Umno Semakin tertekan, satu pihak lagi istihar perang.

| comments


Kerajaan barisan nasional sibuk dengan retorik gagasan 1 malaysia mereka, kononnya semua rakyat berbilang bangsa dibawah kekuasaan rejim umnoapco ini hidup aman damai tanpa ada mengira bangsa dan warna kulit.

Masih tak sedarkah kita umnoapco ini lah parti paling rasis pernah wujud atas tanahair ini. terlalu sibuk dengan perjuangan bangsanya,  sibuk laga-laga antara satu bangsa dengan bangsa lain. tak cukup dengan itu sanggup pula mengapi-apikan isu agama, 


Mungkin kerana faktor itulah agaknya pertubuhan Hindraf Makkal Sakthi hari ini bersetuju bergandingan dengan pergerakan 'Asalkan Bukan Umno' (ABU) dan menggesa semua pertubuhan yang mahu menumbangkan kerajaan sekarang supaya bersatu menjelang pilihan raya umum akan datang.

Tak lain tak bukan matlamat Hindaraf adalah untuk menyingkirkan Umno dari Putrajaya menjelang PRU13 nanti. nah, tambah satu lagi musuh umno.

Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur bersama pengasas bersama ABU Haris Ibrahim, - penyelaras kebangsaan Hindraf, W Sambulingam berkata, pengerusi NGOnya itu, P Waythamoorthy telah bersetuju bekerjasama dengan ABU demi kepentingan rakyat.

"Waythamoorthy telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemimpin-pemimpin ABU di London, dan akhirnya bersetuju menyertai mereka," katanya.

Bagi kempen pertama, mereka akan bersama mengadakan siri ceramah di enam negeri - Selangor, Negri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Perak.

Hah, makin mengelabahlah umno selepas ini, mungkin selepas ini seluruh anggota polis akan dikerah untuk turun bersama-sama keceramah yang dianjurkan oleh ABU, elok juga sebenarnya itu, makin fahamlah anggota-anggota polis itu tentang perjuangan rakyat menentang rejim umnoapco ini.

Jangan pula hairan nanti jika media-media umno mula memburuk-burukkan pertubuhan Hindraf ini, mereka akan dituduh dengan pelbagai tuduhan, maklumlah mereka kini menjadi musuh umnoapco.

Sekarang sudah jelas bahawa rakyat sudah sepakat menjatuhkan rejim umno, kepada orang orang umno cubalah ambil masa sejenak untuk berfikir mengapa rakyat amat membenci parti perkauman orang melayu itu.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit