Manusia kadang-kadang bila diberi kuasa yang dipinjamkan akan mudah jadi lupa,itulah yang terjadi pada seorang anggota polis yang didapati bersalah kerana melepaskan tembakan melulu dan tanpa sebab kepada seorang remaja hingga menyebabkan kecederaan, dua tahun lalu.
Anggota polis tersebut, konstabel Mohd Hakimi Shamsul didapati bersalah melepaskan tembakan tanpa sebab yang sah kepada Mohd Azizi Azri Aziz.
Selepas meneliti hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, Majistret Nor Azlina Hashim memerintahkan tertuduh dihukum penjara enam bulan, dalam satu prosiding di mahkamah majistret Seremban semalam.
Walau bagaimanapun Majistret Nor Azlina membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dengan menaikkan jaminan daripada RM3,000 kepada RM8,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh.
Persoalannya apakah anggota polis boleh menggunakan senjata sesuka hati, menembak siapa sahaja yang disukainya?
Menurut keterangan kes, insiden dikatakan bermula di depan sebuah pusat beli belah di Jalan Datuk Siamang Gagap, dekat sini, apabila kereta peronda dinaiki dua anggota polis termasuk Mohd Hakimi mengejar sekumpulan penunggang motosikal termasuk Mohd Azizi Azri.
Kumpulan penunggang motosikal itu kemudian berpecah dan motosikal ditunggang Mohd Hakimi dikejar kereta peronda polis tersebut beberapa kilometer sehingga ke lokasi kejadian.
Polis kemudian melepaskan beberapa tembakan amaran, namun satu das tembakan dari senjata milik Mohd Hakimi dipercayai terkena perut Mohd Azizi Azri yang kemudiannya ditahan.
Seharusnya anggota tersebut harus menggunakan kebijaksanaan dan pengalamannya untuk menahan mangsa jika sekalipun mangsa membuat kesalahan, senjata api boleh membunuh, ia tidak seharusnya digunakan tanpa sebab munasabah seperti mempertahankan diri,
Mungkin anggota itu sudah merasakan dia cukup berkuasa kerana "baju" yang dipakainya, apakah nasib serupa akan menimpa ahli keluarga kita gara-gara anggota seperti ini yang dangkal fikirannya?, kita harus fikirkan ini. apakah kita mahu peristiwa yang menimpa adik Amirulrashid berulang?
Mungkin anggota itu sudah merasakan dia cukup berkuasa kerana "baju" yang dipakainya, apakah nasib serupa akan menimpa ahli keluarga kita gara-gara anggota seperti ini yang dangkal fikirannya?, kita harus fikirkan ini. apakah kita mahu peristiwa yang menimpa adik Amirulrashid berulang?
Mohd Hakimi, 21, dituduh melepaskan tembakan terhadap Mohd Azizi Azri, 20, tanpa apa-apa alasan yang sah sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa, di Jalan Jelebu menghala ke Pantai dekat sini pada 3 petang, 8 Mei 2010.
Dia dituduh mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.