"Tukanglawan" berkongsi kegembiraan dengan Nizar coretanku kerana artikel yang kami siarkan telah dipilih untuk dimuatkan juga kedalam Harakah daily (link disini)semalam.
Artikel yang bertajuk "PENGHINA NABI RENTUNG TERBAKAR" itu telah disisipkan didalam ruangan terbaik dari blog.ini satu permulaan yang bagus.
Membuka kembali lembaran sejarah blog "tukanglawan" sendiri, blog ini sebenarnya telah lama ada, sebelum ini memang "tukanglawan" ada blog peribadi sendiri, tapi sangat jarang atau tidak pernah sentuh perihal politik.
Lantas satu lagi blog yang diberi nama "tukanglawan" yang anda baca ini telah diujudkan, memang ia satu wadah untuk "tukanglawan" sentuh dan bicara soal politik, satu keinginan yang meluap-luap selepas melihat banyak sekali media arus perdana menyiarkan berita tidak tepat dan berat sebelah.
Namun, semua yang dirancang tak semudah itu, kerana ada banyak masalah, jadi terpendam lama sekali blog ini sehingga kata laluannya pun sudah "tukanglawan" lupa.
Namun takdir bawa kembali "tukanglawan" ke sini, bertemu dengan rakan-rakan lain dan akhirnya hari ini kembali menulis sampaikan informasi dan pandangan buat nilaiaan semua.
Juga tidak begitu mudah selepas sekali lagi bermula, tidak seperti blogger-blogger lawan yang "buat duit" dari menulis blog sehingga ada yang melangkaui batas, menyebar cerita bohong dan fitnah. kebanyakan blogger "pakatanrakyat" terpaksa menghabiskan wang sendiri.
"tukanglawan" juga terima nasib yang sama, sehingga kadang kala patah semangat.
Pernah satu ketika terpaksa meminjam Laptop sahabat semata-mata mahu tulis artikel, duduk di Cyber Cafe untuk karang berita, sampai satu tahap terpaksa mintak bantuan pembaca sendiri, kerana saat itu rasa sudah habis semua daya.
Malu memang malu, "tukanglawan" tidak dibiasakan dari kecil meminta-minta, jika tak ada buat cara tak ada, itu yang diajar, Alhamdullilah hari ini punya laptop sendiri (walaupun masih berhutang) dan broadband juga dibiayai oleh sahabat yang simpati. kerana itu "tukanglawan" gunakan sebaik mungkin untuk tujuan ini. ia adalah amanah.
Kadang kala juga terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan lain sehinggakan tidak sempat menulis artikel dan terbiar lama blog tanpa "update". namun hari ini ada sahaja kesempatan, lebih banyak masa dihabiskan di blog ini sebenarnya. adakalanya kepala sudah naik pening, mata sudah mula juling, gara-gara bersengkang mata, tercari-cari berita.
"tukanglawan" tak suka menunggu, apa pun keaddan jika upaya berita harus diberikan, informasi yang benar harus disiarkan, agar rakyat tidak tertipu dengan dakyah rejim pemerintah. "masa makin suntuk. dan inilah masa terbaik bagi kita untuk tukar kerajaan, namun usaha dan kerja keras itu perlu"
Bercerita kembali artikel yang tersiar di harakah daily semalam, perasaan gembira dan puas dirasakan, walaupun artikel tersebut diambil dari blog sahabat "tukanglawan" iaitu nizar-coretanku .blogspot , tapi "tukanglawan" turut merasa bangga juga kerana ia petikan dari blog "tukanglawan".
Terima kasih kepada Nizar, kerana sudi menyiarkan artikel yang di tulis oleh "tukanglawan" kedalam blognya. adakalanya bila belek-belek blog nizar dan tak ada artikel dari "tukanglawan" dipetiknya. merungut juga kadang-kadang..
"Nizar ni takmo ambik dah ke artikel aku", dan kadang-kadang bila tak ada, rasa hampa juga.
Nizar "tukanglawan" anggap lebih senior dari "tukanglawan" yang masih mentah dan masih cari hala tuju memikat pembaca. bila "Nizar" petik beberapa artikel dari blog ini, kepuasan itu ada, kerana tahu informasi itu akan sampai ke lebih ramai pembaca, itu matlamat sebenarnya.
Dan Nizar, walaupun "tukanglawan" tak pernah kenal, dia telah banyak membantu "tukanglawan". "nizar-coretanku boleh la diumpamakan pencetus semangat buat "tukanglawan"., blog sahabat itu kayu ukur bagi "tukanglawan" sendiri.
Alhamdullilah, ini kemanisan bila kita ikhlas berjuang. Insyallah tidak lama lagi "tukanglawan" akan juga menulis di blog AIC (Anwar Ibrahim Club) sebagai penulis tamu, artikel apa mahu ditulis belum lagi terfikir, masih mentelaah dan cari kesesuaiaan.
Tersedar tiba-tiba istimewa juga hari ini, 29 febuari yang jarang-jarang datang kali ini datangkan senyuman di muka "tukanglawan" artikel tersiar di portal hebat, akan sama-sama menulis di blog kelab yang dulu sangat hebat pada pandangan mata "tukanglawan" dan kini sudah ada 2 orang lagi sahabat yang juga menulis di blog ini.
Ingin sekali "tukanglawan" ucap jutaan terima kasih kepada anda semua pengunjung setia, semoga terus beri sokongan pada "tukanglawan" dan jangan lupa follow blog ini, sebarkan artikel dalam ini seberapa boleh, itu yang sebenarnya "tukanglawan" mahukan. buat sahabat yang banyak membantu, buat penyumbang artikel dan rakan-rakan yang beri komen. buat Nizar -sahabatku :), kamu semua sebenarnya yang buat "blog kecil" ini mula jadi makin meriah.
Inilah cerita "tukanglawan" dalam duka pasti satu hari akan gembira. Syukur hari ini sudah rasa begitu gembira,
"Dan sudah sedia pikul tanggungjawab lebih besar dengan hati terbuka"
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.