Berikutan pembubaran parti KITA (Keadilan Insan Tanah Air)javascript:void(0) bahagian Melaka pada 11 Januari, hari ini didalam blognya hari ini presiden nya memgumumkan akan membubarkan parti itu melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) tidak lama lagi.
Ini bertujuan menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa mereka tidak memihak kepada pembangkang, ujar Zaid Ibrahim, presiden parti itu dalam laman blognya.
"(Ini) terutama dengan beberapa anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat."Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang,” katanya.
Parti KITA ditubuhkan Zaid selepas meninggalkan PKR secara tergesa-gesa berhubung dakwaan salah-laku dalam pemilihan parti itu dan telah berusia setahun pada bulan lalu.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.