Lain orang lain caranya, jika Datuk Lee Chong Wei mengharumkan nama negara dengan menjadi pemain badminton terhebat, Datuk Nicol Ann David pula membanggakan negara ini dengan menjadi pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga no 1 dunia..
Terbaru, rosmah pula sedang membawa nama malaysia ke peringkat antarabangsa pula, ke peringkat lebih tinggi.
Baru beberapa hari yang lalu rosmah dianugerahkan gelaran (FLOS) oleh seorang pereka pakaian dari Australia, kini nama rosmah sudah mula menjadi tajuk-tajuk utama berita khususnya dinegara jiran. hebat bukan? kah.. kah..kah,
Semua ini gara-gara pendedahan akhbar Australia Sydney Morning Herald baru-baru ini yang melaporkan isteri Perdana Menteri, rosmah mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.
Rosmah yang dikatakan 'pengikut fesyen yang berdedikasi', itu sebenarnya bukan pertama kali di siarkan cerita kemewahannya diakhbar dan portal antarabangsa, The West Australian sebelum ini pernah mendedahkan seorang wanita pertama yang dipercayai rosmah telah membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) untuk membeli mutiara di David Jones (baca sini) - sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat
Juga tidak lama dahulu sebuah portal akhbar dari negara jiran (Indonesia) juga pernah siarkan berita kekayaan rosmah, portal Kompas itu ( klik sini) mengulas isu cincin permata yang hangat dikatakan tidak lama dahulu.

Terbaru, sebuah portal berita negara jiran (singapura) menyiarkan kesinambungan cerita yang disiarkan oleh akhbar Australia Sydney Morning Herald , Portal Asia one news itu turut juga menulis artikel penuh kekayaan yang dimiliki rosmah (FLOS) itu.
Bukan setakat itu, pembaca portal berita dinegara jiran (Brunei) juga dapat mengikuti pendedahan tabiat berbelanja mewah rosmah ini yang boleh diakses dari portal brudirect.com
Rosmah sudah nafikan laporan akhbar-akhbar luar negara itu, rosmah anggap itu semua fitnah jahat oleh orang-orang yang dengki dan mahu jatuhkannya,... kah..kah..kah.
Nampak gayanya jika rosmah benar difitnah, dia bolehlah mula menfailkan saman terhadap akbar-akbar dan portal berita antarabangsa, mungkin sedang menunggu tindakan lanjut oleh first lady of shooping itu, kerana bagi rata-rata rakyat tindakan rosmah yang setakat menafikan tidak membuktikan apa-apa , rosmah perlu berani memfailkan saman supaya perbicaraan yang adil di mahkamah luar dari negara ini boleh dilakukan.
Rosmah saat ini sedang menaikkan nama malaysia, semua orang sudah tahu rosmah adalah seorang wanita kaya hasil dari sikap suka menabung yang diamalkannya dari kecil, dan dunia sekarang tahu malaysia punyai seorang perdana menteri yang sangat kaya, mungkin lebih kaya dari yang mampu kita gambarkan.
Rosmah, tak dapat harumkan nama Malaysia dengan bermain badminton pon tak apalah, kerana rosmah sudah bawa nama malaysia ke peringkat lebih tinggi setelah mendapat gelaran

FLOS, negara jiran sudah mula bukak mata. kenapa kita masih tak sedar itu semua? kah..kah..kah..
# Baca analisis penuh kekayaan rosmah lagi Bahagian 1 - Analisis penuh kekayaan rosmah (Wajib baca)
Bahagian 2 - Analisis penuh kekayaan rosmah II (Rosmah nak saman?)
Bahagian 3 - Analisis penuh kekayaan rosmah III (Beg tangan palsu)
Bahagian 4 - Analisis penuh kekayaan rosmah IV (FLOS terkedu lagi)
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.