Najib kalah kepada Anwar Ibrahim

| comments

Terdesak mahu mendekati masyarakat berbangsa cina, najib melancarkan laman Fb dalam bahasa, laman Ah Jib Gor yang membawa maksud abang najib itu mula beroperasi secara online pada 16 januari lalu.

"Kami tahu ada masyarakat Cina yang tahu bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Kami mahu menjadi lebih efektif dan interaktif dalam berinteraksi dengan pelbagai masyarakat di negara ini," kata setiausaha politik perdana menteri Wong Nai Chee.

Kini setelah hampir seminggu, nampaknya usaha menaikkan sokongan terhadap perdana menteri itu tidak mencapai sasarannya, sehingga artikel ini ditulis laman tersebut hanya disukai oleh lebih kurang seramai 3000 orang pengguna laman facebook.


Walau bagaimana pun, sebuah lagi laman serupa yang diwujudkan oleh penyokong Anwar Ibrahim dengan menggunakan nama Anwar Gor "abang anwar" pula menerima kunjungan yang hebat serta disukai lebih kurang 22, 500 pengguna internet, walaupun baru 3 hari diwujudkan.


Nampaknya selepas  najib diperlekeh dan dimalukan oleh pengunjung-pengunjung facebook dalam soal selidik yang dilakukan sebelum ini, najib sekali lagi dimalukan oleh pengguna-pengguna internet, sokongan kaum cina kepada najib tidak seperti yang diharapkan.

Jika ini diambil kira sebagai gambaran sokongan kaum cina kepada najib atau Anwar, nampaknya najib awal-awal lagi sudah kalah , dengan majoriti yang sangat besar.

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit