Memaparkan catatan dengan label Tukanglawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tukanglawan. Papar semua catatan

Dengarlah Ini Cerita Tentang "tukanglawan"

| comments

"Tukanglawan" berkongsi kegembiraan dengan Nizar coretanku kerana artikel yang kami siarkan telah dipilih untuk dimuatkan juga kedalam Harakah daily (link disini)semalam.

Artikel yang bertajuk "PENGHINA NABI RENTUNG TERBAKAR" itu telah disisipkan didalam ruangan terbaik dari blog.ini satu permulaan yang bagus.

Membuka kembali lembaran sejarah blog "tukanglawan" sendiri, blog ini sebenarnya telah lama ada, sebelum ini memang "tukanglawan" ada blog peribadi sendiri, tapi sangat jarang atau tidak pernah sentuh perihal politik.

Lantas satu lagi blog yang diberi nama "tukanglawan" yang anda baca ini telah diujudkan, memang ia satu wadah untuk "tukanglawan" sentuh dan bicara soal politik, satu keinginan yang meluap-luap selepas melihat banyak sekali media arus perdana menyiarkan berita tidak tepat dan berat sebelah.

Namun, semua yang dirancang tak semudah itu, kerana ada banyak masalah,  jadi terpendam lama sekali blog ini sehingga kata laluannya pun sudah "tukanglawan" lupa.

Namun takdir bawa kembali "tukanglawan" ke sini, bertemu dengan rakan-rakan lain dan akhirnya hari ini kembali menulis sampaikan informasi dan pandangan buat nilaiaan semua.

Juga tidak begitu mudah selepas sekali lagi bermula, tidak seperti blogger-blogger lawan yang "buat duit" dari menulis blog sehingga ada yang melangkaui batas, menyebar cerita bohong dan fitnah. kebanyakan blogger "pakatanrakyat" terpaksa menghabiskan wang sendiri.

"tukanglawan" juga terima nasib yang sama, sehingga kadang kala patah semangat.

Pernah satu ketika terpaksa meminjam Laptop sahabat semata-mata mahu tulis artikel, duduk di Cyber Cafe untuk karang berita, sampai satu tahap terpaksa mintak bantuan pembaca sendiri, kerana saat itu rasa sudah habis semua daya.

Malu memang malu, "tukanglawan" tidak dibiasakan dari kecil meminta-minta, jika tak ada buat cara tak ada, itu yang diajar, Alhamdullilah hari ini punya laptop sendiri (walaupun masih berhutang) dan broadband juga dibiayai oleh sahabat yang simpati. kerana itu "tukanglawan" gunakan sebaik mungkin untuk tujuan ini. ia adalah amanah.

Kadang kala juga terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan lain sehinggakan tidak sempat menulis artikel dan terbiar lama blog tanpa "update". namun hari ini ada sahaja kesempatan, lebih banyak masa dihabiskan di blog ini sebenarnya. adakalanya kepala sudah naik pening, mata sudah mula juling, gara-gara bersengkang mata, tercari-cari berita.

"tukanglawan" tak suka menunggu, apa pun keaddan jika upaya berita harus diberikan, informasi yang benar harus disiarkan, agar rakyat tidak tertipu dengan dakyah rejim pemerintah. "masa makin suntuk. dan inilah masa terbaik bagi kita untuk tukar kerajaan, namun usaha dan kerja keras itu perlu"

Bercerita kembali artikel yang tersiar di harakah daily semalam, perasaan gembira dan puas dirasakan, walaupun artikel tersebut diambil dari blog sahabat "tukanglawan" iaitu nizar-coretanku .blogspot , tapi "tukanglawan" turut merasa bangga juga kerana ia petikan dari blog "tukanglawan".

Terima kasih kepada Nizar, kerana sudi menyiarkan artikel yang di tulis oleh "tukanglawan" kedalam blognya. adakalanya bila belek-belek blog nizar dan tak ada artikel dari "tukanglawan" dipetiknya. merungut juga kadang-kadang..

"Nizar ni takmo ambik dah ke artikel aku", dan kadang-kadang bila tak ada, rasa hampa juga. 

Nizar "tukanglawan" anggap lebih senior dari "tukanglawan" yang masih mentah dan masih cari hala tuju memikat pembaca. bila "Nizar" petik beberapa artikel dari blog ini, kepuasan itu ada, kerana tahu informasi itu akan sampai ke lebih ramai pembaca, itu matlamat sebenarnya.

Dan Nizar, walaupun "tukanglawan" tak pernah kenal, dia telah banyak membantu "tukanglawan". "nizar-coretanku boleh la diumpamakan pencetus semangat buat "tukanglawan"., blog sahabat itu kayu ukur bagi "tukanglawan" sendiri.

Alhamdullilah, ini kemanisan bila kita ikhlas berjuang. Insyallah tidak lama lagi "tukanglawan" akan juga menulis di blog AIC (Anwar Ibrahim Club) sebagai penulis tamu, artikel apa mahu ditulis belum lagi terfikir, masih mentelaah dan cari kesesuaiaan.

Tersedar tiba-tiba istimewa juga hari ini, 29 febuari yang jarang-jarang datang kali ini datangkan senyuman di muka "tukanglawan" artikel tersiar di portal hebat, akan sama-sama menulis di blog kelab yang dulu sangat hebat pada pandangan mata "tukanglawan" dan kini sudah ada 2 orang lagi sahabat yang juga menulis di blog ini.

Ingin sekali "tukanglawan" ucap jutaan terima kasih kepada anda semua pengunjung setia, semoga terus beri sokongan pada "tukanglawan" dan jangan lupa follow blog ini, sebarkan artikel dalam ini seberapa boleh, itu yang sebenarnya "tukanglawan" mahukan. buat sahabat yang banyak membantu, buat penyumbang artikel dan rakan-rakan yang beri komen. buat Nizar -sahabatku :), kamu semua sebenarnya yang buat "blog kecil" ini mula jadi makin meriah.

Inilah cerita "tukanglawan" dalam duka pasti satu hari akan gembira. Syukur hari ini sudah rasa begitu gembira, 

"Dan sudah sedia pikul tanggungjawab lebih besar dengan hati terbuka"

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

10 Terbaik minggu lepas 23 Jan 29 Jan 2011

| comments


Berikut adalah 10 artikel paling mendapat sambutan minggu lepas dari blog "tukanglawan", buat anda yang terlepas, boleh baca kembali 10 artikel tersebut.

1  - Zizan Tolak RM18,000 cuma pilih RM1,000 kerana dakwah
2  - Analisis penuh kekayaan rosmah (Wajib baca)
3  - Koleksi Kereta mewah bekas menteri, mana proton?
4  - Panas, Penipuan Datuk t terkantoi sudah??
5  - Soalan najib diperlekeh rakyat (Mesti baca)
6  - Keputusan PRU13 hasil Risikan tentera dan unit khas
7  - Gangster jalan kebun ditangkap, beberapa suspek lain dicari
8  - Datuk T tayang satu lagi Video lawak (panas!!!)
9  - Analisis penuh kekayaan rosmah III (Beg tangan palsu)
10- Projek "Mega" di Parlimen najib gagal (Panas)

Terima kasih kepada anda yang melawat dan share artikel yang dipaparkan, semoga ia bermanafaat buat anda, diharapkan anda dapat menilai keadaan semasa dalam negara kita.

Insyallah akan "tukanglawan" siarkan berita-berita yang lebih panas lagi dari masa ke semasa, diharapkan anda akan sentiasa memberi sokongan dan terus bersama blog "tukanglawan"

#Sila Add jika sudi 

10 Terbaik minggu lepas

| comments


Berikut adalah 10 artikel paling mendapat sambutan minggu lepas dari blog "tukanglawan", buat anda yang terlepas, boleh baca kembali 10 artikel tersebut.

1   Soalan najib diperlekeh rakyat (Mesti baca)
2   TV3 dan utusan tak berani siar berita ini.
3   Premium insuran kenderaan naik mulai 16 Januari 2012
4   Jangan ditipu umno lagi, lihat bukti ini.
5   Analisis penuh kekayaan rosmah (Wajib baca)
6   Gambar panas, Wirawati Perkasa yang perlu anda kenali
7   Cukai jalan RM24,598.50 setahun, itu kereta siapa?
8   Umno Semakin tertekan, satu pihak lagi istihar perang
9   Najib kalah kepada Anwar Ibrahim
10 Najib pantang diugut, Pelajar wanita pula ditahan 



Terima kasih kepada anda yang melawat dan share artikel yang dipaparkan, semoga ia bermanafaat buat anda, diharapkan anda dapat menilai keadaan semasa dalam negara kita.

Insyallah akan "tukanglawan" siarkan berita-berita yang lebih panas lagi dari masa ke semasa, diharapkan anda akan sentiasa memberi sokongan dan terus bersama blog "tukanglawan"

#Sila Add jika sudi 

Ucapan terima kasih dari Tukanglawan

| comments


Assalamualikum dan salam reformasi kepada semua penggunjung Blog tukanglawan, kira-kira sebulan telah berlalu sejak tukanglawan kembali menulis dan cuba menyampaikan informasi secara lebih kerap diblog ini.

tukanglawan rasakan kita penyokong pakatan rakyat perlu melakukan usaha yang berterusan dan kerja keras untuk menyebar maklumat dan mematahkan semua fitnah-fitnah akhbar dan media massa milik umno. kerana pilihanraya sudah amat hampir dan kita perlu bekerja kuat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang sangat korup dan kotar.. iaitu Barisan nasional.

Alhamdullilah, hari ini sebenarnya tukanglawan merasa agak gembira kerana hasil sokongan anda semua, apa yang tukanglawan sasarkan sebagai permulaan ini membuahkan hasil dengan pantas, agak sukar untuk tukanglawan cuba masuk dalam dan menyebarkan informasi kepada anda semua kerana blog ini terlalu baru,
ianya hanya aktif kira-kira sebulan yang lepas


Sehingga lewat tengah malam tadi blog ini berjaya lepas sasaran 40,000 pageview yang tukanglawan sebenarnya sasarkan untuk hujung minggu ini, dan pertama kali mencapai sasaran lebih 500 individu yang melawat blog ini dalam tempoh sehari, bagi sebuah blog yang boleh disifatkan sebagai terlalu muda, tukanglawan sangat bersyukur kerana sudah mencapai sasaran yg tukanglawan sasarkan


Tahukah anda semua ini tidak akan tercapai jika bukan kerana anda, anda yang memberi semangat dan sokongan kepada apa yang kita capai hari ini, anda yang memberi kekuatan kepada tukanglawan untuk terus berusaha lebih kuat, insyallah tukanglawan akan cuba memberi lebih banyak pendedahan dan informasi kepada anda,

Sebarkan apa saja artikel didalam blog ini dengan cara cetakan jika anda rasa ianya mampu memberi manafaat kepada orang ramai, jangan biar sahabat dan rakan taulan kita terus tertipu, kita berhak mendapat kerajaan yang lebih baik..

Dedekasi ini kepada anda semua yang selalu memberi sokongan dan teristimewa kepada mereka yang sanggup membantu tukanglawan, hanya Allah dapat membalas jasa kalian.




@TUKANGLAWAN Akan berusaha lebih keras menyebar dan memberi berita kepada anda selepas ini

"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut"



Rayuan Dari TukangLawan (mintak bantuan)

| comments (2)



Assalamualikum dan salam sejahtera buat sahabat yang dikasihi dan dihormati.
perjuangan harus diteruskan walau apa cara sekali pun, kerana kita sudah terlalu hampir dengan kemenangan, cuma langkah perlu makin laju dan kencang.

Dan Jangan biar musuh melangkah terus kehadapan.

Blog adalah salah satu medium paling berkesan untuk menyebar informasi, setiap artikel boleh diakses sepanjang masa dan boleh disebarkan dengan segera.

kita harus sedar itu.

malaysia menghadapi krisi politik paling teruk sejak Mahathir menjadi perdana menteri, pemerintahan ditaktor dan kuku besi digunakan, musuh politik ditumbangkan dan demokrasi tercalar.

Tekanan semakin terasa kini, bila rakyat malaysia dikaburi mata dari krisis ekonomi yang hampir semua rakyat alami, kita disuap dengan pelbagai berita mengaburi mata, media tv dan surat khabr digunakan untuk membohongi rakyat

Hakikatnya rakyat malaysia makin terbeban dengan kos hidup yang tidak akan mampu ditanggung lagi.

Tukanglawan dan kawan-kawan lain berusaha menyampai berita dan memberi informasi pada umum.. tapi kami kadang-kadang terbatas keupayaan, tersekat kerana kekangan. jadi bantulah kami.

Kami risiko kan diri kami sendiri, kami tidak takut dikatakan penghianat kerana menentang kerajaan, kerana mereka la pengkhianat sebenarnya, kami tidak takut ditangkap hatta dipenjarakan, kerana kami mahu terus berjuang.. "Mencari negara Malaysia yang lebih baik"

jadi tukanglawan merayu pada anda, agar perjuangan tukanglawan akan diteruskan dan tidak terkekang oleh keadaan...

terus terang tukanglawan katakan , ini sudah sampai ke kemuncaknya dan tukanglawan tak mampu berdiam diri lagi kerana tukanglawan rasakan terlalu jauh tertinggal dalam memberi informasi berguna.

Terus terang tulkanglawan katakan lagi.. demi perjuangan perasaan malu harus dicampak jauh, saat ini memang tukanglawan mengharapkan bantuan anda seperti yang dinyatakan dibawah ini.

1- Laptop @ Netbook
2- Perkhidmatan internet (broadband)

itu sangat-sangat penting agar dapat tukanglawan bergerak lebih efektif dan lebih kerap, agar anda dapat liputan berita yang lebih luas dan cepat. disamping itu juga perkara dibawah juga amat tukanglawan hargai jika anda dapat bantu

3- Kamera digital (supaya gambar-gambar dapat diambil) (bukan keutamaan)
4- apa -apa yang anda fikirkan bersesuaian


sekali lagi tukanglawan merayu anda untuk bantu tukanglawan terus berjuang, tukanglawan tidak mengharapkan barangan seperti laptop atau kamera baru, cukuplah jika ia barangan lama yang masih boleh digunakan..sangat-sangat tukanglawan harapakan.


Jika ada antara kawan-kawan mampu bantu .. hanya ucapan jutaan terima kasih yg mampu tukanglawan ucapkan, "semoga anda diberi kebaikan di dunia dan akhirat" dan jika anda tidak mampu membantu.. jutaan terima kasih juga saya ucapkan kerana sudi membaca luahan ini..

kerana perjuangan itu bukan mudah, tak ramai yang mampu bertahan, Dan Insyallah, saya akan terus berada disini bersama teman-teman semua.. Amin..

Sila hubungi tukanglawan di INFOTUKANGLAWAN@GMAIL.COM untuk membantu, Insyallah Tukanglawan akan hubungi anda semula secepat mungkin.

"Penderitaan ini terpaksa dilalui demi menegakkan kebenaran dan keadilan. kami berjuang atas prinsip tersebut dan sanggup membayar harganya dengan penjara"

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit