Benarlah kata orang, suami mana yang tidak sayangkan bini, suami mana yang tahan telinga bila isteri kesayangan diburukkan orang, begitu juga dengan najib altantuya, sayangnya pada rosmah ibarat sayangnya Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal, sayangnya dia sehingga sanggup membina Taj mahal, yang sampai sekarang merupakan keajaiban dunia yang asngat hebat.
Sayangnya najib kepada rosmah, jangan kita nafikan, kemana saja najib pergi, rosmah gedik-gedik pasti terselit sama,
Sayangnya najib kepada rosmah, jangan kita nafikan, kemana saja najib pergi, rosmah gedik-gedik pasti terselit sama,

"tukanglawan" masih tercari - cari kalau ada kes serupa itu, isteri perdana menteri gantikan si suami untuk majlis yang dikira besar, mungkin timbalan perdana menteri turut demam ketika itu agaknya, lalu sebagai isteri, rosmah walaupun tidak pernah bertanding menjadi ahli parlimen dikira paling layak ketika itu,
Sayangnya najib pada rosmah. isteri sudah lebih tinggi dari timbalan perdana menteri.

Tapi najib melenting pada orang yang mahu siasatan dijalankan terhadap isterinya itu. mahu siasatan dijalankan berkaitan dengan banyak cerita-cerita mengenai pembaziran selama ini, ehh kalau tak salah, biar saja la siasatan dijalankan. takut ke?
Najib altantuya hari ini mungkin atas desakan rosmah marah-marah, katanya semua cerita tentang keborosan rosmah bohong, cerita rosmah berbelanja sakan di Australia pun kata najib bohong, sengaja diada - adakan katanya.

Najib suka tweeter, senang sampaikan informasi katanya, lalu menulis di tweeter la najib hal isteri kesayangannya itu,
"Ini cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," katanya najib di Twitter malam tadi.
Kalau benar cerita ini sengaja direka, najib takkan tak mahu ambil tindakan, tak cukuplah jika hanya berkata kata, rakyat mahu juga lihat buktinya.
Najib kerana sayang sangat kepada rosmah gedik-gedik akhirnya terpaksa membela rosmah, mungkin telinganya sudah tidak tahan agaknya setiap hari rosmah dikecam kerana "beli baju", kesian si suami melihat isterinya itu sedih setiap hari gara-gara dikecam rakyat atas satu kesalahan kecil dimata najib.
Najib kerana sayang sangat kepada rosmah gedik-gedik akhirnya terpaksa membela rosmah, mungkin telinganya sudah tidak tahan agaknya setiap hari rosmah dikecam kerana "beli baju", kesian si suami melihat isterinya itu sedih setiap hari gara-gara dikecam rakyat atas satu kesalahan kecil dimata najib.

Najib mahu hal rosmah rakyat jangan campur, kerana dia tak sanggup lagi lihat isterinya sedih setiap hari , kerana sayangnya najib pada rosmah, najib kata hal belanja duit rakyat adalah cerita yang diperbesar - besarkan.
Tapi setakat menafikan, setakat tulis di tweeter mana cukup, kalau benar ini cerita yang direka, bersihkan nama rosmah, itupun jika benar sayang pada rosmah, bagi rakyat setakat berkata-kata siapa pun boleh buat, sama seperti bila najib kata pada Anwar jangan debat denganya, takut nanti Anwar demam, setakat cakap, semua boleh cakap, tapi sampai sekarang najib takut nak berdebat dengan Anwar, demam barangkali.
Bahagian 1 - Analisis penuh kekayaan rosmah (Wajib baca)
Bahagian 2 - Analisis penuh kekayaan rosmah II (Rosmah nak saman?)
Bahagian 3 - Analisis penuh kekayaan rosmah III (Beg tangan palsu)
Bahagian 4 - Analisis penuh kekayaan rosmah IV (FLOS terkedu lagi)
Bahagian 5 -Analisis penuh kekayaan rosmah V (Mahu jadi ahli sukan)
Bahagian 6 -Analisis penuh kekayaan rosmah VI (Sayang permata)
Bahagian 7 -Analisis penuh kekayaan rosmah VII (Skandal pereka fesyen)
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.