Hubungan perdagangan antara Malaysia dengan Israel tidak lagi boleh disembunyikan apabila sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jingga 13 telah melakukan pendedahan bahawa kapal ZIM USA dan ZIM Altantic yang merupakan kapal milik syarikat perkapalan ZIM Integreted Shipping Ltd yang berpengkalan di Haifa, Israel dilihat telah berlabuh di pelabuhan West Ports, Klang.
Sehubungan dengan itu, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa memberitahu pihaknya akan menyerahkan satu memorandum yang akan turut disertakan segala bukti dokumen beserta dengan rakaman video yang kepada Kedutaan Palestin pada 2 Mac selepas solat Jumaat.
Katanya, penyerahan memorandum ini perlu dilakukan kerana sebelum ini kita melihat bagaimana kerajaan menggunakan Kedutaan Palestin bagi mengecam berhubung dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong negara Israel.
"Kita akan menyerahkan memorandum ini kepada Kedutaan Palestin pada 2 Mac nanti selepas solat Jumaat, dalam memorandum tersebut segala bukti akan turut disertakan, kita mahu Kedutaan Palestian sedar dalam isu Israel ini siapa yang sebenarnya yang menyokong serta mempunyai hubung baik sehingga boleh melakukan urusan pendagangan dan secara tidak langsung menampung ekonomi negara tersebut," jelasnya.
Tambahnya lagi, tindakan hubungan dagang dan perniagaan tersebut turut membantu peningkatan dan pertumbuhan ekonomi negara Isreal serta turut menyumbang kepada 'peluru dan senjata' yang merobek dan membunuh umat Palestin tanpa rasa perikemanusiaan oleh para tentera Israel.
"Hubungan dagang ini adalah bukti pengikhtirafan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) terhadap Israel," sambungnya lagi.
Sebelum itu, satu perhimpunan aman membantah kemasukan kapal Israel ke Malaysia telah diadakan di hadapan pintu masuk West Ports,Pelabuhan Klang pada 22 Februari lalu , ekoran kemasukan tiga buah kapal Isreal milik Zim Integrated Shipping Ltd , Israel di Westports, Pelabuhan Klang .
"Kehadiran serta hubungan perdagangan tersebut adalah membuktikan bahawa Umno-BN mengiktiraf negara haram Isreal walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik .
"Sikap dan tindakan tersebut adalah hipokrit Umno-BN tehadap seluruh rakyat Malaysia dan Palestin, yang konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebenarnya mengkhianati rakyat Palestin yang dizalimi oleh Israel," jelas beliau lagi.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.