Umnoapco, dengan apa cara sekalipun akan menghalang gelombang "kesedaran" rakyat, mereka mahu terus-terusan memperbodohkan rakyat.
Anwar Ibrahim kebelakangan ini dihentam teruk oleh media rasmi umnoapco TV3 utusan dan sekutu-sekutu lain Umnoapco
Adilkah rakyat disuapkan dengan hanya berita dari satu belah pihak saja?, manakala pihak yang dituduh tidak berpeluang menjawab tuduhan.
Lantaran apa yang dilakukan AIC jumaat lepas sangat kene pada tempatnya, satu peringatan kepada rejim umno supaya jangan "main kotor" (baca sini)
Pentas ceramah digunakan secara maksimum oleh Anwar dan pakatan rakyat untuk beri penjelasan, beri maklumat berkenaan isu semasa, dan menjawab tuduhan, tapi ia tidak pernah selalu mudah, seperti apa yang terjadi di kubu kuat najib ( pekan, Pahang) selang beberapa malam lepas, jelas menggetarkan Najib dan Rosmah Mansor.
Anggota Polis diperkudakan "tangan ghaib" untuk mengadakan sekatan jalan raya di jalan utama menuju ke ibupejabat PAS di Pekan, tempat ceramah Anwar Ibrahim akan diadakan, namun tindakan itu tidak mampu menghalang atau menggagalkan ceramah Anwar pada malam itu .
Anggota Polis yang "diperkudakan" tanpa rela itu mengadakan sekatan jalanraya yang mengakibatkan kesesakan hampir 5 kilometer serta menyebabkan Anwar Ibrahim dan rombongan terperangkap lebih 40 minit sebelum diselamatkan oleh sekumpulan penduduk kampung yang mahu pergi ke ceramah berkenaan dengan menaiki motosikal.

Begitulah semangat Anwar Ibrahim, seorang negarawan yang menghadapi berbagai ujian dan dugaan. walau apa cara sekalipun, dia takkan mudah dilemahkan, dia tidak akan mudah menyerah kalah, walaupun terpaksa membonceng motosikal sejauh 3 kilometer meredah kesesakan jalanraya menuju ke kampung mengkasar. ceramah akan terus diadakan.
Namun sekatan itu jelas satu "SABOTAJ" apabila sekatan jalanraya atas arahan "tangan ghaib" itu dihentikan sebaik Anwar sampai ke lokasi ceramah.
Namun sekali lagi kerja-kerja jahat menghentikan ceramah itu dilakukan, pihak polis datang dan minta ceramah itu dihentikan atas alasan melebihi masa.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad kira-kira 3,000 orang menghadiri program tersebut, "kebanyakannya penduduk tempatan", yang disifatkannya sebagai "luar biasa bagi Pekan"

Halangan sedemikian bukan sesuatu yang menghairankan kerana kawasan itu adalah kubu kuat Umno dan terletak dalam kawasan Parlimen Pekan disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ini membuktikan, ada kerja jahat untuk menghalang Anwar menyampaikan ceramahnya, menghalang anwar menjawab isu-isu dan serangan kepadanya, dan jelas, menunjukkan najib sedang ketakutan, sehingga "demam sebelum berdebat"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.