TV3 dan utusan tak berani siar berita ini.

| comments


Tidak ada peristiwa yang tidak diingini berlaku dan rakyat yakin dengan kestabilan politik negeri ini. Beta harap semua pihak komited menjalankan tugas, ikhlas, amanah serta telus dalam mengendalikan urusan pentadbiran, titah baginda sultan kedah

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memuji pentadbiran negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan dan kemajuan pembangunan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat walaupun belum sampai sepenggal memerintah negeri jelapang padi itu.

Pelbagai program pembangunan yang sedang giat direncanakan oleh Kerajaan Negeri (pakatan rakyat) termasuk memajukan sektor pertanian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kini menampakkan hasil dan itu sanggat mengembirakan Tuanku.

Beta harap aktiviti pembuatan yang kini berkembang pesat dapat terus dimajukan sehingga menjadi tumpuan utama selain menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur dan mendirikan kilang perindustrian di Kulim Hi-tech Park, Sungai Petani, Kuala Ketil, Gurun, Yan dan Bukit Kayu Hitam". titahnya lagi.

Titah ucapan Baginda Sultan Kedah itu dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah pada istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraannya ke-84, di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, semalam.

Inilah yang selama ini cuba disembunyikan oleh media pro rejim pemerintah,  kerajaan yang dipimpin oleh pakatan rakyat sering dilontar dengan fitnah, dikatakan tidak pandai mengurus dan berat sebelah. namun titah ucapan sultan kedah menafikan semua yang digambarkan media pro rejim umno barisan nasional.

Baginda turut melahirkan kesyukuran kerana Kedah terhindar daripada keganasan dan ketegangan antara kaum yang kritikal seperti yang berlaku di beberapa negara lain, selain berpuas hati dengan corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang mendokong prinsip keadilan tanpa mengira latar belakang.          

TV3 dan Utusan pasti tidak akan siar berita diatas bukan kerana tidak mahu, tapi kerana mereka takut.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit