Pengsan kerana tuntut baucar RM500 BR1M

| comments


Kesengsaraan rakyat yang mahu terus menjalani hidup telah digunakan sebaik mungkin oleh rejim umnoapco, bila pilihanraya hampir tiba, gula-gula politik ditabur merata-rata, maklumlah, umnoapco sekarang dalam keadaan yang sangat tersepit, apa saja perlu dilakukan untuk terus berkuasa.

Tersepit dengan harga barangan yang tinggi, rakyat digula-gulakan dengan baucar RM500 kononnya bantuan untuk rakyat, itu semua dilakukan supaya rakyat rasakan kerajaan yang berkuasa hari ini perihatin kepada kesusahan yang dialami rakyat, tidak sedarkan itu cuma satu rasuh menjelang pilihanraya. jangan kita tertipu lagi dengan janji manis mereka.

Gara-gara desakan hidup, suka atau tidak kepada kerajaan umnoapco, mereka sanggup beratur panjang untuk menuntut bayaran RM500 yang dijanjikan, lebih malang lagi sampai ada yang pengsan kerana beratur terlalu panjang.

Semalam seorang wanita Orang Asli jatuh pengsan ketika beratur semasa menuntut baucar wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Serambai.

Wanita berkenaan, Ros Geboy, 43, dari Kampung Orang Asli Kelaka hadir ke dewan itu seawal kaunter itu dibuka iaitu pada jam 8 pagi, menurut adiknya, Wahab Geboy, 42, kakaknya beratur hampir empat jam dari jam 8 pagi hingga kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Awas, gula-gula pilihanraya telah diberi, ambil namun jangan lagi pangkah umnoapco, kerana selagi mereka kekal berkuasa, harga makanan dan keperluan hidup akan terus naik, dan mereka hanya akan datang lagi 5 tahun yang akan datang, saat itu mereka sekali lagi berpura-pura sangat perihatin.


#Fakta yang perlu anda tahu.
Tahukan anda pendedahan oleh sebuah akhbar luar negara menyatakan rosmah membelanjakan sejumlah RM325,000 hanya untuk membeli pakaian, jumlah tersebut jika diagih-agihkan sebanyak RM500 melalui baucar gula-gula pilihanraya 1 malaysia ia boleh diberi kepada 650 orang penerima.

Ini bermaksud jika rosmah menggunakan wang rakyat bagi tujuan itu, dia telah mengambil hak 650 orang rakyat yang layak menerima gula-gula pilihanraya tersebut.

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit