Sampai hari ini, Shahrizat Jalil masih lagi berada dalam kebinet walaupun telah bercuti selama 3 minggu untuk meredakan tekanan berhubung isu salahguna kuasa melibatkan dana NFC.
Tindakan tidak mahu melepaskan jawatan itu jelas sekali memperlihatkan egonya Shahrizat yang masih mahu mempertahankan jawatannya sebagai seorang menteri, ini sedikit sebanyak menimbulkan perasaan tidak senang beberapa pemimpin Barisan Nasional kerana dilihat mampu melemahkan Barisan Nasional sendiri, tambahan lagi ura-ura pilihanraya akan dibuat dalam masa terdekat.
Akhbar the star pernah sebelum ini menyiarkan desakan secara lembut oleh Presiden MCA Dr Chua Soi Lek supaya Sharizat meletakkan jawatan "demi kepentingan Umno dan BN".
"Beliau adalah seorang pemimpin kanan parti dan kami mempunyai keyakinan terhadap kebijaksanaan politiknya," kata Presiden MCA itu,
Namun dapat kita lihat dalam tempoh waktu yang agak lama itu, Shahrizat menyangkal dakwaan bahawa dia seorang pemimpin kanan parti yang bijak dengan bertindak mahu duduk selesa di bangku menteri, shahrizat lebih rela membebankan keseluruhan parti dalam Barisan Nasional , namun tidak sesekali akan melepaskan jawatan dalam kerajaan rejim Umnoapco.
Ini mungkin kerana dia merasakan maruah diri dan status kedudukan sebagai seorang menteri itu adalah sangat utama, Shahrizat walaupun kalah dalam PRU yang lalu , masih dilantik sebagai menteri dengan menjadi senator kerana kedudukannya sebagai ketua wanita didalam parti Umnoapco.

Masih Tidakkah Shahrizat sedar ramai pemimpin kompenen mahu dia berundur, terbaru Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn secara terbuka mendesak Shahrizat melepaskan jawatan menterinya.
Demi kepentingan BN, beliau berharap Shahrizat akan dengan "rendah hati" mengosongkan jawatan menteri dalam kabinet dan menumpukan tenaga memerangi serangan terhadap keluarganya.
Tapi apakan daya, Shahrizat masih tidak mahu bangun dari bangku menteri itu , dia tidak akan lepaskan jawatan ketua wanita Umnoapco, kerana kebanggaan duduk di kerusi menteri itu jadi keutamaan, dia tidak akan dengar apa kata orang lain, dan sesekali dia tidak akan dengar apa kehendak rakyat,
Shahrizat merasakan dia "Bos" dan rakyat ini hanya semut-semut kecil yang boleh dia pijak-pijak.

Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.