Isu bendera ni panas, sana sini puak umno main isu ni, apa penjelasan mereka yang erlibat, ekslusif dibawah nei penjelasan lelaki yang kibarkan bendera ni.
Mengapa kami kibarkan sang saka Malaya?
Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.
Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.
Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.
Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.
link disini http://singaselatan.blogspot.com/2012/08/?zx=8595a09c14ca94e3
Whatever la bro, nak cerita pasal sejarah bukan semua orang reti sejarah, lain kali fikir dulu sebelum buat, tak terfikir ke benda ni akan jadi isu besar. pegi la cerita pada pakcik felda kalau diorang faham, kalau dah siang malam nanti media main benda nei diorang lebih percaya pada apa yang TV dan surat khabar sampaikan, bukan nya apa yang blog terangkan.
Sikit punya hal terus jadi isu besar... bikin pening la. elok lu pegi wat media statment la kat TV3 suku , lain kali fikir dulu.. lu punya pasal... semua jadi susah..
Sikit punya hal terus jadi isu besar... bikin pening la. elok lu pegi wat media statment la kat TV3 suku , lain kali fikir dulu.. lu punya pasal... semua jadi susah..
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
+ comments + 8 comments
Syabas sdra...sejarah meme x dpt ditipu ttp dapt disembunyikan...namun pd era masakini khalayak majoritinya tidak terdedah pd fakta trsebut kecuali segelintir yg darah kiri mengalir dari warisan trdahulu...ape pun setiap tidakan ada response nya...just be prepare for the outcome...selamat berjuang
@Tanpa Nama cuma tindakan segelintir pemuda akhirnya menjadi isu besar yang digunakan .. tak mustahil ketegangan timbul kerana isu bendera nei
My question is how is this representative of Merdeka for both Malaya (Peninsular Malaysia) and Sabah and Sarawak. Is there any symbolism that represents East Malaysia (Sabah and Sarawak) or are they excluded from Sang Saka Malaya? Thanks
Sejauh mana kebenaran fakta dlm blog ni? Stakat mnulis smua org bleh tulis.. Tq
giler ke ape anwar ibrahim ni.. da tua nak mampos pun .. x sedar-2.. pegi haji buat umrah lah orang tua..
nurul hidayah....
kalu nak sedar gi buat umrah je ke....
ade bini org tu gi umrah masih tak sedar2 jugak
kat sana pun masih tak tutup aurat cam ne
Syabas kerana kibarkan bendera Sang Saka. Inilah pengisian HARI KEMERDEKAAN yang sebenarnya. Kita patut paparkan dari sebelum MERDEKA hingga sekarang......Baru dikatakan memperingati HARI KEMERDEKAAN......Betul tak?
Nurul Hidayah, sedarlah bahawa apabila kita menyatakan orang lain GILA sebenarnya kita yang GILA....Macam-macam GILA ada kan?
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.