?, tapi kalau dia sokong pilihanraya yang Adil dan BERSIH, dah tentu la BN cepat mampus... puiii



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Guru Sekolah Agama Dipaksa Masuk Pertandingan Menyanyi

| comments

Umnoapco semakin terdesak, kali ini di Bukit Katil Melaka, kebodohan Umnoapco semakin ketara bila memperalat jabatan pendidikan negeri Melaka dalam penganjuran karnival Barisan Nasional.

Karnival Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Bukit Katil anjuran Jabatan Pelajaran dan Kerajaan Negeri yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Sabtu lalu tiba-tiba telah bertukar menjadi karnival Barisan Nasional.

Program Persatuan Ibu Bapa dan Guru tersebut telah dipolitikkan di mana bendera Barisan Nasional diletakkan di segenap penjuru tapak program, ini sesuatu yang tidak seharusnya terjadi, mengapa program jabatan pendidikan menjadi program politik?

Apakah Umnoapco Melaka semakin terdesak dan takut kehilangan kuasa, sehingga sanggup melakukan penyelewengan ini?.

Seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Aini Othman, 42, dari Ayer Molek berkata ada sekolah yang sepatutnya menggantikan cuti pada hari Sabtu itu terpaksa menangguhkannya semata-mata kerana karnival tersebut.
"Semua guru wajib hadir ada surat lain yang mewajibkan guru hadir yang dihantar oleh JPN". katanya

Dalam program itu juga perkara yang tidak sepatutnya berlaku, sensitiviti tidak diambil kira, bayangkan bila semua sekolah diwajibkan menghantar guru untuk bertanding antaranya pertandingan koir termasuklah guru sekolah agama.

Seorang guru hanya mahu dikenali sebagai Azani Basir, 36, berkata sekolah .
 "Sekolah-sekolah wajib menghantar penyertaan, kalau tidak guru yang tak datang dikenakan surat tunjuk sebab."

Lihatlah betapa peliknya Umnoapco sekarang, gara-gara mahu menarik sokongan dan menampakkan program itu meriah, Ibu bapa, guru dan pelajar telah ditipu, program PIBG bertukar jadi program Barisan Nasional. guru Agama disuruh masuk pertandingan kior.

Sementara itu bekas pendidik, Yusof Wahab, 56, berkata tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang membiarkan jabatan itu dipolitikkan amat dikesali.
 "Guru dan pelajar-pelajar dipaksa untuk hadir program tersebut dan mereka menggunakan program ini untuk berkempen di mana bendera-bendera BN penuh digantung dalam kawasan karnival, nampak jelas BN Melaka amat terdesak sehingga terpaksa menggunakan JPN untuk memastikan guru-guru dan ibu bapa hadir untuk mendengar ucapan pemimpin BN," katanya

Siapa tangan-tangan "Ghaib" yang mengarahkan jabatan pendidikan menipu ramai orang ini, surat jemputan program tersebut ditandatangani sendiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Muhammad Yusoff Osman, manakala Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu; Ahli Dewan Undangan Ayer Molek, Datuk Md Yunos Hussin; Speaker Dun Melaka, Datuk Othman Mohamed, apakah mereka ini terlibat?







Satu lagi Projek barisan Nasional (versi kantoi)

| comments


Bukan main lagi si najib bila beriya-iya mahu bina bangunan mega yang kononya mempunyai 100 tingkat, ada kemampuan ke KONTRAKTOR nak bina bangunan yang gah kononnya tu, sebab dah ada bukti dah "projek kerajaan barisan nasional" nei cuma  melepas batuk ditangga " projek menghabiskan duit rakyat" demi ego yang lebih tinggi dari projek menara warisan tu.

Kah..kah..kah...

WOI .. apa jadi kat projek jambatan  Hang Jebat beharga RM 7.6 Juta di Melaka tu, bukan main lawa kan, tapi tak sampai 3 tahun habis semua rahsia terbongkar...projek Barisan nasional la tu. kah..kah..kah.... 

Ini satu lagi projek bodohkan rakyat, lepas tu mintak rakyat bersyukur dan berterima kasih kat puak BN penipu nei...

Menelan kos sebanyak RM 7.6 juta untuk dibina dan ianya siap pada tahun 2008. jambatan nei tak la panjang pun... kalau jalan hujung ke hujung 3 kali pun tak "semput" langsung. tapi harga bukan main RM7.6 juta.

Bab harga tu mungkin "semput" cikit kita dengar, walaupun lebih murah  dari harga cincin rosmah mansur tapi sudah pasti dalam bayangan kita jambatan ini harus la setanding dengan harganya. jambatan ini sudah pasti menggunakan bahan yang cukup hebat sekali... tapi...

Tak sampai 3 tahun, sudah mula kelihatan tanda-tanda rekahan panjang dan juga kerosakan pada struktur binaanya, kenapa jadi begini?

pelik sekali kerana dengan kos sebanyak RM 7.6 Juta (kurang sikit dari harga cincin rosmah) jambatan yang sepanjang lebih kurang 20-30 meter tidak seharusnya retak dengan teruk sekali.,

mengikut cerita dari orang ramai ,hiasan batu pada tepi jambatan sudah pecah dan terdapat rekahan panjang juga kerosakan teruk pada struktur binaanya

Mungkin jambatan kayu yang kosnya 10 kali lebih murah pun tidak akan rosak dalam tempoh begini singkat.

tapi apa nak pelik ,di malaysia, semuanya boleh, warga asing bernama "mismah" boleh menjadi warganegara dalam tempoh kurang 4jam dan didaftarkan sebagai penggundi.cepat sungguh

Apatah pula lagi hadiah kepada pengundi di kawasan ini, inilah hadiah kerajaan barisan nasional kepada mereka. dengan harapan selamanya mereka akan kagum dan berterima kasih kepada rejim UmnoApco itu.

kah..kah..kah... kenapa agaknya jambatan ini rosak dalam waktu yang sangat singkat, jom lihat gambar.. kah..kah..kah...


Gambar di sebelah menunjukkan struktur jambatan dari tepi, kelihatan dinding jambatan itu sangat kukuh sekali, tetapi satu lubang telah terbentuk di tepi dinding jambatan . oh ye, sebuah bot juga dilihat diletakkan sebentar di bawah jambatan tersebut. kah..kah..kah..


Pandangan dari bawah jambatan hang jebat di jalan tun mahathir melaka, kelihatan jambatan ini disangga oleh 2 buah tiang kongkrit yang cukup tebal dan kukuh sekali. jadi lori seberat 5 tan mungkin tiada masalah melalui jambatan bernilai RM 7.6 Juta (kurang sikit dari harga cincin rosmah) ini.



Opsss nanti dulu, adakah ini satu teknik fotography atau ini sebenarnya satu penipuan dalam pembinaan jambatan yang menelan kos sebanyak RM 7.6 Juta (kurang sikit dari harga cincin rosmah) ini. dinding jambatan itu bukannya kongkrit, perhatikan gambar..

Ia menggunakan Styrofoam ( lapisan putih) dan disalut dengan lapisan konkrit (lapisan Coklat). teknolofi ini diketahi telah digunakan dibeberapa negara sebagai alternatif binaan untuk mengurangkan kos binaan. ia juga banyak diguna pakai didalam set pengambaran kerana ia diketahui tidak mampu bertahan lama. jadi mengapa kos pembinaan sangat tinggi RM 7.6 Juta (kurang sikit dari harga cincin rosmah) ?


Gambar diatas menunjukkan rupa-rupanya bahagian tepi jambatan tersebut tidak dibina dengan, konkrit, ianya kosong dibahagian dalam, mungkin sebenarnya jambatan yang khabarnya dibina oleh syarikat kontraktor yang bernama Al-Jofri ini hanya untuk pengambaran yang bakal dibintangi oleh 'DATUK SHAH RUK KHAN " namun kerana ia menelan belanja yang besar iaitu RM 7.6 Juta (kurang sikit dari harga cincin rosmah) , maka mereka mahu mengekalkannya.menjadi warisan negeri.


Rupa-rupanya kita semua tertipu dengan "satu lagi projek kerajaan barisan nasional" ruangan dalaman yang kita sangkakan konkrit itu sebenarnya adalah lapisan Styrofoam yang disalut konkrit nipis. rangka dalamannya adalah besi-besi nipis yang dipateri antara satu sama lain dan mungkin hanya mampu bertahan dalam jangka masa singkat.

Seperti yang "tukanglawan" katakan tadi, mereka memang tidak bercadang untuk mengekalkan jambatan ini dalam tempoh masa lama, kerana mereka mahu satu lagi "projek kerajaan barisan nasional" bak kata najib "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dan kerajaan barisan nasional telah membuktikannya cuma dengan kos kurang sedikit dari harga cincin permata rosmah



@TUKANGLAWAN Fikir pasti didasar jambatan ini ditanam permata, sebab itu harganya mahal..



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Exco Melaka Terjatuh Dalam Sungai

| comments



JASIN, 15 Julai - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Turut serta Anggota Dewan Undangan Negeri Bemban Chua Kheng Hua

walaubagaimana pun malang menimpa mereka bila pelantar yang dipijak mereka telah roboh lalu membuatkan mereka jatuh kedalam sungai tersebut
bagaimanapun Datuk r.perumal yang melepaskan sebanyak 20, 000 ekor benih anak ikan lampam pada program tersebut selamat tanpa mengalami kecederaan serius melainkan deraan perasaan sahaja.

kejadian malang ini tidak lebih dari mahu mengingatkan semua orang,apa sahaja mungkin berlaku , maka berhati-hatilah sebelum anda basah kuyup dan terpaksa balik dengan baju yang basah.

Persamaan yang dialami oleh Datuk R.Perumal dengan peserta himpunan ialah mereka balik dalam keadaan basah dan kesejukan.

Dengar cerita pihak Bernama telah menerima arahan dari Ketua pengarah Perikanan malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka supaya tidak menyiarkan gambar in. tapi lepas juga. kalau betul nak berkhidmat pada masyarakat, nak malu kenapa.?


@TUKANGLAWAN Simpati , tapi pernah kah datuk simpati pada peserta himpunan BERSIH?. 


"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
 
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit