PENJELASAN!! Isu Gerai Haram Seksyen 24 Shah Alam

| comments

Ade pencacai umno bising-bising tadi kenapa tak main isu nei katanya, nah.. baca sendiri penjelasan ini, kalau baca blog umno memang la depa kata pakatan sengaja nak roboh...

Dipinjam terus dari blog Liang lahad

Semalam dan hari ini ada beberapa akhbar menyiarkan berita tentang gerai ibu tunggal di Seksyen 24,Shah Alam di robohkan...

Dan Blogger-blogger upahan UMNO memainkan isu tersebut seolah-olah ianya salah kerajaan negeri Selangor..
isu-isu yang sebegini jika berlaku di dalam negeri Pakatan Rakyat,akan cepat dimainkan oleh media perdana negara kita..





Rilek...
kita baca sampai habis dulu....

Pertamanya - kedudukan gerai.

Gerai-gerai tersebut didirikan di tepi pagar Uptown Seksyen 24,Shah Alam...

lihat gambar ni..


Keduanya - Pembinaan bangunan kekal..

Sebelum ini..
6 orang ibu tunggal tersebut telah pun memulakan perniagaan secara "pacak" atau pun hanya menggunakan khemah 10' x 10'  seperti gambar di bawah ini sejak pertengahan tahun lepas..

....dan ketika itu, tiada apa-apa pembinaan kekal di tapak perniagaan tersebut..


Ketiganya - status perniagaan.

Perniagaan itu juga dijalankan tanpa lesen yang sah yang dikeluarkan oleh PBT iaitu,MBSA..

Tetapi pada waktu itu gerai-gerai ini hanya menggunakan khemah sementara dan tiada bangunan kekal,
MBSA tidak pernah mengambil tindakan menyita gerai-gerai tersebut.. 

Ini kerana,perniagaan yang bersifat sementara ini, (hanya khemah yang digunakan = boleh pasang tutup) walaupun tiada lesen,kadang kala ianya diberi kelonggaran oleh PBT..

Keempatnya - Sudah diberi notis peringatan.

Namun..
apabila Persatuan Ibu Tunggal Shah Alam ini mula  mendirikan bangunan kekal..
MBSA mula menghantar notis kepada mereka...

Ini notis yang dihantar pada 20 March 2012 yang lalu..

Notis dari MBSA yang meminta hentikan pembinaan bangunan kekal di tapak perniagaan tanpa lesen.

Berniaga tanpa lesen satu hal..
mendirikan bangunan kekal di atas tapak perniagaan yang tiada lesen pula adalah satu hal yang lain...

Kelimanya - Perluasan gerai haram.

Kemudiannya...
Persatuan Ibu Tunggal ini bermula dari 6 gerai,mereka membesarkan lagi tapak gerai dengan mendirikan pula  27 gerai tambahan...

Keenamnya - Ketidakpuasan peniaga Uptown

Sudah lah begitu...
tapak gerai yang mahu dibangunkan bangunan kekal tanpa lesen perniagaan dan lesen permis ini adalah berada di laluan pintu masuk kedua Uptown...


Ini telah menimbulkan ketidakpuasan sebahagian peniaga di dalam kawasan berpagar di dalam Uptown...
Peniaga-peniaga Uptown membayar sewa sebanyak RM350 sehingga RM900 sebulan (harga sewaan mengikut lokasi dan jenis perniagaan)..

Sedangkan Persatuan Ibu Tunggal ini cuba menjalankan perniagaan tanpa lesen secara percuma tanpa ada apa-apa bayaran di pintu masuk Uptown...


Dah tentulah para peniaga Uptown ini marah... 


Ketujuhnya - ketidakpuasan memang disedari.

Horyatuani Abdullah
Semasa aku berjumpa dengan Pengerusi Persatuan Ibu-Ibu Tunggal ini...

Aku mendapati ketidakpuasan hati para peniaga Uptown terhadap gerai-gerai haram Ibu Tunggal ini disedari dan  diakui sendiri oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Shah Alam,Horyatuani Abdullah, 57 (gambar)..

Menurutnya "akak memang tahu peniaga dalam Uptown ini memang ada yang dengki.."

Kelapannya - Persaingan antara peniaga.

Bagi aku mudah sahaja..
ini adalah soal antara para peniaga...
  • Peniaga yang sah, berlesen dan membayar sewa setiap bulan. 
      - vs -
  •  6 orang peniaga yang menjalankan perniagaan secara haram...
Perlu difahamkan...
Nasib Ibu Tunggal memang aku prihatin...
tetapi untuk mereka bebas melakukan kesalahan membina bangunan tanpa permit dan lesen yang sah dan kemudian menyalahkan PBT = aku tak setuju...

Apa kata kalau dibiarkan..?
kalau dibiarkan...?
alamatnya,semakin bertambahlah gerai-gerai  haram diluar Uptown itu..


Yang sekarang ini pun dari hanya 6 gerai menjadi 27..
kalau dibiarkan mahu dari 27 menjadi 100...
lepas 100 gerai, menjadi 500 pulak..
masa tu baru nak ambik tindakan..?
jadi masalah negara ler masa tu...

Kenapa pulak blogger UMNO tak bisingkan yang ini pulak..?

Sinar
Kah..kah..kah..
Macam-macam...

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit