Cara terbaru B End nak sebat duit rakyat.

| comments

Desas desus cadangan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1 Care yang bakal dilaksanakan kerajaan akan menyebabkan rakyat menanggung beban lebih parah, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng.

Ini kerana katanya, rakyat akan diminta menyumbang 10 peratus melalui potongan pendapatan mereka kepada agensi pengurus dana kesihatan yang dilantik oleh kerajaan, sekiranya skim itu menjadi kenyataan.

 “Melalui skim 1Care kerajaan akan melantik satu badan yang akan menguruskan skim ini yang mempunyai kuasa pemutus menentukan kehendak rakyat,”  katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.


“Jangankan 10 peratus, satu peratus pun sudah cukup tinggi untuk rakyat dan ini tidak termasuk cukai GST yang bakal dikenakan pertengahan tahun ini.

“Rakyat di bawah pentadbiran Najib terus berdepan bebanan kos hidup yang tinggi kerana perlu membayar tol, minyak, bil elektrik dan air yang terus diswastakan,” tegasnya.

Berbanding dasar kesihatan sedia ada, katanya, rakyat bebas memilih samada hendak mendapatkan khidmat kesihatan dari klinik swasta atau hospital kerajaan.

“Sepatutnya kerajaan mengekalkan sistem sedia ada di mana rakyat miskin mendapat khidmat penjagaan kesihatan murah melalui hospital kerajaan manakala mereka yang memiliki sedikit kemampuan boleh ke klinik swasta sesuai dengan pendapatan mereka,” kata bekas Menteri Kesihatan ini.

Portal The Malaysian Insider hari ini melaporkan cadangan skim berkenaan, di mana rakyat yang memiliki peringkat pendapatan tertentu akan diwajibkan memberikan 10 peratus pendapatan bulanan mereka kepada agensi mengurus dana kesihatan negara.

Dilaporkan, pengamal perubatan dan persatuan pengguna memboikot cadangan itu sejak Disember tahun lalu, bermula dengan kempen ‘Tak Nak 1 Care’ dan menggesa kerajaan mengkaji semula cadangan berkenaan.

Pada 28 Mei 2010, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dilapor berkata, perdana menteru sangat teruja dengan cadangan itu, selepas beliau dimaklumkan mengenainya.

Mengulas lanjut, Jui Meng mendesak pentadbiran Najib menjelaskan skim berkenaan dengan memberikan butiran terperinci.

“Kita juga mendesak kerajaan mempelawa NGO, aktivis rakyat dan mereka yang pakar dalam bidang ini untuk berbincang sebelum apa-apa keputusan dibuat mengenainya,” tegas beliau.


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit