Diorang kata Hassan Ali guna logo mirip logo setan.

| comments

Diorang kata logo JATI yang Hassan Ali gunakan sama seperti logo setan, tak tahulah betul atau tak,sebab "tukanglawan" hanya dengar mereka berkata saja, kemudian cari pulak lebih info, terjumpa pulak di harakah daily cerita yang sama, rupanya bukan setakat blog saja yang rajin cari dan mengkaji. terlepas pandang rupanya "tukanglawan" isu ini hangat diperbualkan

Khabarnya logo setan itu diambil idea dari nombor 666 yang selalu dikaitan dengan kumpulan pemuja syaitan, susah juga nak jawab, mungkin ada kumpulan tertentu dinegara asing yang begitu fanatik dengan pemujaan setan ni.
Logo setan atau dikenali sebagai Lucious ialah kombinasi nombor yang disebut tadi, membawa maksud tertentu dan mestilah berwarna merah, hasil rujukan yang "tukanglawan" buat membawa kepada terjumpanya fakta dibawah

Design Rationale
- "666" has to be in the logo.
- Must use "Red". (Satan owns this color. Sorry "Target" and "Coke.")
logo tersebut dirujuk kepada logo disebelah.


Logo tersebut jauh berbeza dari logo yang diguna pakai Hassan Ali, namun hasil carian di laman yang sama menjumpai satu logo yang sangat mirip sekali dengan logo JATI, malah didalam laman web tersebut dinyatakan ia adalah logo setan.

Ia sebenarnya adalah hasil ubahsuai logo asal yang ditunjukkan diatas tadi. motifnya masih menggunakan nombor 666 dan berwarna merah. cuma logo tersebut diubah supaya nampak lebih menarik.

Logo  tersebut terlalu hampir dengan apa yang digunakan oleh JATI, dengan hanya sedikit perubahan tak sampai 5%.

Apa yang "tukanglawan" rasakan ini satu kebetulan, mungkin pereka logo tersebut sangat berminat untuk megguna pakai logo tersebut, lalu mengambilnya secara langsung untuk diguna pakai oleh Hassan Ali.

Mereka sepatutnya mengkaji dahulu apa yang mahu mereka lakukan, jangan main hentam semberono sahaja. Hassan Ali sudah melakukan kesalahan yang besar dalam membuat keputusan memilih logo ini untuk digunakan.

Kita tidak tahu benarkan logo Lucious itu ada kaitan atau menjadi logo "rahsia" yang digunakan oleh pemuja setan. ia mungkin betul dan ia juga mungkin silap, namun Hassan ali yang kononnya beriya mempertahankan akidah umat islam itu harus lebih berhati-hati lain kali, jangan ambil mudah semua perkara, silap-silap jadi bahan kata orang.

Ohh ya, isu logo tidak penting, mungkin ia kebetulan, mahu tahu lebih tanya pereka logo tersebut, dia mungkin lebih tahu.

Apa yang lebih penting ialah apakah Jati akan turun bantah kapal Israel berlabuh di klang esok, katanya mahu menyelamat Akidah umat islam, takkan tak mahu selamatkan orang palestin kot, takkan nak biar kerajaan biar saja kapal israel datang dan berdagang dimalaysia?



Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit