Dulu Utusan Malaysia dan media arus perdana bercetak yang lain menjadi pilihan seluruh rakyat malaysia. Tetapi kini kenapa ia berubah. Rakyat lebih memilih media altenatif sebagai medium informasi utama berkenaan isu nasional.Ini amat mengejutkan kerajaan UMNO/BN sekarang.
Kolumnis : Mulut Kecoh
Dengan perubahan yang berlaku, UMNO/BN semakin gusar kerana pastinya fitnah-fitnah yang ingin ditaburkan kepada rakyat tidak akan sampai. Di samping itu, UMNO/BN pasti merasa terdesak ketika PRU ke 13 semakin hampir, janji-janji kosong tidak akan menguasai fikiran rakyat sepenuhnya. Ini pastinya akan menyebabkan jentera pilihanraya UMNO/BN terpaksa lebih bekerja keras memasuki kawasan pendalaman.
Menurut anggota parlimen Kota Belud berkata, sekarang ini lebih ramai orang membaca Malaysiakini berbanding Utusan Malaysia dan lebih banyak membaca The Malaysian Insider daripada The Star. Apakah penyebab ianya berlaku. Menurut statistik, ini berlaku selepas PRU ke 12 pada tahun 2008.
Bagi saya sebagai pemerhati, hal ini berlaku apabila media arus perdana bersifat berat sebelah. Ini jelas dibuktikan dengan media arus perdana hanya mengeluarkan berita positif berkenaan UMNO/BN sahaja dan menghentam Pakatan Rakyat. Adakah media arus perdana dimiliki oleh orang UMNO/BN???jika benar is berlaku, saya syorkan sebagai contoh Utusan Malaysia perlu ditukar nama Utusan Umno/BN.
Rakyat semakin sedar. Mereka mampu untuk menilai sendiri mana yang benar dan mana yang penipu. Sebagai medium bacaan ramai, media arus perdana harus telus sebelum mengeluarkan sebarang info atau isu yang ingin diketengahkan. Bukan main menuduh tanpa fakta yang kukuh. Rakyat sekarang bukanlah seperti rakyat dahulu yang kurang mendapat infomasi. Rakyat sekarang adalah rakyat yang celik. Oleh kerana itu, medium yang mempunyai info yang benar sahaja yang mendapat sambutan.
Saya menyeru kepada para pembaca, jika media arus perdana ini meneruskan agenda kolot mereka ini, kita sebagai rakyat yang celik harus memboikot media-media ini untuk kesejahteraan negara yang kita cintai. Jatuh kan UMNO/BN mencetus Kebebasan Media.
INI HARUS JELAS
Kolumnis : Mulut Kecoh
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.