Najib yang tiba-tiba berdiam diri terus bila Anwar secara terbuka mencabar najib berdebat dengannya itu kini semakin teruk diasak oleh Anwar Ibrahim.
Anwar, ketua umum parti KeADILAN itu sebelum ini telah berkali-kali mencabar najib dan yang paling baru mencabarnya berdebat mengenai dasar-dasar negara, sewaktu Persidangan Pakatan Rakyat yang ke-3 di Alor Setar, Kedah pada 14 Januari lalu.
Terbaru, Anwar sedia mahu memberi masa tambahan kepada najib jika perdana menteri itu bersedia menerima cabaran debat dengannya.
"Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit," kata anwar di laman twitter.
Najib pada januari lepas berkata beliau tidak takut untuk berdebat Anwar tetapi berkata ketua pembangkang itu hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan kes liwat terhadapnya dan isu-isu peribadi yang lain, dengan angkuh najib berkata, Anwar akan demam jika berdebat dengannya.
Namun najib yang sering mengeluarkan kenyataan yang angkuh itu tidak pernah menyambut cabaran-cabaran yang dibuat oleh Anwar.
Apakah najib tidak tahu, rakyat malaysia bukan mudah diperbodohkan lagi, rakyat tidak mahu mendengar ungkapan-ungkapan memperlekeh orang lain, tetapi bertindak seperti pengecut bila dicabar berhadapan.
Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata pemimpin yang enggan bersemuka dan bertentang mata memberikan persepsi ketidakikhlasan dan ketidakjujuran.
"Ia mempamerkan bahawa ada rahsia yang mahu disorokkan. Apakah sebenarnya mahu disembunyikan dari rakyat itu? Umno/BN wajib menjelaskannya," tambah beliau.
Ayuh najib, mulut sudah terlanjur cakap besar, sekarang semua rakyat ternanti-nanti kamu terima cabaran debat ini, adakah kamu mahu dikenali sebagai "pengecut" atau sekarang kamu sedang demam?
3- Umno bagi pihak najib takmo debat dengan Anwar
4- Debat Anwar vs Najib disambut baik oleh PKR
5- Najib tolak debat kerana sedang Demam
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.