Mahathir Hipokrit, Ada Hubungan Dengan Yahudi?

| comments

Pemimpin pembangkang lebih pentingkan parti daripada perjuangan Islam, malah sanggup menyokong tindakan kejam Israel untuk memastikan pakatan politik mereka tidak tergugat, kata bekas perdana menteri yang semakin usang, siapa lagi kalau bukan Mahathir.

Demi masa depannya, demi masa depan anaknya Mokhzani yang sedang berusaha menyambung legasi bapanya, mahathir kini cuba melupakan kisah silam untuk menampakkan kononnya pakatan rakyat ini sanggup bersekongkol dengan israel. semata-mata mahu membantu umnoapco terus berkuasa.

Baik benarkah Mahathir, bukan dulu Mahathir yang menghina janggut Nabi, menghina hukum hudud, nasihatlah anak sendiri dulu yang jadi pemilik kilang arak San Miguel Corp. baru cerita pasal akidah.

"tukanglawan" terbaca satu petikan artikel yang menyatakan mahathir sebenarnya punya hubungan dengan yahudi. benarkah begitu? (baca sini)

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi, Dr Mahathir mungkin kelihatan begitu lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka sehingga sanggup menandatangani perjanjian ketenteraan sulit dengan Amerika pada 1984 iaitu Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC), yang membolehkan AS menjalankan latihan ketenteraan mereka di Malaysia.

Selepas imej Malaysia punah teruk di mata masyarakat antarabangsa akibat pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, Dr Mahathir begitu terdesak untuk bertemu dengan Bush sehingga Jack Abramoff, seorang ahli lobi Zionis dibayar sebanyak AS$1.2 juta untuk mengatur pertemuan dengan Bush. Fakta ini diakui oleh Dr Mahathir sendiri,” katanya lagi.

Abramoff ialah seorang pelobi berbangsa yahudi mempunyai hubungan rapat dengan Bush dan juga golongan ekstrem di Israel

Menurut majalah Newsweek ada wang yang dikutip oleh Abramoff dalam aktiviti melobinya yang disalurkan untuk penduduk Yahudi melawan kebangkitan rakyat Palestin."

Jadi wang yang dibayar untuk melobi pertemuan antara Mahathir dengan Bush itu sudah digunakan untuk membeli berapa banyak peluru hidup yang digunakan untuk membunuh berapa ramai shuhadah palestin? sama-sama kita fikir.

Tak cukup dengan itu, ada dakwaan bahawa Mahathir berkawan rapat dengan seorang yahudi Singapura bernama Yahya Cohen, ini disiarkan didalam akhbar Jewishnews, Yahya Cohen yang pernah menjadi Pengerusi Persatuan Perubatan Singapura adalah rakan sekelas Mahathir sewaktu belajar di Universiti Malaya di Singapura.

Jadi jika benar dakwaan itu sudah pastilah Mahathir punya rakan berbangsa yahudi yang agak rapat, kerana jika tidak, sudah pasti mereka akan putus hubungan selepas habis belajar di Universiti Malaya.

Jadi mudah untuk faham, jika benar laporan itu, hubungan Mahathir dan bangsa Yahudi tidaklah pelik, dan mungkin kerana hubungan itu Mahathir sangat memahami bangsa Yahudi ini.

Teringat pula "tukanglawan" tentang persamaan yahudi dengan umnoapco, mereka sama-sama memperjuangkan "bangsa".

Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir dikatakan mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis

Namun laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2

Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

Juga dikatakan Mahathir pernah mengutus surat kepada perdana menteri Israel, (sumber disini) ditandatangani oleh Dr. Mahathir Mohamad, bertarikh 16 Ogos 1999 yakni sebelum Pilihanraya Umum ke-10 (PRU 10) dan ditujukan kepada Perdana Menteri Israel pada masa itu, Ehud Barak. Kandungan surat di bawah berbunyi begini :

Kandungan “surat” tersebut, Mahathir memulakannya dengan mengucapkan tahniah sebagai mewakili UMNO, BN dan kerajaan Malaysia atas kejayaan Barak dilantik sebagai Perdana Menteri Israel

Perenggan kedua “surat” ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!

Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.

Perenggan keempat seterusnya menyebut harapan dan keterbukaan Mahathir dalam memulakan jalinan perhubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dengan Israel.

Terlalu banyak cerita hubungan Mahathir dengan Israel sebenarnya,diatas hanya sebahagian yang disiarkan di laman-laman blog,mungkin masih banyak yang tidak diketahui umum, antaranya dikatakan Mahathir pernah membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986

Dan terbaru ada yang berkata Mukhriz pula di MITI sebagai Timbalan Menteri bagi melindungi rahsia kepimpinan ayahnya yang begitu banyak bergantung harap dengan kepakaran Israel

Benarkah itu semua? "tukanglawan" tidak tahu, tapi semua isu-isu diatas pernah menjadi isu panas dan penting satu ketika dahulu.mungkin hanya Mahathir boleh jawab, kerana dia sekarang sedang asyik bercakap tentang hubungan dengan Yahudi.

Rakyat mahu tahu betul atau tidak?, tak salah jika kita cari informasi, kumpulkan dan mintak mahathir jawab.

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit