Jingga 13 minta SPRM Siasat rosmah

| comments


Berikutan pendedahan yang dibuat oleh sebuah akhbar luar negara mengenai sikap isteri perdana menteri yang dikatakan seorang yang gemar berbelanja dalam jumlah yang besar (sila rujuk sini dan sini) Jingga 13 telah mengeluarkan kenyataan media mendesak SPRM menyiasat secara secara terperinci darimanakah sumber wang yang digunakan untuk tujuan berbelanja sakan tersebut.

Jingga 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dari manakah wang yang digunakan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ketika 'berbelanja mewah' di Australia.

Ianya merujuk kepada laporan dalam seksyen 'Private Sydney' yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald semalam, di mana kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik milik beliau di Sydney.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, jumlah yang dilapor akhbar itu tidak termasuk berapa malam Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak menginap di Hotel Darling , Sydney yang berharga RM65,100 semalam dan bayaran untuk parkir khas untuk limosin beliau.

"Di saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup , dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin menderita untuk terus hidup , isteri Perdana Menteri membeli belah ratusan ribu ringgit.

"Dari manakah wang yang diperolehi oleh beliau boleh untuk berbelanja mewah sehingga di gelar 'FIRST LADY OF SHOPPING'," katanya yang menunutut siasatan segera SPRM.

Menurut Fariz, beliau hairan kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan oleh SPRM terhadap pelbagai laporan yang dibuat terhadap tabiat isteri Perdana Menteri Malaysia itu.

Lalu beliau mempersoal, adakah SPRM hanya khusus untuk menyiasat dan mendakwa rakyat biasa dan tidak kepada isteri Perdana Menteri dan pimpinan Umno.

"Jingga 13 meminta seluruh rakyat Malaysia membuka minda dan hati agar bangkit mempersoalkan dari manakah wang yang Rosmah Mansor perolehi sehingga berbelanja mewah yang mungkin sudah jutaan ringgit daripada keseluruhan melibatkan barang kemas, pakaian,beg tangan Birkin dan sebagainya termasuklah perbelanjaan pengangkutan dan penginapan mewah di luar negara.

"SPRM harus bertindak adil dan profesional dan bukan bertindak dwi-standard," katanya.

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit