Lemahnya kawalan terhadap barangan yang di import, dimanakah Jakim dan badan berkuasa agama lain yang sepatutnya memantau perkara ini. siapa yang patut kita salahkan sebenarnya jika sesnsitiviti umat islam dipermainkan.
Itulah peristiwa malang yang berlaku kepada seorang suri rumah, sejadah yang dibelinya dengan harga yang murah dalam satu jualan borong di satu kedai di bandar seremban 6 bulan lalu rupanya mempunyai corak kepala babi.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu, sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai, saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.
Minggu lalu beliau dikunjungi anak saudara perempuannya berusia 20-an dan kerana mahu menunaikan solat,beliau telah menyerahkan sejadah demikian kepada anak saudaranya, namun tidak lama selepas itu beliau terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi.
Sementara itu Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.
“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.
Sehubungan dengan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang
Apa fungsi kementerian yang bertanggungjawab sebenarnya , apakah hanya sibuk memikir bagaimana wang zakat harus digunakan atau hanya sibuk dengan cop halal, sedangkan lebih banyak isu penting harus diberi perhatian?
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.