AIC dan Jingga 13 Keluar Kenyataan Berkenaan Bersih

| comments

KUALA LUMPUR – Meskipun Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini mendapat kritikan, namun beberapa gerakan pro-pembangkang tetap bertegas untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Dua pertubuhan terawal menyatakan sokongan terhadap perhimpunan itu sejurus pengumuman mengenainya dibuat oleh Jawatankuasa Bersih pada hari ini adalah Jingga 13 dan Anwar Ibrahim Club (AIC).

Setiausaha Jingga 13, Vickneswaran Krishnan berkata, pihaknya menyambut baik langkah untuk mengadakan satu lagi perhimpunan Bersih pada hujung bulan ini.

“Jingga 13 akan membantu segala bentuk mobilisasi bagi menggerakkan kempen di media sosial mahupun turun ke lapangan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad pula mendakwa, Perhimpunan Bersih 3.0 mempunyai asas kukuh dan berintegriti kerana ia tidak mewakili pihak berkepentingan.

Dakwa beliau, perhimpunan itu sebagai satu desakan untuk kerajaan segera bertindak bagi memberikan rakyat Malaysia satu bentuk pilihan raya yang lebih terjamin.

Pada 19 Januari lalu media melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersoalkan hasrat Bersih untuk sekali lagi turun ke jalanan sedangkan banyak tuntutan mereka telah dipersetujui dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dipetik berkata, beliau tidak faham mengapa Bersih masih tidak berpuas hati kerana pelbagai ruang telah diberikan kepada mereka untuk mengemukakan cadangan termasuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Sebuah portal berita pula hari ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai berkata, Dataran Merdeka yang didakwa bakal menjadi tempat Perhimpunan Bersih 3.0 bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk membuat perhimpunan.

Beliau dipetik berkata, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit