Penipuan media buat rakyat makin jelak

| comments



Lihatlah gambar diatas, gambar diatas diambil di konvensyen pakatan rakyat ke 3 yang berlangsung di Kedah Darul Aman minggu lepas.

Gambar tersebut diambil dan dimanupulasi dengan tujuan memperdaya dan mengelirukan ramai orang. apakah niat sebenar mereka memberi gambaran bahawa konvensyen tersebut tidak mendapat sambutan dan hambar?

Wartawan atau atau pengamal media seharusnya punya maruah diri yang tinggi dalam menyampaikan berita, janganlah terlalu takut kepada sesiapa, lupakah mereka bahawa rezeki dan urusan diri kita ini seharusnya diserahkan kepada ALLAH.

Mungkin pengamal media sekarang terkongkong dan tertekan kerana takut kehilangan rezeki?, lalu mereka sanggup menyiarkan berita yang sebenarnya tidak mengambarkan keadaan sebenar.
Mungkin benarlah cerita yang disampaikan oleh pengamal media pro kerajaan nasional tersebut, ceritanya mengenai kerusi yang kosong, bukti bergambar pun disertakan sekali, namun sesuatu gambar itu masih tidak menggambarkan perjalanan sebenar konvensyen tersebut.

Sekeping gambar tidak mampu membuktikan apa-apa, sudut - sudut tertentu boleh digunakan untuk manipulasi cerita.


Bayangkan gambar tersebut diambil sejurus sebelum majlis bermula, ketika para peserta konvensyen masih lagi dalam perjalanan ke tempat berlangsungnya perhimpunan tersebut, manakala yang telah sampai menggunakan kesempatan bertegur sapa dengan rakan-rakan sebelum mengambil tempat duduk, ada pula yang menjamu selera sebelum mengambil tempat didalam stadium.

Apakah gambaran yang disampaikan itu dapat menggambarkan secara keseluruhannya perjalanan majlis tersebut, jawapannya sudah tentu tidak.

Bagaimana pula dengan gambar dibawah. gambar dibawah diambil ditempat yang sama dengan gambar diatas tadi, tetapi dalam situasi cukup berbeza.

Tak apalah, biarkan sahaja mereka memberi gambaran mengikut pandangan mereka, semakin media cuba menipu rakyat, semakin mereka tidak lagi dipercayai, semakin mereka cuba menipu, semakin tidak percaya rakyat kepada kerajaan. cuma pengamal media diseru supaya lebih bermaruah, sudah lupakah anda kepada etika menjadi seorang pengamal media?

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit