• back to top back to top back to top back to top
..................................“Apakah salahnya rakyat berkumpul untuk menuntut hak. Negara ini bukan milik Najib dan Umno" - Sasterawan A. Samad Said .................................."Penderitaan ini terpaksa dilalui demi menegakkan kebenaran dan keadilan, Kami berjuang atas prinsip tersebut dan sanggup membayar harganya dengan penjara” - Datuk Seri Anwar Ibrahim ..................................Anggota polis zionis pernah berkata : "kami tidak takut kpd pasukan tentera arab. Tp kami benar-benar gentar kpd pasukan ALLAHUAKHBAR. kami org yahudi datang dari sluruh pelusuk dunia ke tempat ini (palestin) utk hidup. tetapi, mereka dtg dr seluruh pelusuk dunia ke tanah ini utk mati. bagaimana kami dpt berhadapan dgn org2 seperti mereka? " ..................................Bukanlah satu perkara yang pelik bagi Umno mempunyai seorang ahli beragama Kristian asalkan ia seorang Bumiputera. Malah bukan menjadi satu keganjilan jika Umno khususnya di Sabah satu ketika nanti akan dikuasai orang bukan Islam jika majoriti Bumiputera bukan Islam di Sabah mengambil keputusan menyertai Umno. Ahmad Tajdid, Harakahdaily
Jika anda mempunyai sebarang info, pandangan, artikel untuk dikongsikan e-mailkan kepada tukang lawan di infotukanglawan@gmail.com

Panas, Penipuan Datuk t terkantoi sudah??


Kecoh betul semalam bila rasmi umnoapco pro yahudi itu melaporkan salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim mencabar Anwar mengatakan mereka salah atau Trio itu aka nmendedahkan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat", katanya dia juga telah "menonton video berkenaan"

Sebagai orang tua yang tak lama lagi nak "balik" dah dengan bangga dia mengaku sudah tontong video berkenaan, memang dasar penayang video lucah begitulah, tak ada segan silu lagi dah.

Konon katanya ada satu lagi video "lebih dasyat' dasyat macam mana tu, nak tahu jugak.

P/s - cuba lihat apa yang tak kena pada gambar diatas?
Pagi ini ketika menjengah-jengah blog kawan - kawan seperjuangan terjumpa satu artikel yang boleh mengkantoikan dakwaan trio datuk t itu,

Pagi ini juga sibuk "tukanglawan" cari balik artikel yang dikeluarkan oleh lidah rasmi umno tersebut, tapi entah kemana pula perginya artikel itu, tak jumpa pula, bukan apa nak sahkan tarikh yang dia katakan itu saja.


Mujur terjumpa balik petikan artikel dari akhbar lidah rasmi umno tersebut di blog kawan-kawan lain.ini petikannya

‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay ( Datuk Sharzly Eskay Abdullah) . Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.


Apa yang menarik Shuib mengunakan istilah ' lebih dahsyat ' mengenai video Thailand itu.


Dalam kenyataannya Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.


‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Baiklah, apa yang "tukanglawan" kata ada artikel dari blog sahabat yang boleh kantoikan dakwaan dan tpembohongan trio datuk t ( Tenuk) tersebut?, sila baca petikan dibawah

penulis mendapat maklumat dari sumber yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011 seperti yang didakwa oleh Trio Dato T.

Sebaliknya, Anwar pada tarikh yang didakwa berada di Indonesia.


Kenyataan ini seterusnya menafikan kewujudan video yang dikatakam mirip Anwar itu. Dan jika Anwar tidak berada di Thailand seperti yang didakwa, imej siapa pula yang berada dalam rakaman tersebut?


Mungkinkah, trio Datuk T akan mengubah versi cerita mereka dengan mengatakan video tersebut dirakam di Indonesia pula?

Jika itu berlaku, maka sejarah memalukan yang pernah berlaku dalam kes perbicaraan liwat 1 akan berulang semula kali ini. Dalam kes tersebut, Anwar dikatakan meliwat Azizan Abu Bakar di Trivolli Villa pada 1993 bilamana bangunan itu tidak wujud pun pada waktu dan tarikh yang didakwa!!!


Nampaknya, cubaan kali kedua trio tajaan UMNO ini untuk memalukan Anwar buat kesekian kalinya, tidak menjadi kenyataan waima sebelum video tersebut tersebar pun.


Tapi dalam masa yang sama, penulis harap Datuk Seri Anwar dapat meneruskan semula tindakan saman ke atas orang orang ini agar cubaan seumpamanya dapat dihapuskan terus dimasa hadapan.
 (sumber dari  blog suarapakatanrakyat)

Betullah kata penulis artikel itu, selepas ini jika sudah sedar kesilapan itu, apakah skrip akan bertukar lagi, cuba katakan kepada "tukanglawan" apa pertuduhan kepada ketua pembangkang itu yang skripnya tidak pernah berubah?

Cukup-cukup lah tu, dah jemu dengan budaya politik kotor ala umnoapco ini, mereka memburuk-burukkan ramai pemimpin pembangkang kerana pemimpin-pemimpin umnoapco tiada agenda untuk rakyat, Agenda pemimpin umno tidak lebih dari terus berkuasa untuk terus kumpul harta.

Errrm, cuma terfikir "tukanglawan" bila teringat peristiwa sumpah pakai baju kalis peluru dulu, mereka bertiga masuk masjid mandi wajib atau tidak ye?, bukan apa, mereka menggambarkan diri mereka sebagai penonton video lucah tegar,



Email

Follow by Email