.
Pakatan Rakyat memang menerima baik sebarang usaha untuk membantu meringankan bebanan rakyat oleh mana-mana pihak samaada kerajaan maupun badan-badan swasta, namun usaha tersebut perlu dilakukan secara berterusan bagi membuktikan keikhlasan dalam memastikan rakyat terus terbela bukan seperti apa yang umnoapco dan sekutu mereka lakukan.
Memang "tukanglawan" sokong sangat apa yang diperkatakan oleh Dr Abdul Rani tu, memang pemberian RM500 tu bertujuan nak pancing undi, Tahukah anda berapa nilai diri anda pada pandangan umno?, jom baca apa yang Dr Abdul Rani Katakan,
Pakatan Rakyat memang menerima baik sebarang usaha untuk membantu meringankan bebanan rakyat oleh mana-mana pihak samaada kerajaan maupun badan-badan swasta, namun usaha tersebut perlu dilakukan secara berterusan bagi membuktikan keikhlasan dalam memastikan rakyat terus terbela bukan seperti apa yang umnoapco dan sekutu mereka lakukan.
Memang "tukanglawan" sokong sangat apa yang diperkatakan oleh Dr Abdul Rani tu, memang pemberian RM500 tu bertujuan nak pancing undi, Tahukah anda berapa nilai diri anda pada pandangan umno?, jom baca apa yang Dr Abdul Rani Katakan,
“Kenapa dari dulu mereka tidak kembalikan hak yang sepatutnya milik rakyat? Kalau dihitung, sejak 50 tahun memerintah bantuan yang disalurkan sebanyak RM500 itu bersamaan dengan RM 9.09 sahaja setahun, bermakna sebulan hanya RM 0.75, Jadi jelaslah mereka ini tidak ikhlas. Semua ini mainan politik yang rakyat sudah lama tahu dan sedar. Rakyat hari ini tidak bodoh menilai,” jelas Dr. Rani yang juga Adun Meru
Kah, kah, kah, kesian tukanglawan bila ramai sangat rakyat tertipu dengan apa yang rejim BN (sebut bini najib) tu umpan, bayangkah lah rejim tu bagi RM0.75 sen sebulan, tapi berapa pula yang kita kene bayar atas perkara yang tak sepatutnya jadi mahal, berapa peket gula yang naik RM0.20 sekilo tu kita pakai?
Tahukah anda, berapa pula kerajaan pakatan rakyat selangor beri melalui rebat 20 meter padu air percuma yang diberi kepada rumah-rumah kediaman tanpa mengira bangsa, agama atau ideologi politik tersebut?, jumlah puratanya ialah RM11.00 sebulan bagi setiap pengguna domestik bermeter individu.(sila rujuk sini)
Kerajaan Pakatan rakyat Selangor dari mula memerintah lagi sudah beri bantuan melalui pemberian air percuma tersebut, kalau nak cerita banyak lagi (sila rujuk sini) tapi tidak lah seperti rejim umnoapco yang sangat murah hati bila dekat-dekat pilihanraya, tapi naikkan harga barang sana sini lepas pilihanraya,
Disitu kita nampak perbezaan ketara antara rejim umnoapco dengan pakatan, pakatan rakyat beri bantuan kosisten, bukan setakat bila nak pilihanraya saja.
Ibarat kata Dr Abdul Rani lah, “kerajaan Selangor sekarang yang menyediakan pelbagai insentif dan bantuan mengurangkan beban rakyat dengan mengembalikan semula kekayaan negeri ini kepada rakyat yang sememangnya berhak" hah itu baru betul, kerana apa kerajaan negeri boleh beri insentif kepada rakyat, sebab kerajaan pakatan menguruskan hasil negeri dengan lebih bijak, tak masuk poket, tak buat rumah besar-besar, tak bawak duit lari ke Australia.
Walau bagaimana pun ada pesanan dari Dr Abdul Rani yang "tukanglawan" setuju sangat, nasihat Dr Abdul Rani ialah "segala bentuk bantuan dan pemberian tersebut perlu diterima dan diambil kerana wang tersebut adalah dari wang rakyat hasil dari kutipan cukai dan hasil negara, Apa sahaja yang mereka beri, rakyat perlu ambil kerana itu bukan duit dari poket pemimpin BN. Bak kata Tok Guru Nik Aziz, kalau diberi kain pelekat pun kita ambil asalkan undi itu jangan pangkah mereka,”
Ingat tau, bantuan yang diberi tu ambil saja, itu duit kita, duit rakyat, bukan duit umno, jadi sementara dia nak bagi kita ambik, bukan senang diorang nak bagi balik pada kita duit yang sebenarnya hak kita.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.