Esok satu sidang media pembongkaran bukti Malaysia mengiktiraf ISRAEL sebagai sekutu perniagaan akan dibuat oleh JINGGA13 di IbuPejabat keadilan jam 11:30 pagi,mereka sudah punya semua bukti kukuh untuk dibongkar. bukti bahawa negara ini membenarkan kapal dagang Israel berlabuh di negara ini dan menurunkan kargo dari Haifa Israel.
Sebelum kita bercerita panjang lebih baik kita tahu serba sedikit milik siapakah syarikat perkapalan ZIM itu.
The Israel Corporation holds 98% of Zim shares. The Ofer Group is the majority shareholder of the Israel Corporation (57%), with the remaining shares held by Bank Leumi L’Israel (20%) and the public.
The Israel Corporation’s shares are listed on the Tel Aviv Stock Exchange (TASE: ILCO).
Rupa-rupanya syarikat perkapalan itu dimiliki oleh Israel, APCO worldwide yang dibayar untuk menjadi penasihat kepada kerajaan juga adalah milik orang Yahudi, jadi kerjasama antara kerajaan malaysia dan Israel bukanlah sesuatu yang baru,secara tidak langsung "kerajaan" malaysia menjalin kerjasama dengan Israel.
Rupa-rupanya kerajaan malaysia juga penyumbang kepada ekonomi Israel, sehingga mereka boleh menghasilkan kereta kebal terbaik di dunia, sehingga mereka boleh meningkatkan taraf ketenteraan mereka lalu tanah bangsa palestin boleh mereka cerobohi.
Wang hasil dari kerjasama kerajaan Malaysia yang "hipokrit" ini juga sebenarnya digunakan untuk beli peluru hidup untuk tembak anak-anak dan para shuhadah Palestine.
Rupanya Umnoapco bermain wayang, memfitnah orang lain , menuduh orang lain dan memperbesrkan cerita untuk melindungi diri sendiri.
Lebih malang lagi, hasil carian di laman web ZIM sendiri menunjukkan lebih banyak kapal akan masuk ke negara ini.
Hasil Carian 'tukanglawan" apa yang dipaparkan disebelah adalah jadual kontena yang akan memasuki pelabuhan kelang terus dari Haifa Israel sehingga bulan April nanti, itu belum lagi kapal-kapal lain yang transit ke pelabuhan lain lagi, juga belum lagi ambil kira kapal yang akan berlabuh di Butterworth, Miri, Kuantan, Bintulu dan pelabuhan lain.
klik untuk carian |
Kenapa kapal Israel masuk dan berdagang di negara ini?, jawapannya mudah kerana kerajaan malaysia membenarkan urusniaga antara dua negara ini dijalankan. mustahil mereka tidak tahu ia kapal milik syarikat Israel.
Silalah tinggalkan Komen anda disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.