Najib tolak debat kerana sedang Demam

| comments

Najib sudah tiada alasan lagi, ini berikutan kesediaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengan najib berhubung isu-isu berkaitan kepentingan rakyat.


Anwar membidas dan mempersoalkan najib kerana perdana menteri itu dilihat rakyat sedang mengelak dari bertembung di gelanggang debat, padahal najib dalam satu  Majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak di Labis, Johor pada 18 januari lalu pernah dengan angkuh berkata Anwar akan demam jika berdebat dengannya.

Najib dilihat sangat riak dan melampau-lampau dalam percakapan, namun hakikatnya selepas 10 hari kenyataan memperkecilkan Anwar keluar dari mulutnya sendiri, najib masih belum menyatakan kesediaan untuk berdebat di gelanggang terbuka, rupanya perdana meneri yang suka meninggi diri itu jelas seorang pengecut dan lemah.

Anwar sebelum ini mempelawa Najib untuk mengadakan debat berhubung belanjawan negara dan isu berkaitan ekonomi di Malaysia, namun tidak mendapat respon dari presiden umnoapco itu, namun baru-baru ini  isu debat tersebut ditimbulkan oleh badan pemikir, Merdeka Center yang menggesa perdana menteri dan ketua pembangkang itu mengadakan debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Hasil kajian yang dilakukan badan itu juga mendapati golongan profesional di negara ini mahukan debat tersebut diadakan.

Pada 26 januari lepas, Anwar dalam rapat rakyat yang dihadiri lebih kurang 5, 000 orang di Stadium Mini Sabak Bernam  sekali lagi mempersoalkan kenapa najib begitu takut menerima cabaran berdebat dengannya,

Dia (Najib) patut faham. Sekiranya ada dua pandangan berbeza, maka debat adalah cara terbaik untuk mengemukakan hujah,Di mana-mana sahaja di dunia kini, di Turki, Amerika Syarikat, India dan Indonesia menganjurkan debat. Apa yang Najib takut?", kata Anwar lagi

Ini sangat bertentangan dengan kenyataan ketua penerangan umnoapco ahmad maslan yang berkata debat antara najib dan Anwar tidak sepatutnya diadakan kerana ia bukan budaya negara ini untuk mengadakan debat (baca sini), dan untuk menyelamatkan najib dari dihimpit isu debat, menteri belia dan sukan pula menyatakan  debat adalah tidak releven untuk diadakan ( baca disini)

Dalam rapat rakyat tersebut juga Anwar sekali lagi mengajak najib menerima debat dengannya melalui sindiran halus “Masalahnya, di hadapan penyokongnya, dia kata Anwar akan ‘demam’ (kalau debat). Tetapi bila diajak berdebat tak berani pula,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

"tukanglawan" tahu kenapa najib tidak terima cabaran Anwar berdebat, kerana najib sekarang sudah demam sebelum berdebat

Baca artikel berkaitan


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit