Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat Hatta Ramli berkata parti-parti politik di Malaysia sekarang sekadar tinggal 50 hari untuk bersedia menghadapi pilihanraya.

Dakwaan Hatta diperkukuhkan lagi dengan hakikat bahawa cuti sekolah panjang yang pertama bagi 2012 adalah dari 10 hingga 18 Mac.
Dan seandainya benar pilihanraya akan diadakan pada bulan Mac, maka ia berkemungkinan bahawa sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dan guru-guru sekolah akan dilantik sebagai kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya sementara.

Namun dalam keadaan berita hangat tentang kerakusan rosmah berbelanja besar didedahkan media antarabangsa baru-baru ini serta tekanan terhadap skandal NFC, mungkin najib terpaksa melewatkan lagi tarikh pembuangan undi,
Tapi dengan projek gula-gula yang giat ditaburkan oleh umnoapco sekarang, ditambah pula dengan pelbagai peristiwa termasuk sabotaj pemungutan sampah untuk memburukkan pentadbiran kerajaan selangor, serangan media terhadap Anwar Ibrahim serta usaha media tempatan menonjolkan imej yang bagus terhadap badan kehakiman,s emua itu tidak mustahil.
Mungkin dalam masa terdekat parlimen akan dibubarkan dan tidak lama lagi pilihanraya akan berlangsung,
Walaupun hanya rosmah, najib dan bomohnya yang tahu bila pilihanraya akan diadakan, kita tidak harus leka, lupakah kita mereka sedang berkempen saban hari melalui media masa. sepatutnya pendokong pakatan rakyat saat ini telah siap siaga.
Walaupun hanya rosmah, najib dan bomohnya yang tahu bila pilihanraya akan diadakan, kita tidak harus leka, lupakah kita mereka sedang berkempen saban hari melalui media masa. sepatutnya pendokong pakatan rakyat saat ini telah siap siaga.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.