Analisis penuh kekayaan rosmah XIII (Cita-cita Jadi Penyanyi )

| comments


Rosmah mansor seorang FLOS yang suka menyanyi, kalau nak kumpul semua koleksi nyanyian yang menusuk hati dan jantung itu mungkin tak boleh muat dalam satu CD saiz biasa, kurang-kurang kena masukkan dalam Platinum Disk.


Korang tau tak apa tu Platinum Disk?, "tukanglawan" taklah tahu sangat, cuma yang boleh "tukanglawan"  gambarkan bentuknya besar, macam saiz piring hitam zaman dulu-dulu tu, berkilat-kilat sebab rosmah memang suka benda yang mengerlip-ngerlip, lagi berkilat lagi mahal katanya.

Mungkin bentuk Platinum Disk nei sama seperti yang di sebelah ni agaknya, bukan apa, kalau CD saiz biasa yang kecil tu setakat 10 lagu boleh la, tapi kalau yang besar nei mungkin boleh masuk 250 lagu, sesuai dengan hobi Rosmah sebagai penyanyi separuh masa. kerana rosmah memang suka menyanyi,


Jom dengar... jom dengar... ambik mood dulu


Amacam, Seronok tak?, ada bakat kew? suka?.. Kah..kah..kah. cuba mainkan lagi sekali video diatas jangan lupa kuatkan Volume.

Diatas nei cuma satu dari petikan lagu nyanyian Rosmah, "tukanglawan" agak malas nak cari lagi,  tapi kita semua sudah tahu Rosmah memang suka menyanyi, tambahan lagi bila dia dalam keadaan sangat gembira.
Rosmah yang diberikan Ijazah oleh Universiti Curtin sebelum ini turut dipuji oleh Barhim katak antara lainnya dia berkata ijazah kehormat tersebut melayakkan Rosmah digelar "srikandi negara."

Kah..kah..kah... kalau ye pun nak membodek, ingatan kepada Ibrahim ali biarlah guna ayat yang sedap sikit didengar, bukan sedap didengar oleh Rosmah , tapi biar rakyat sedap dengar dan tak rasa geli hati sampai rasa mual-mual ubi.

Makin pelik pulak si katak tu kebelakangan nei, termasuklah bila berkata sokongan masyarakat bukan melayu padanya meningkat. kah...kah..kah.. (baca sini)

Rosmah pun apa lagi khabarnya gembira sekali dengan pujian (bodekan) itu, lalu terus la menyanyi lagi, baca dibawah ni




Kah..kah..kah, jelas sekali rosmah pantang dipuji, kerana bila dipuji dia akan merasa bangga dan gembira sekali, dan bila gembira, rosmah akan mendendangkan beberapa lagu.. suka dengar?, nak lagi?

...kah..kah..kah...


 Ehh.. korang  taknak baca kronologi nei kew?, rugi tak baca


Bahagian 1 - Analisis penuh kekayaan rosmah (Wajib baca)
Bahagian 2 - Analisis penuh kekayaan rosmah II (Rosmah nak saman?)
Bahagian 3 - Analisis penuh kekayaan rosmah III (Beg tangan palsu)
Bahagian 4 - Analisis penuh kekayaan rosmah IV (FLOS terkedu lagi)
Bahagian 5 -Analisis penuh kekayaan rosmah V (Mahu jadi ahli sukan)
Bahagian 6 -Analisis penuh kekayaan rosmah VI (Sayang permata)
Bahagian 7 -Analisis penuh kekayaan rosmah VII (Skandal pereka fesyen)
Bahagian 8 -Analisis penuh kekayaan rosmah VIII (Suami yang menyayangi)
Bahagian 9 -Analisis penuh kekayaan rosmah VIIII (Rosmah bergelar Doktor)
Bahagian10 -Analisis penuh kekayaan rosmah X (Sumpahan Beri Anugerah Pada Rosmah)
Bahagian11 -Analisis penuh kekayaan rosmah XI ( Lawak Pagi Jumaat)



Silalah komen disini


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit