Memaparkan catatan dengan label Jingga13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jingga13. Papar semua catatan

AIC dan Jingga 13 Keluar Kenyataan Berkenaan Bersih

| comments

KUALA LUMPUR – Meskipun Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini mendapat kritikan, namun beberapa gerakan pro-pembangkang tetap bertegas untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Dua pertubuhan terawal menyatakan sokongan terhadap perhimpunan itu sejurus pengumuman mengenainya dibuat oleh Jawatankuasa Bersih pada hari ini adalah Jingga 13 dan Anwar Ibrahim Club (AIC).

Setiausaha Jingga 13, Vickneswaran Krishnan berkata, pihaknya menyambut baik langkah untuk mengadakan satu lagi perhimpunan Bersih pada hujung bulan ini.

“Jingga 13 akan membantu segala bentuk mobilisasi bagi menggerakkan kempen di media sosial mahupun turun ke lapangan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad pula mendakwa, Perhimpunan Bersih 3.0 mempunyai asas kukuh dan berintegriti kerana ia tidak mewakili pihak berkepentingan.

Dakwa beliau, perhimpunan itu sebagai satu desakan untuk kerajaan segera bertindak bagi memberikan rakyat Malaysia satu bentuk pilihan raya yang lebih terjamin.

Pada 19 Januari lalu media melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersoalkan hasrat Bersih untuk sekali lagi turun ke jalanan sedangkan banyak tuntutan mereka telah dipersetujui dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dipetik berkata, beliau tidak faham mengapa Bersih masih tidak berpuas hati kerana pelbagai ruang telah diberikan kepada mereka untuk mengemukakan cadangan termasuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Sebuah portal berita pula hari ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai berkata, Dataran Merdeka yang didakwa bakal menjadi tempat Perhimpunan Bersih 3.0 bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk membuat perhimpunan.

Beliau dipetik berkata, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

2 laporan SPRM Terhadap Najib Oleh Jingga 13

| comments

Jingga13 Hari ini membuat 2 laporan terhadap Najib Razak yang didakwa telah menggunakan wang rakyat untuk 2 tujuan berbeza, namun kedua-dua nya mempamerkan keborosan melampau keluarga perdana menteri tersebut, apa yang menjadi persoalan adakah wang rakyat digunakan untuk kedua-dua tujuan tersebut ?.

Laporan pertama berkaitan dengan perbelanjaan luar biasa sejumlah RM409,767 untuk kos majlis pertunangan anak Perdana Menteri .

Jingga13 hari ini mengemukakan bukti baru selepas menerima email yang dikirimkan oleh Shangri - la Hotel kepada Jingga13 yang menyatakan kos majlis berkenaan dibayar sendiri oleh Najib Razak, Namun apa yang menimbulkan persoalan ialah ketiadaan bukti untuk menyokong kenyataan dari pihak hotel berkenaan. (sila baca kandungan e-mail tersebut disini)

Jawapan dan kenyataan oleh pihak Pengurusan Shangri-La Hotel adalah terlalu dangkal tanpa dibuktikan oleh sebarang bukti pembayaran sama ada oleh melalui cek atau resit rasmi Shangri-La Hotel dan hanya menyatakan bahawa “bayaran sepenuhnya oleh Perdana Menteri pada 30 Jun 2011 dan bukannnya oleh Pejabat Perdana Menteri”.

Laporan ke 2 pula berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat,  Sdr. Rafizi Ramli pada 14 Mac 2011 bertempat di Lobi Parlimen berkaitan Perdana Menteri , pendedahan itu menyatakan Najib Tun Razak telah mengadakan jamuan meraikan harijadi beliau di Sri Perdana pada 24 Julai 2011 sejumlah RM 79,053 juga didakwa dibiayai oleh Pejabat Perdana Menteri melalui dana awam.

Tempahan tersebut adalah majlis peribadi najib razak turut dikendalikan oleh Shangri-la Hotel berdasarkan ‘Banquet Event Order’ (BEO) No. 14866 atas nama Pejabat Perdana Menteri dan disebut ‘Majlis Pejabat Perdana Menteri’ dan akaun serta bilnya adalah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri bukannya atas nama peribadi Perdana Menteri

Berdasarkan kepada BEO tersebut sejumlah RM79,053 telah dibelanjakan untuk majlis meraikan harijadi Perdana Menteri sepertimana perincian di bawah :

Buffet untuk 100 orang tetamu @ RM207 setiap seorang RM20,000
Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai RM7,738
Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai RM5,300
Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai RM795
Gubahan Bunga @ RM30,000 + 6% cukai RM31,800
Caj Pengendalian @ RM 12,000 + 6% cukai RM12,270

JUMLAH KESELURUHAN IALAH RM79,053 (baca Selanjutnya disini)

Jesteru itu Jingga13 hadir membuat laporan dan  meminta agar pihak SPRM membuat penyiasat terperinci secara telus dan profesional terhadap Perdana Menteri,

Pejabat Perdana Menteri dan Shangri-La Hotel agar menemukan jawapan yang sedang dinantikan oleh rakyat Malaysia yang sedang tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup tetapi Perdana Menteri bermewah-mewah dengan menggunakan wang rakyat tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab .

Penafian demi penafian dibuat oleh Najib Razak, Pejabat perdana Menteri dan Shangri-la Hotel, penafian sahaja tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan bukti, Laporan demi laporan juga telah dibuat, namun apakah kerana kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri, SPRM mampu bertindak dengan adil dalam menangani kes ini.

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Jingga 13 Desak Buku Pembunuhan Altantuya Dibuka Semula

| comments

Dalam satu kenyataan media yang diemailkan kepada "tukanglawan" Jingga13 mahu kes berprofil tinggi pembunuhan Al-tantuya Sharibu yang pernah menggemparkan negara diadili semula, ini kerana rakyat masih tertanya-tanya apakah motif sebenar yang membawa kepada pembunuhan model warga Mongolia itu terjadi.

Dibawah adalah kenyataan media yang diemailkan itu.

KES ALTANTUYA : RAKYAT MAHU TAHU MOTIF PEMBUNUHAN DAN SIAPA ARAH AZILAH DAN SIRUL AZHAR BUNUH ALTANTUYA ?

JINGGA 13 MENDESAK agar kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu diadili semula memandangkan banyak persoalan timbul daripada perbicaraan tersebut yang dilihat tidak sempurna , malah motif pembunuhan oleh dua orang anggota polis tersebut tidak disentuh langsung serta pembebasan Razak Baginda .

Sehingga hari ini rakyat masih tertanya-tanya siapakah yang telah mengarahkan agar dua orang anggota UTK tersebut iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar membunuh dengan meletupkan C4 terhadap Altantuya?

Bukan sahaja motif pembunuhan tidak disentuh tetapi persoalan terus berlegar apabila kaitan pembunuhan oleh Azilah dan Sirul Azhar terus disembunyikan dan rakyat melihat dua anggota UTK tersebut menjadi 'kambing hitam' dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Orang yang sebenarnya mengarahkan Azilah dan Sirul terus bebas tanpa sebarang tindakan.

JINGGA 13 YAKIN bahawa wujud 'tangan-tangan ghaib' yang mempengaruhi perbicaraan tersebut sehingga Azilah dan Sirul Azhar menjadi mangsa dan menanggung sendiri angkara arahan dan suruhan untuk membunuh Altantuya.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

Seperti kenyataan media yang dikirimkan itu, 'tukanglawan' juga terfikir jika benar kedua-dua tertuduh yang dijatuhkan hukuman salah itu benar membunuh al-tantuya, apakah motif mereka?, Apakah mereka mengenali altantuya, Apakah mereka menjalin hubungan atau punya sengketa dengan mangsa pembunuhan itu, adakah Altantuya berhutang dengan mereka atau apa-apa motif yang membawa kepada pembunuhan model tersebut?.


Jika diarahkan oleh "tangan ghaib" siapakah "tangan Ghaib" itu, dan apakah motifnya?, dan persoalan utama dari mana si tertuduh dapat bahan letupan tersebut, ia agak pelik, kerana bahan letupan tidak dijual dipasaran terbuka.
Secara ringkas yang tak berapa ringkas, baca fakta kes dibawah.


Sedikit fakta

Altantuya Shaariibuu telah dijumpai dibunuh secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja,berdekatan Shah Alam, Selangor di antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4.


Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor , cebisan mayat itu disahkan milik Altantuya oleh pakar patologi.


Sehubungan dengan itu enam orang ditahan namun 3 nama dibawah menjadi tumpuan dalam kes tersebut.


Abdul Razak Baginda (merupakan bekas penganalisis politik dan pembantu rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Najib Razak)


Cif Inspektor Azilah (dari unit keselamatan kepada Timbalan Perdana Menteri (Najib Razak ketika itu). Azilah bertugas sebagai OCBG (Officer in Charge Body Guard) kepada TPM. OCBG adalah ketua kepada unit ini. Ini bermakna, Azilah sebagai OCBG ialah ketua kepada unit ini
Koperal Sirul Azhar Umar . ( Juga pegawai pengiring dari Unit tindak khas (UTK) Polis Diraja Malaysia)


Azilah Hadri dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya dikatakan mengambil bahan letupan jenis PE (Plastic Explosive), detonator cord dan CLC (cutting liner charge) dari stor UTK dan mereka sememangnya mempunyai kepakaran mengendalikan bahan letupan.


Deputi Supritendan Muhammad Koey Abdullah menyatakan bahan letupan itu berkemungkinan diletakkan dalam mulut dan bahagian atas badan Altantuya menyebabkan tulangnya berkecai


PE jika diletupkan, ia boleh meruntuhkan keseluruhan satu bangunan. PE mempunyai velocity of detonation di antara 7000 meter sesaat sehingga 8500 meter sesaat. Secara teknikalnya pergerakan gelombang bunyi untuk RDX ialah 8500 sesaat bersamaan 8.5 km sesaat.Sebuah bangunan boleh roboh.


Fikirkan sejenak, apakah motif wanita itu dibunuh oleh 2 tertuduh yang akhirnya dijatuhkan hukuman bersalah, kedua bahan letup sekuat itu, dari mana puncanya?, jika mahu tahu misteri yang disembunyi ini, tumbangkan Umnoapco, dan kita lihat siapa yang akan diheret ke Mahkamah.




Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Jingga 13 Hantar Memorandum ke Kedutaan Palestin

| comments


Jingga 13 hari ini menghantar memorandum dan bukti adanya kerjasama perdagangan diantara kerajaan malaysia dengan syarikat pekapalan milik negara haram Israel.

Penyerahan memorandum itu dimulai selepas menunaikan solat Jumaat di masjid tabung haji sebelum mereka beramai-ramai bergerak ke kedutaan Palestin di jalan U-thant Kuala Lumpur.

Jingga 13 menyerahkan memorandum dan bukti tersebut sebagai tanda sokongan dan soladirasi kepada rakyat Palestin yang diperlaku secara kejam oleh tentera-tentera Israel.

Penyerahan memorandum itu juga adalah untuk meminta campur tangan dari kerajaan Palestin supaya memberi tekanan dan desakan kepada kerajaan malaysia agar hubungan niaga antara negara malaysia dan Israel dihentikan.

Selain Jingga 13, NGO-NGO lain yang terlibat sama dalam menjayakan penyerahan memorandum tersebut ialah AIC Malaysia (Anwar Ibrahim Club), Mapim (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) Dewan pemuda PAS, SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia), Activis 901 dan beberapa badan NGO lain.

Diharapkan dengan penyerahan memorandum tersebut, hubungan dagang antara Israel dan Malaysia akan dihentikan sebagai tanda sokongan kepada rakyat palestin.



Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Jangan Lupa, Baca Ni

| comments

Tukanglawan takut kawan-kawan lupa, jadi "tukanglawan" sengaja nak ingatkan program esok, lagi ramai yang datang mesti esok jadi lebih hebatkan.

Hah, dah lupalah tu, esok kan kita ada himpunan untuk sama-sama nyatakan sokongan kepada Rakyat palestine dengan menyerahkan memorandum mendesak kerajaan malaysia menghentikan urus dagang dengan Israel.

Kenapa pulak kita mintak urusniaga tu dihentikan?

Mudah je jawapannya, setiap urusniaga itu menjana ekonomi israel, lagipun kapal ZIM yang berlabuh dan turun kontena di pelabuhan kelang hari itu ialah kepunyaan kerajaan israel, sama la seperti kapal MISC... kapal kepunyaan kerajaan jugak.

Jadi kalau nak tahu, duit yang beli peluru, bina kapal kebal, buat tembok pemisah semua tu dari duit ini lah sumbernya.

jadi kalau kita takmo kianati saudara kita rakyat palestin... kalau esok ada kesempatan , jom la sama-sama tunjukkan rasa setiakawan kita, tunjuk kita perihatin. apa lagi kawan-kawan, sebarkan lah artikel ini, kebaikan yang kita lakukan itu ibadah.


~ SILA SEBARKAN ~

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Kalau Anda Sayangkan Palestin, Baca dan Sebar Ini

| comments

Kerajaan Umnoapco memang hipokrit, mereka serang Anwar Ibrahim, kononnya Anwar penyokong yahudi, tapi tembelang sudah pecah, umnoApco bukan sahaja bayar khidmat nasihat dari syarikat milik yahudi dengan menggunakan wang rakyat, tapi juga berurus niaga dengan Israel, kapal-kapal dagang Israel bebas berlabuh di pelabuhan negara.

Sehubungan dengan itu, JINGGA 13, sebuah badan NGO yang membokar "kebobrokan" dan pembohongan Umnoapco akan menghantar menghantar memorandum dan bukti hubungan dagang Malaysia-Isreal kepada Embassy of the state of Palestine sebagai tanda membantah tindakan Kerajaan UMNO/BN yang membenarkan kapal-kapal Isreal berdagang di negara Malaysia , ia sebagai soladiriti kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Tahukah Anda JINGGA 13 telah mendedahkan bahawa wujud hubungan perdagangan erat antara Kerajaan UMNO/BN dengan Kerajaan Isreal sepertimana dokumen dan rakan video serta gambar kapal ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang merupakan kapal milik syarikat perkapalan ZIM INTEGRATED SHIPPING LTD yang berpengkalan di Haifa , Isreal pada 20 Februari 2012. 

Kerana sebab itu jugalah Satu Perhimpunan Aman Membantah Kemasukan Kapal Israel Ke Malaysia telah diadakan.di hadapan pintu masuk Westports , Pelabuhan Klang pada 22 Februari 2012 lalu , ini bantahan ekoran kemasukan tiga buah kapal Isreal milik Zim Integrated Shipping Ltd , Israel di Westports, Pelabuhan Klang .

Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Idustri juga turut mengesahkan akan kewujudan dan kehadiran kapal-kapal milik Isreal tersebut yang dimiliki oleh Israel Coporation adalah membuktikan bahawa wujud hubungan dagang antara Malaysia dan Isreal .

Kehadiran kapal-kapal dari israel yang bebas berdagang di Malaysia membuktikan bahawa Kerajaan UMNO/BN mengiktiraf negara haram Isreal walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik . Mungkin bagi mereka hubungan diplomati tidak perlu, perdagangan boleh dijalankan dengan siapa pun asalkan mendatangkan keuntungan.

Sikap dan tindakan tersebut adalah hipokrit kerajaan UMNO / BN tehadap seluruh rakyat Malaysia dan Palestin, Kerajaan UMNO/BN yang konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebenarnya mengkhianati rakyat Palestin yang dizalimi oleh Israel.

Tapi Bagaimana?

Tindakan hubungan dagang dan perniagaan tersebut turut sebenarnya membantu peningkatan dan pertumbuhan ekonomi negara Isreal serta turut menyumbang kepada 'peluru dan senjata' yang merobek dan membunuh umat Palestin tanpa rasa perikemanusiaan oleh para tentera Israel. HUBUNGAN DAGANG ADALAH BUKTI PENGIKTIRAFAN KERAJAAN UMNO /BN TERHADAP ISREAL.


JINGGA 13 juga khabarnya  menjemput semua NGO dan parti2 politik menyampaikan memorandum kepada Embasy of the state Palestin terhadap bantahan hubungan dagang dan kemasukan kapal-kapal Isreal ke pelabuhan-pelabuhan di negara kita termasuk Sabah dan Sarawak.

Apakah JATI akan datang untuk menyelamatkan Ummah, adakah PERKASA akan datang beri sokongan pada rakyat Palestin walaupun mereka bukan bangsa "melayu"?, kita lihat apakah 2 NGO yang berat menyokong Umno itu akan turut serta?, satu lagi, kita tunggu, apakah akan ada sekumpulan lembu datang dan halang penyerahan memorandum ini.


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Pemimpin Umno Bakal Dibogelkan Si Kedutaan Palestin

| comments

Hubungan perdagangan antara Malaysia dengan Israel tidak lagi boleh disembunyikan apabila sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jingga 13 telah melakukan pendedahan bahawa kapal ZIM USA dan ZIM Altantic yang merupakan kapal milik syarikat perkapalan ZIM Integreted Shipping Ltd yang berpengkalan di Haifa, Israel dilihat telah berlabuh di pelabuhan West Ports, Klang.

Sehubungan dengan itu, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa memberitahu pihaknya akan menyerahkan satu memorandum yang akan turut disertakan segala bukti dokumen beserta dengan rakaman video yang kepada Kedutaan Palestin pada 2 Mac selepas solat Jumaat.

Katanya, penyerahan memorandum ini perlu dilakukan kerana sebelum ini kita melihat bagaimana kerajaan menggunakan Kedutaan Palestin bagi mengecam berhubung dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong negara Israel.

"Kita akan menyerahkan memorandum ini kepada Kedutaan Palestin pada 2 Mac nanti selepas solat Jumaat, dalam memorandum tersebut segala bukti akan turut disertakan, kita mahu Kedutaan Palestian sedar dalam isu Israel ini siapa yang sebenarnya yang menyokong serta mempunyai hubung baik sehingga boleh melakukan urusan pendagangan dan secara tidak langsung menampung ekonomi negara tersebut," jelasnya.

Tambahnya lagi, tindakan hubungan dagang dan perniagaan tersebut turut membantu peningkatan dan pertumbuhan ekonomi negara Isreal serta turut menyumbang kepada 'peluru dan senjata' yang merobek dan membunuh umat Palestin tanpa rasa perikemanusiaan oleh para tentera Israel.

"Hubungan dagang ini adalah bukti pengikhtirafan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) terhadap Israel," sambungnya lagi.

Sebelum itu, satu perhimpunan aman membantah kemasukan kapal Israel ke Malaysia telah diadakan di hadapan pintu masuk West Ports,Pelabuhan Klang pada 22 Februari lalu , ekoran kemasukan tiga buah kapal Isreal milik Zim Integrated Shipping Ltd , Israel di Westports, Pelabuhan Klang .

"Kehadiran serta hubungan perdagangan tersebut adalah membuktikan bahawa Umno-BN mengiktiraf negara haram Isreal walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik .

"Sikap dan tindakan tersebut adalah hipokrit Umno-BN tehadap seluruh rakyat Malaysia dan Palestin, yang konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebenarnya mengkhianati rakyat Palestin yang dizalimi oleh Israel," jelas beliau lagi.


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Himpunan Hijau 2.0 - Kenyataan Jingga 13

| comments



HIMPUNAN HIJAU 2.0 : JINGGA 13 SERU RAKYAT BANGKIT MENENTANG PROJEK PEMPROSESAN NADIR BUMI



JINGGA 13 menyeru agar seluruh rakyat Malaysia yang mencintai negara dan alam sekitar agar menyertai HIMPUNAN HIJAU 2.0 di Kuantan , Pahang esok 26 Februari 2012 .

JINGGA 13 menyatakan komitmen hadir ke HIMPUNAN HIJAU 2.0 sebagai tanda soladiriti bersama rakyat menentang usaha projek pemprosesan nadir bumi di Gebeng, ini bukan sahaja adalah isu tempatan tetapi merupakan isu nasional yang menuntut komitmen seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan.

JINGGA 13 juga MENDESAK agar loji yang memberikan kesan negatif kepada kesihatan rakyat dan alam sekitar ini dihentikan, kerajaan UMNO/BN wajar peka dan mengambil sikap menghentikan projek tersebut.

JINGGA 13 menyatakan sokongan terhadap perhimpunan aman ini dan akan turut sama bersama seluruh rakyat dalam usaha murni ini. Rakyat harus bangun dan lawan terhadap segala tindakan yang memberikan kesan negatif terhadap rakyat dan negara.

muafakat * prihatin * berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13











Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Kenyataan Akhbar Jingga 13 Demo bantah kapal Israel

| comments



Jingga13 mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berhubung himpunan aman yang akan diadakan di WestPort, Pelabuhan Klang pada jam 5.00 petang esok.

 Himpunan aman itu adalah berikutan pendedahan berlakunya urusniaga antara antara Malaysia dan Israel seperti yang telah didedahkan sebelum ini. 

Himpunan aman esok adalah untuk membantah  kemasukkan kapal Zim Europa ke pelabuhan negara ini , kenyataan dari Jingga13 adalah seperti dibawah.

Rentetan daripada pendedahan eksklusif dari Jingga 13 tentang perdagangan langsung antara Malaysia dan Israel, satu bantahan aman akan diadakan bagi menunjukkan protes dan kepekaan rakyat terhadap salah laku kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara haram Israel.

Solidariti ini juga secara langsung bagi jutaan rakyat Palestin yang dinafikan hak untuk hidup bebas, dan kezaliman Israel yang membunuh mereka saban hari termasuk anak-anak kecil.

Jingga 13 dengan solidariti daripada Angkatan Muda Keadilan Nasional, Kesatuan Sekerja North Port dan juga AnwarIbrahimClub, akan membuat bantahan aman di WestPort, Pelabuhan Klang pada kjam 5.00 petang berikutan kemasukkan kapal Zim Europa ke pelabuhan itu pada 22 Februari 2012.

Oleh yang demikian, Jingga 13 juga menyeru dan mengajak untuk turut serta mana-mana individu, kesatuan sekerja, NGO dan parti politik untuk turut serta dalam bantahan ini.

Jingga 13 juga MENJEMPUT, Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) untuk turut serta bersama-sama bagi menunjukkan rasa kesal dan kecewa dengan kegagalan kerajaan Malaysia dalam berlaku jujur kepada rakyat jika benar selama ini mereka giat membela nasib Melayu dan Islam. Maka inilah ruang yang paling baik untuk membuktikannya.

Perdagangan dengan Negara Haram Israel adalah ibarat memberi peluru yang setiap satunya digunakan bagi membunuh dan meragut nyawa rakyat Palestin. Dan bagaimanakah tergamaknya kerajaan Malaysia menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan rakyat selama ini.

Harapan Jingga 13 adalah agar bantahan aman ini mendapat sokongan padu dari segenap lapisan masyarakat, tidak mengenal ras, kaum dan agama. Isu Gaza Palestin ini adalah isu kemanusiaan, dan tidak ada kaitan langsung dengan agama. Janganlah membiarkan Malaysia tercinta ini sebagai penyumbang dalam usaha sekian lama membunuh dan meragut nyawa orang Palestin.

Sekian











Muafakat*Prihatin*Berani

Fariz Musa
Ketua Koordinator
JINGGA 13
Malaysia


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Jingga 13 dan Pemuda Pas Demo Bantah Kapal Israel

| comments


Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa siang tadi mendedahkan bukti Kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang 16 pada Februari lalu.
Zim Integrated Shipping Services Ltd adalah syarikat perkapalan milik Kerajaan Israel-Zionis dengan pegangan 98 peratus saham, syarikat perkapalan itu juga turut disenaraikan dalam Bursa Tel Aviv.

Dalam sidang media tersebut, Jingga 13 mendedahkan beberapa dokumen termasuk ‘sailing clearance’ (kebenaran belayar) dan dokumen penerimaan ejen penghantaran yang disahkan Kastam Diraja Malaysia.

Maksudnya kerajaan malaysia memang mempunyai hubungan dagang dengan Israel, Polisi tak jelas. Dasar kerajaan patutnya tidak mewujudkan sebarang hubungan diplomatik. Apakah ini satu pengiktirafan kepada kerajaan haram Israel?” katanya ketua penyelaras Jingga 13 itu lagi.

Sehubungan dengan itu, Jingga 13 akan mengadakan perhimpunan di Pelabuhan Klang pada 22 Februari ini bagi membantah kehadiran sebuah lagi kapal milik Zim iaitu Zim Europa

Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga akan mengadakan himpunan aman bagi membantah kemasukan kapal kargo Israel Zim Europa ke Perlabuhan Klang.

"Kami dengan ini menjemput semua warga yang prihatin dengan isu-isu kekejaman Israel untuk turut hadir beramai-ramai bagi menyatakan tindakan tegas kita terhadap Israel dan kerajaan BN yang mengiktiraf Israel,” kata ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan

Jingga 13 dan Dewan pemuda PAS akan mengadakan himpunan itu diadakan di WestPort, Pelabuhan Klang pada hari Rabu, 22 Februari ini jam 5.00 petang.

Semua pihak diminta untuk menyebarkan maklumat ini sebagai tanda bantahan dan berusaha untuk meramaikan lagi peserta himpunan tersebut.

Baca juga: 
1- Panas!!! Lebih Banyak Kontena Israel Akan Masuk Malaysia
2- Mahathir Hipokrit, Ada Hubungan Dengan Yahudi?
3-Anwar Jawab Isu Israel yang di"spin" umno


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Panasssssssss!!, Jingga 13 pegang bukti penting tentang Israel

| comments

Dok sibuk kebelakangan ini bila isu kononya Anwar Ibrahim mahu sokong Israel dan membiarkan warga Palestine diperlaku dengan kejam sesuka hati, sangat kecoh, blogger penjilat umnoapco yang bodoh lagi bangang itu bukan main suka bersorak, bolehlah diperbodoh semua orang kampung.

Kenapa kenyataan Anwar diputarbelitkan, mengapa kenyataan penuh tak dikeluarkan, ini memang bertujuan untuk mengelirukan orang kampung, ini memang satu muslihat sangat jahat yang dilakukan, kerana itulah semalam AIC bertindak berani menghantar memorandum ke seri pentas TV3 minta syarikat penyiaran itu jangan jadi dayus menyiarkan berita berat sebelah, menghentam saban waktu tapi tak berani beri ruang minta penjelasan. ( baca sini )

Baca dulu penjelasan Anwar tentang isu Israel ni, kita janganlah jadi bodoh keras macam batu percaya bulat-bulat apa yang ditulis di akhbar dan disiar di TV yang kita sudah tahu milik dan dikawal rejim korup. kalau belum baca, (sila baca sini)
Selepas ini akan terbongkar semua kerja jahat umnoapco, mereka sebenarnya yang jadi pembekal duit untuk tentera israel beli perluru tembak rakyat palestin dalam kemelut "perebutan tanah" yang berpanjangan.

Ingat, ALLAH sedang menguji kita, kerana itu ALLAH letak bani yahudi ini balik ditempat mereka sekarang, padahal sebelum itu ada 2 lagi tempat yang dicadangkan untuk jadi tanah tempat tinggal bangsa yahudi ini.( akan cuba "tukanglawan" kongsikan nanti"

Kita bercerita secara Insaniah, kita bercerita tentang satu pihak membunuh pihak lain kerana "perebutan tanah" dalam perang siapa maju dan siapa kuat akan menang, jika pihak Palestin maju dan kuat sekali pun, sudah tentu dalam hal ini bangsa Israel itu yang akan jadi mangsa, perang memang begitu.

Tapi dari mana Israel dapat duit untuk beli kelengkapan senjata?, beli peluru dan perisai tubuh tenteranya, dari mana mereka dapat wang untuk bina kereta kebal MERKAVA yang disifatkan terbaik di dunia?

Jawapannya dari wang yang mereka dapat dari urusniaga, wang yang dikumpul itulah buat beli semua peluru, buat kajian pada teknologi dan sebagainya. kerana mereka maju dari segi itulah, pernah "tukanglawan" dengar cerita Mahathir mahu adakan hubungan diplomatik dengan israel, 2 orang sarjana islam dalam negara telah dipanggil berjumpa dan mahathir minta nasihat, tapi 2 orang itu awal - awal menentang, jadi mahathir terpaksa akur, ( "tukanglawan" dengar sendiri dari mulut orang yang tidak diragui percakapannya, orang itu orang kuat ABIM satu masa dulu )

Bila "tukanglawan" fikirx2 benar juga, kerana mahathir ni disifatkan obses terhadap kemajuan dan pembangunan, dia dikatakan tidak peduli apa pun, janji kemajuan itu milik dia, dikuasainya, sedangkan janggut nabi pun dikutuknya kerana katanya zaman nabi tak maju, tiada pisau cukur, mahathir ni pelupa, dalam islam kalau hina sunnah, hina nabi, berat tu,

Jadi memang sesuai la dia kene hentam dengan Prof Dr Aziz Bari, kerana mahathir ni memang  Hipokrit, (baca sini)

Pasal mahatir biarlah, dia pun tak boleh hidup lama dah, biarkan orang tua itu merepek sebelum dia terus senyap. perkara pokok tentang tuduhan dan fitnah jahat yang dilemparkan itu, TV3 suku dan media memainkan peranan untuk "membunuh karektor" Anwar Ibarahim, tapi kenyataannya sekutu perdagangan yahudi ialah umnoapco barisan nasional sendiri.

Jingga 13 sudah pegang bukti, bukti itu juga telah disebarkan ke ratusan kawan-kawan jingga 13 lain, tu untuk memastikan bukti tidak boleh dicuri, dirampas atau dimusnahkan oleh sekutu israel di negara ini.

Jingga 13 juga secara berperingkat akan mendedahkan gambar-gambar, rakaman video dan bukti dokumen bagaimana kapal kontena ZIM USA dan ZIM Atlantik iaitu kapal kontena milik Israel (GLC Israel )  belayar terus dari "haifa" Israel menuju ke pelabuhan kelang tanpa transit ke negara lain.

Ini video lama, bukti kapal Israel memang masuk negara ini, cerita ini sudah lama, tapi kita sudah lupa, cerita tentang ahli sukan Israel dibawa masuk ke malaysia juga kita sudah lupa, bagaimana Zaid hamidi jumpa menteri pertahanan Israel juga kita sudah lupa, sama lupanya kita bahawa APCO syarikat milik yahudi dan Apco jadi penasihat berbayar umnoapco barisan nasional.



Anda mahu video baru?, tunggu, sudah ada dalam simpanan kami dan akan disebarkan secara berperingkat, bukan setakat video, gambar dan sijil pelayaran betulis bahasa hebrew juga akan disiarkan.

Jingga 13 selar Nazri Aziz

| comments

NGO anti rasuah, Jingga 13 menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang dianggap cuba menyelamatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dari tindakan undang-undang.javascript:void(0)


Ketua Penyelarasnya, Fariz Musa berkata demikian mengulas kenyataan Nazri yang menasihati Shahrizat membayar semula wang RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya, tanpa perlu meletakkan jawatan.

Persoalan membayar balik dana rakyat yang dipinjam sejumlah RM250 juta adalah isu yang berbeza.

“Skandal NFC telah membuktikan bagaimana keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil bertindak menyeleweng dan berlaku pecah amanah jenayah apabila ia menyimpang daripada matlamat dan objektif asal penubuhan Pusat Fidlot Kebangsaan. Malah projek tersebut gagal,” kata Fariz.

Katanya lagi, Nazri dilihat cuba mengambil jalan mudah dengan membuat desakan sedemikian yang membuktikan kerajaan tidak serius menangani skandal NFC oleh keluarga Shahrizat yang menyelewengkan dana tersebut tanpa rasa bersalah.

Seolah-olah kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan bahawa, bayar balik RM250 juta ‘selesai’ segala masalah,” kata Fariz.

Menurutnya, kenyataan Nazri itu juga seolah menunjukkan skandal itu hanya masalah Shahrizat dan keluarganya sedangkan pusat fidlot kebangsaan adalah projek kerajaan Umno-BN.

Keputusan meluluskan projek itu katanya turut melibatkan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Impak Tinggi , Kementerian Kewangan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

JINGGA 13 bersetuju terhadap gesaan agar Datuk Seri Sharizat Jalil meletakkan jawatan oleh banyak pihak tetapi itu bukannya langkah bagi “menyelamatkan”  beliau dan ahli keluarganya daripada terus dihadapkan kemuka pengadilan.

Namun bukan Datuk Seri Sharizat Jalil sahaja yang wajar meletakkan jawatan tetapi turut termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustafa Mohamed dan Datuk Noh Omar yang wajib bertanggungjawab terhadap kegagalan dan kelemahan Projek Fidlot Kebangsaan tersebut,” tegasnya.






Kondo, Sharizat Dicabar Istihar Harta - Jingga 13

| comments


Berikutan pendedahan pembelian yang dibuat oleh pengarah strategik Keadilan semalam berkaitan bukti pembelian dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura bernilai RM34,562,784 oleh keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Jingga 13 pagi ini  tampil bagi mengemukakan bukti "lengkap" terbaru untuk disiasat oleh SPRM kerana ianya dilihat satu penyelewengan dan salah guna kuasa yang sangat berat oleh keluarga menteri pembangunan wanita dan masyarakat itu berkaitan penyaluran dana NFC bagi tujuan ternakan lembu.

Dana bernilai RM250 juta itu disalurkan kepada NFC adalah bertujuan untuk menambah bekalan daging mentah dipasaran tempatan yang dirasakan tidak mencukupi , bagaimana pun dana tersebut didakwa telah diselewengkan.

Jingga 13 sebelum ini telah banyak mengemukakan laporan kepada SPRM untuk siasatan mereka, antaranya pembelian 1 unit kondo mewah One menerung di bangsar, pendedahan eklusif pembelian kondo mewah di Orchad Scoot Singapura, pembelian kenreta mewah jenama mercedes yang berharga hampir RM600 ribu, percutian mewah keluarga tersebut, pembelian 2 bidang tanah serta laporan penggunaan kad kredit atas nama individu yang dibayar menggunakan dipercayai wang dana untuk ternakan lembu. dan banyak lagi pendedahan.

Selain membuat laporan kepada SPRM , Jingga 13 juga hari ini secara terbuka telah mencabar menteri pembangunan wanita dan masyarakat itu untuk

1- Menafikan adanya pembelian dua unit kondo mewah yang dibeli keluarganya di Marina Bay Suite, Singapura

2-Mengisytiharkan harta beliau dan seluruh ahli keluarga beliau dalam tempoh 2008 sehingga 2011.

3- Menjelaskan bagaimanakah keluarga beliau mampu menanggung bayaran balik bulanan pembelian kondo tersebut yang cukup besar jumlahnya. Anggaran berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh balik bayaran 25 tahun menunjukkan Dato seri Shahrizat perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai kedua-dua kondominium mewah tersebut.

Persoalannya apakah sharizat akan tampil untuk menafikan perkara ini, rakyat mahu tahu kerana wang yang disalurkan adalah wang rakyat dan ianya melibatkan kepentingan rakyat.

Apakah menteri-menteri umno diberi kebenaran untuk menggunakan wang ini seolah-oleh itu milik mereka, dan selepas sharizat, apakaha da menteri lain yang juga menyelewang wang rakyat menggunakan kedudukan mereka.

Jika ini caranya menteri umno menguruskan negara, mereka perlu dibawa kemuka pengadilan, mereka ini telah mengkhianati rakyat.

Video Panas, NFC makin gelabah

| comments

Pepatah Melayu ada menyebut, Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah! Inilah yang berlaku hari ini apabila Jingga13 iaitu sebuah NGO kanan PKR  hadir di Pejabat NFC Sdn Bhd di pusat perniagaan mewah Solaris Mont Kiara hanya semata-mata menyerahkan satu memorandum kepada NFC yang menuntut penjelasan tentang penggunaan kad kredit oleh keluarga Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang bernilai RM593,500 pada 2009. Apakah NFC sudah dalam ketakutan yang amat sangat sehingga tidak mahu menerima memorandom dari rakyat?


Lihatlah bagaimana baculnya wakil Pengerusi NFC sehingga sanggup berdolak-dalik memberi alasan untuk tidak menerima memorandum tersebut.

Nak Terima Memo pun susah ke? Takut kena buang kerja ke?

Sidang Media oleh Ketua Koordinator Jingga 13, Saudara Fariz Musa di depan Ibu Pejabat NFC 

KUALA LUMPUR, 31 Jan - National Fidlot Corporation (NFCorp) hari ini enggan menerima memorandum yang diserahkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 yang menuntut penjelasan tentang penggunaan kad kredit oleh keluarga Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang bernilai RM593,500 pada 2009.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa cuba menyerahkan memorandum tersebut di pejabat NFCorp di Solaris Mont Kiara di sini, namun Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat NFCorp, Khaidir Jamal enggan menerima memorandum tersebut.

Menurut Khaidir, NFCorp hanyalah merupakan satu entiti perniagaan dan tidak terlibat dalam politik, malahan, siasatan terhadap syarikat berkenaan masih berjalan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana awam dan pihaknya tidak dibenarkan menerima sebarang memorandum.

"Kami hanya orang berniaga, biar polis yang ambil tindakan. Siasatan sedang berjalan, biar pihak berkuasa yang tentukan" kata Khaidir yang turut menegaskan, kad kredit tersebut digunakan untuk tujuan perniagaan.

Fariz dalam sidang medianya menuntut Salleh dan anak-anaknya mengemukakan penjelasan berhubung dakwaan yang dibuat Jingga 13 itu.

"Kami mendesak Datuk Salleh membuat penjelasan berhubung salah laku penyalahgunaan dana awam ini.

"Kad kredit itu atas nama individu, nama beliau dan anak-anaknya, namun pembayaran sejumlah RM593,500 itu dibuat menggunakan wang NFC," tegasnya.

"Buktikan kepada rakyat sekiranya benar penggunaan kad kredit tersebut dibuat untuk kegunaan syarikat," tegasnya.

Anak-anak Pengerusi Eksekutif tersebut; Wan Shahinur Izran, Wan Izzana Fatimah, dan Wan Shahinur Izmir merupakan Ahli Lembaga Pengarah NFCorp.

Menurut Fariz, pihaknya kecewa di atas keengganan NFCorp menerima memorandum tersebut kerana pihaknya hanya mahukan ketelusan dan bukti yang jelas sama ada kad kredit itu untuk kegunaan syarikat atau digunakan untuk tujuan berpoya-poya.

Tambah NGO pro PKR ini lagi, pihaknya telah dipanggil oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman untuk memberikan keterangan terhadap dakwaan-dakwaan yang dikemukan mereka terhadap NFC hari ini.

"Kani telah dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan, dan Jingga 13 berharap, pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan segera.

"Jingga 13 tidak mahu berlakunya "double standard" dalam siasatan pihak berkuasa sepertimana penangkapan ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail," tegasnya lagi.

Menurut Fariz, siasatan yang dibuat terhadap Shamsulbahrin amat berbeza kerana selepas laporan polis dibuat terhadap ahli perniagaan terbabit, pihak polis serta merta menangkap dan mendakwanya atas kesalahan menipu pengarah eksekutif NFCorp.

"Tindakan itu jelas melihatkan berlakunya "double standard" dalam siasatan pihak berkuasa," jelas Fariz.

PKR semalam membuat pendedahan terbaru terhadap skandal NFC dengan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, mendakwa ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail telah diarah seorang pegawai NFC untuk merasuah pihak polis bagi menutup siasatan terhadap skandal pusat penternakan lembu tersebut.

Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini berkata, pihaknya difahamkan bukti tersebut dikirim melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) oleh pegawai tersebut kepada Shamsulbahrin.

NFCorp, yang dimiliki keluarga Shahrizat, telah dibekukan asetnya bagi memudahkan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung kes pecah amanah dalam projek tersebut.

Ianya berikutan pendedahan bersiri yang dibuat PKR yang mendakwa sekurang-kurangnya RM27 juta telah digunakan untuk membeli tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak melibatkan projek tersebut oleh Ketua Wanita Umno itu dan keluarganya.

Shahrizat turut menyaman Pengarah Strategik PKR dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana dakwaan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan pembangkang supaya mewujudkan Suruhanjaya Diraja menyiasat skandal tersebut dengan menyatakan bahawa polis dan SPRM mampu menangani isu tersebut.

Projek ternakan lembu yang dibiayai kerajaan ini pada mulanya dilaporkan "bercelaru" oleh media selepas disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Istilah itu kemudiannya kerap digunakan oleh media untuk menjelaskan perihal NFC selepas PKR melancarkan siri-siri pendedahan untuk menunjukkan dana projek tersebut telah disalahgunakan.

NFCorp, yang telah diberikan projek berkenaan pada 2006 berterima kasih kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kerana telah membuat penjelasan bahawa beliau tidak memanggil syarikat tersebut "bercelaru" dalam laporan 2010 itu, dan mereka berpendapat kenyataan beliau itu akan membantu persepsi umum terhadap syarikat itu.

Shahrizat dijangka kembali bertugas pada 6 Febuari selepas bercuti selama tiga minggu untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.


Jika MCA dulu sanggup menerima memorandum (isu Presiden MCA hina Hukum Hududullah) dari Jingga13, apakah NFC tidak sanggup langsung menerima sekeping kertas memorandum pun dari Jingga13? Nampak sangat Pengerusi NFC ini BACUL & BERSALAH!!!


Dan ini pula sekitar gambar-gambar Jingga 13 terjah pejabat NFC..


Polis bantuan siap sedia berkawal

semakin ramai polis bantuan datang di bawah pejabat NFC




Polis bantuan naik ke tingkat atas meminta Jingga 13 beredar..

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit