KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Ali Rustam nampaknya memang tak suka pada pilihanraya yang BERSIH dan ADIL, kenapa agaknya ya?, apakah dia tidak yakin boleh menang dalam pilihanraya yang Bersih dan Adil, takkan la tuntutan Demokrasi sebegitu mengusarkan dia jika dia betul-betul yakin sudah lakukan yang terbaik untuk rakyat.
Ok, kita ingat balik kenapa himpunan BERSIH dibuat?, dengan jelas jawatankuasa pemandu BERSIH beserta 84 NGO lain menganjurkan bersih kerana menuntut pilihanraya yang Bersih dan Adil, selaras dengan hak rakyat untuk menyuarakan suara mereka melalui pilihanraya.
8 tuntutan dikemukakan, tak perlulah "tukanglawan" ulas panjang mengenai tututan itu, jika masih tahu, memang sampai sekarang pun tak akan faham kenapa himpunan bersih diadakan.
SPR dikecam teruk kerana gagal mewujudkan kepercayaan rakyat terhadap mereka, jadi dengan sendirinya SPR tidak lagi dilihat sebagai suruhanjaya yang bersih, apatah lagi bila pengerusi dan timbalannya adalah ahli Umno, satu kompenan barisan Nasional ( sebut Beban Negara) yang bertanding dalam pilihanraya.
Dan disini mahu sekali lagi "tukanglawan" ingatkan, BERSIH bukan gesaan terhadap penambah baikan sistem pilihanraya oleh parti -parti dalam pakatan rakyat, malah siapa sahaja hatta umno, Mca atau Mic pun telah dijemput, iktupun jika mereka mahukan sistem pilihanraya yang adil.
baiklah, itu isu utama kenapa BERSIH diadakan, berbalik pada Ali Rustam, beliau telah meminta Ketua Wanita MCA letak jawatan kerana katanya Datuk Kian Sit Har telah terlibat secara langsung dalam penganjuran BERSIH.
Ok baiklah, malas "tukanglawan" mahu ulas panjang, cuma apa yang "tukanglawan" mahu katakan, BERSIH bukan milik mana-mana parti politik, itu jelas, sesiapa sahaja yang mahukan pilihanraya yang Bersih dan Adil boleh menyertainya, menyuarakan pendapat.
ALi Rustam Nampaknya tidak faham kenapa BERSIH diadakan, atau pun Ali Rustam memberi mesej jelas, beliau tidak suka kepada pilihanraya yang bersih dan Adil, kerana dengan pilihanraya yang Bersih dan Adil, beliau mungkin akan hilang Jawatan dan kuasa.
Itu jelas sekali. sebab Ali Rustam menolak pilihanraya yang Bersih dan Adil, matlamat utama himpunan BERSIH diadakan.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.