Jamil Khir buat hal lagi..

| comments

Belum lagi selesai isu  penggunaan wang zakat untuk menghalang tuntutan Qazaf yang dikemukakan Anwar Ibrahim, kali ini Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai.

Kalau betullah dakwaan PAS itu, entahlah apa nak jadi dengan pak menteri sekarang nei, apakah kerana mereka menteri mereka ada kuasa untuk suka ati mak bapak dia pakai wang yang bukan milik mereka?.

Sudahlah wang zakat disalahgunakan, selepas itu 11 bulan kemudian baru bayar balik menggunakan dana yang disalurkan kerajaan, bayangkan lah, berapa ramai "asnaf" (golongan yang layak terima wang zakat) yang tertunggu-tunggu hak mereka. berapa ramai ibu tungga atau yang fakir terpaksa hidup dalam kesusahan oleh kerana tindakkan "pakai dulu" wang zakat itu?.

Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan dan sepatutnya menjaga kebajikan penduduk di Wilayah Persekutuan, nampaknya sudah menjaga kepentingan menteri sekarang nei, pasal rakyat bagi mereka tak berapa penting sangat sekarang.

"Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.,antaranya bantuan mesin rumput, pam racun dan berbagai-bagai bantuan kepada penduduk Jerai. Kita tidak menentang memberi bantuan kepada rakyat, tetapi mana-mana hasil negeri tersebut khususnya zakat, selagi mana penduduk negeri tersebut masih ada yang miskin, tidak boleh bawa ke tempat lain".

“Apatah lagi, Wilayah Persekutuan cukup ramai dengan setinggan, PPR dan ibu tunggal yang hidup dalam kemiskinan, tiba-tiba tetapi ambil duit Yayasan Taqwa bawa pergi ke Jerai," kata naib ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Nasaie Ismail yang juga setiausaha akhbar presiden PAS.

Penggunaan wang Yayasan Taqwa untuk membiayai program peribadi jamil khir mungkin tidak diketahui ramai, tatapi bagi penduduk dan pengundi Jerai, ia sudah diketahui umum dan bukan rahsia lagi.

Menteri umnoapco kalau tidak sebat duit rakyat untuk kepentingan sendiri tidak cukup hebat agaknya.


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit