Analisis penuh kekayaan rosmah XI ( Lawak Pagi Jumaat)

| comments

Kalau artikel "tukanglawan" sebelum ini berkisar cerita tentang sebuah laman facebook dihentam teruk gara-gara pemberian ijazah Doktor Kehormat Persuratan kepada Rosmah.

Mungkin satu lagi laman web akan jadi tempat rakyat meluah perasaan, ini kerana syarikat maklumat perniagaan telah bukan sahaja memberikan Rosmah anugerah, tapi juga menamakan anugerah itu dengan nama Rosmah mansor.

Apa yang mencuit hati "tukanglawan" pagi-pagi ini ialah apabila membaca matlamat pemberian anugerah "Wanita Peneraju Kebajikan Asia",itu sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal,  kah..kah..kah..

Bukan nak menuduh, namun terdetik dalam fikiran "tukanglawan" syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal atau penyebar maklumat perniagaan, ini bermaksud syarikat NASEBA itu dibayar untuk menyebarkan informasi yang bagus tentang perniagaan atau produk, matlamat utama ialah "mempromosikan"

Teringat pula "tukanglawan" kepada syarikat milik yahudi iaitu APCO WORLDWIDE yang dibayar oleh kerajaan malaysia untuk membantu beri nasihat untuk mempromosikan lagi UmnoApco Barisan Nasional kepada rakyat, maka lagi teringat pula permohonan maaf sebuah stesyen TV yang mengaku dibayar oleh kerajaan dengan tujuan mempromosikan kerajaan sedia ada.

Semua itu dibayar, apakah ini pun sama?, gimik kata orang, lagi pun dalam situasi sekarang, nama Rosmah mesti dibersihkan, mungkinlah, itu cuma "akal jahat difikiran tukanglawan saja" jangan ambil serious. kah..kah..kah.

Kebelakangan ni kalau kita perasan dalam keadaan Rosmah dilanda berbagai tekanan, berbagai-bagai anugerah diberikan kepadanya, termasuklah anugerah FLOS mengantikan gelaran FLOM yang dipakainya dulu.. Kah.. Kah.. Kah..

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit