Berikutan pendedahan pembelian yang dibuat oleh pengarah strategik Keadilan semalam berkaitan bukti pembelian dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura bernilai RM34,562,784 oleh keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Jingga 13 pagi ini tampil bagi mengemukakan bukti "lengkap" terbaru untuk disiasat oleh SPRM kerana ianya dilihat satu penyelewengan dan salah guna kuasa yang sangat berat oleh keluarga menteri pembangunan wanita dan masyarakat itu berkaitan penyaluran dana NFC bagi tujuan ternakan lembu.
Dana bernilai RM250 juta itu disalurkan kepada NFC adalah bertujuan untuk menambah bekalan daging mentah dipasaran tempatan yang dirasakan tidak mencukupi , bagaimana pun dana tersebut didakwa telah diselewengkan.
Jingga 13 sebelum ini telah banyak mengemukakan laporan kepada SPRM untuk siasatan mereka, antaranya pembelian 1 unit kondo mewah One menerung di bangsar, pendedahan eklusif pembelian kondo mewah di Orchad Scoot Singapura, pembelian kenreta mewah jenama mercedes yang berharga hampir RM600 ribu, percutian mewah keluarga tersebut, pembelian 2 bidang tanah serta laporan penggunaan kad kredit atas nama individu yang dibayar menggunakan dipercayai wang dana untuk ternakan lembu. dan banyak lagi pendedahan.
Selain membuat laporan kepada SPRM , Jingga 13 juga hari ini secara terbuka telah mencabar menteri pembangunan wanita dan masyarakat itu untuk
1- Menafikan adanya pembelian dua unit kondo mewah yang dibeli keluarganya di Marina Bay Suite, Singapura
2-Mengisytiharkan harta beliau dan seluruh ahli keluarga beliau dalam tempoh 2008 sehingga 2011.
3- Menjelaskan bagaimanakah keluarga beliau mampu menanggung bayaran balik bulanan pembelian kondo tersebut yang cukup besar jumlahnya. Anggaran berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh balik bayaran 25 tahun menunjukkan Dato seri Shahrizat perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai kedua-dua kondominium mewah tersebut.
Persoalannya apakah sharizat akan tampil untuk menafikan perkara ini, rakyat mahu tahu kerana wang yang disalurkan adalah wang rakyat dan ianya melibatkan kepentingan rakyat.
Apakah menteri-menteri umno diberi kebenaran untuk menggunakan wang ini seolah-oleh itu milik mereka, dan selepas sharizat, apakaha da menteri lain yang juga menyelewang wang rakyat menggunakan kedudukan mereka.
Jika ini caranya menteri umno menguruskan negara, mereka perlu dibawa kemuka pengadilan, mereka ini telah mengkhianati rakyat.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.