Kenyataan Akhbar Jingga 13 Demo bantah kapal Israel

| comments



Jingga13 mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berhubung himpunan aman yang akan diadakan di WestPort, Pelabuhan Klang pada jam 5.00 petang esok.

 Himpunan aman itu adalah berikutan pendedahan berlakunya urusniaga antara antara Malaysia dan Israel seperti yang telah didedahkan sebelum ini. 

Himpunan aman esok adalah untuk membantah  kemasukkan kapal Zim Europa ke pelabuhan negara ini , kenyataan dari Jingga13 adalah seperti dibawah.

Rentetan daripada pendedahan eksklusif dari Jingga 13 tentang perdagangan langsung antara Malaysia dan Israel, satu bantahan aman akan diadakan bagi menunjukkan protes dan kepekaan rakyat terhadap salah laku kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara haram Israel.

Solidariti ini juga secara langsung bagi jutaan rakyat Palestin yang dinafikan hak untuk hidup bebas, dan kezaliman Israel yang membunuh mereka saban hari termasuk anak-anak kecil.

Jingga 13 dengan solidariti daripada Angkatan Muda Keadilan Nasional, Kesatuan Sekerja North Port dan juga AnwarIbrahimClub, akan membuat bantahan aman di WestPort, Pelabuhan Klang pada kjam 5.00 petang berikutan kemasukkan kapal Zim Europa ke pelabuhan itu pada 22 Februari 2012.

Oleh yang demikian, Jingga 13 juga menyeru dan mengajak untuk turut serta mana-mana individu, kesatuan sekerja, NGO dan parti politik untuk turut serta dalam bantahan ini.

Jingga 13 juga MENJEMPUT, Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) untuk turut serta bersama-sama bagi menunjukkan rasa kesal dan kecewa dengan kegagalan kerajaan Malaysia dalam berlaku jujur kepada rakyat jika benar selama ini mereka giat membela nasib Melayu dan Islam. Maka inilah ruang yang paling baik untuk membuktikannya.

Perdagangan dengan Negara Haram Israel adalah ibarat memberi peluru yang setiap satunya digunakan bagi membunuh dan meragut nyawa rakyat Palestin. Dan bagaimanakah tergamaknya kerajaan Malaysia menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan rakyat selama ini.

Harapan Jingga 13 adalah agar bantahan aman ini mendapat sokongan padu dari segenap lapisan masyarakat, tidak mengenal ras, kaum dan agama. Isu Gaza Palestin ini adalah isu kemanusiaan, dan tidak ada kaitan langsung dengan agama. Janganlah membiarkan Malaysia tercinta ini sebagai penyumbang dalam usaha sekian lama membunuh dan meragut nyawa orang Palestin.

Sekian











Muafakat*Prihatin*Berani

Fariz Musa
Ketua Koordinator
JINGGA 13
Malaysia


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit