Mahathir Tua Yang Hipokrit

| comments

Profesor Dr Aziz Bari menyelar Mahathir dan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai Hipokrit kerana mengeluarkan kenyataan bahawa bahawa undang-undang di Malaysia akan ditukar sewenang-wenangnya jika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan.

"Saya fikir dia ini (Mahathir) mengarut dan tak tahu apa yang dikatakannya. Bukan mudah nak buat undang-undang; ia memerlukan draf dan akan dibincangkan di parlimen, Mungkin dia ingat pentadbiran Pakatan Rakyat sama dengan Umno-BN di mana rang undang-undang dibentang dan diluluskan secara tergesa-gesa, manakala ahli-ahli parlimen tak diberi peluang untuk membahas dengan terperinci." 

Dia juga lupa bahawa ruang kebebasan untuk rakyat akan lebih luas jika Pakatan mentadbir negara kerana ia akan memansuhkan undang-undang yang mengekang yang dia buat dulu,” ujar Aziz Bari yang merupakan seorang pakar perlembagaan.

Kah..kah..kah, tergelak "tukanglawan" terfikir agaknya Mahathir ini sudah lupa bagaimana satu proses pengubalan undang-undang itu dilakukan, maklumlah, mahathir sudah tua dan pasti memang sangat mudah lupa.

Aziz Bari menempelak kenyataan Mahathir baru-baru ini  kononnya Amerika Syarikat dan Israel mahu melihat kerajaan Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat.

Mahathir dan Pimpinanan Umno yang diketuai Datuk Seri Najib Razak kebelakangan ini menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya pro Israel, dengan memutar belitkan kenyataannya di Asian Wall Street Journal, kerja-kerja jahat mereka juga dibantu dengan penggunaan media massa dan akhbar-akhbar milik umnoapco,

Aziz Bari turut mengatakan mahathir menunjukkan sikapnya yang hipokrit terhadap dasar luar kerajaan  semasa beliau menjadi perdana menteri sehingga sekarang.

Dia berlagak anti-Barat, anti-Yahudi dan lain-lain tapi kita tahu siapa Mahathir yang sebenar,” ujarnya yang juga bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa.

Begitulah sifat hipokrit si tua yang pernah merajuk keluar dari umno gara-gara Ahmad Badawi, kalau anda nak tahu sejak bila mahathir jadi pelupa dan bersikap Hipokrit nei, "tukanglawan" ada jawapannya 

Sejak bila?... "Dah lama dahhhhhhhhhhhhh" kah..kah..kah..
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit