Sebuah bangunan pejabat setinggi 31 tingkat yang dalam pembinaan di KL Sentral di Kuala Lumpur, terbakar awal pagi tadi. apa lagi keadaan sekitar sesak la , sebab semua berkumpul nak tengok api.
Kejadian yang dipercayai berlaku pada 3 pagi semalam melibatkan tingkat 30 dan 31 bangunanyang dalam pembinaan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di sekitar kawasan berkenaan. sebab macam biasalah, orang malaysia suka benda-benda yang pelik, nasib baiklah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata api merebak dengan cepat menyebabkan bahan binaan seperti kepingan kayu jatuh dan membahayakan orang ramai.

Sebab itulah orang ramai diingatkan, jika berlaku kebakaran, jangan la hampir sangat dengan kawasan tersebut, kerana ini bukan pertunjukan bunga api, lagipun menyusahkan pihak bomba nanti.
Seramai 95 anggota bomba serta 17 jentera dari balai bomba sekitar Lembah Klang dikejarkan untuk memadam kebakaran,dan bomba menghadapi kesukaran mengawal api dan terpaksa menggunakan perancah mulai aras 26 untuk naik ke tingkat atas bangunan itu. Api dapat dikawal kira-kira 8.30 pagi tadi.
Ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan di laluan sekitar KL Sentral ketika warga kota sibuk menuju ke tempat kerja kerana laluan masuk ke Brickfields iaitu melalui Jalan Bangsar dan Jalan Tun Sambanthan terpaksa ditutup sehingga 12 tengah hari untuk kerja-kerja pemadaman dan siasatan lanjut.
Kesian anggota bomba, mereka merisikokannya mereka demi rakyat, tetapi apakah mereka dapat keistimewaan seperti yang didapati oleh pihak polis, kalau tengok balai bomba dan balai polis, kadang-kadang terlalu jauh bezanya.
Naikkan lah taraf mereka, jadikan mereka antara perkhidmatan terbaik di dunia.
Naikkan lah taraf mereka, jadikan mereka antara perkhidmatan terbaik di dunia.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.