Umno ni memang busuk sampai ke perut, biasalah bila dah terasa akan sampai ajal, usaha untuk terus hidup tu pasti la bersungguh-sungguh, macam orang tengah lemas, apa pun nak dicapainya, asalkan tak terus tenggelam.
Tu la yang jadi di perak, dalam usaha melemahkan Pakatan Rakyat, umnoperak cuba membeli lagi pemimpin pakatan rakyat,
Tu la yang jadi di perak, dalam usaha melemahkan Pakatan Rakyat, umnoperak cuba membeli lagi pemimpin pakatan rakyat,
Seorang pemimpin KEADILAN di Perak, mendakwa ditawarkan habuan bagi mengetuai kemasukan beramai-ramai anggota parti itu menyertai Barisan Nasional, dalam satu majlis yang turut dihadiri menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Setiausaha Kerja Pilihan Raya KEADILAN Parlimen Tanjung Malim, Abdul Rani Mahayuddin berkata, tawaran itu dibuat Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN Behrang), Anuar Talib menerusi satu panggilan telefon.
“Malam tadi saya dihubungi oleh Ketua Penerangan Bebas DUN (Dewan Undangan Negeri) Behrang, kira-kira jam 8.30 malam dan meminta saya berjumpa beliau di Dusun Bay di kawasan Hulu Selangor.di situ saya cuba dibeli dan ditawarkan mengetuai hampir 400 ahli KEADILAN dari Cabang Tanjung Malim untuk menyerahkan borang keanggotaan kepada Menteri Besar yang dijadual diadakan tengahari tadi di Dewan Majlis Daerah Tanjung Malim,” katanya
“Saya juga dihubungi oleh YB Jamaluddin pagi tadi dan beliau cuba memujuk saya mengikuti majlis berkenaan,” jelas Abdul Rani.
Beliau bagaimanapun menolak tawaran tersebut dengan alasan akan meneruskan perjuangan bersama KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
“Berlandaskan prinsip perjuangan, saya tidak mahu mengkhianati parti. Lebih dari itu, Cabang Tanjung Malim mensasarkan kemenangan untuk ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Tanjung Malim,” tegasnya.
Kesemua DUN terbabit adalah Behrang, Slim dan Sungkai. Pada Pilihan Raya Umum 2008, DUN Behrang dimenangi Jamaluddin Radzi dari KEADILAN, Sungkai (DAP) dan Slim (BN).
Jamaluddin bagaimanapun bertindak lompat parti dengan menyertai BN setelah disabitkan kesalahan terlibat dengan kes rasuah., beliau kini merupakan Adun Bebas. Tindakan ini dipercayai didalangi Umno BN sehingga membolehkan mereka melakukan rampasan kuasa di Perak.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.