Terbaru, seorang pelajar wanita pula ditahan gara-gara dikatakan menulis kenyataan lucah dan berbaur ugutan terhadap perdana menteri itu menerusi laman sosial Facebook.
Ia kejadian kedua membabitkan penuntut IPT dalam tempoh seminggu ini. selepas kejadian ugutan oleh seorang pelajar lelaki yang mahu meletupkan helikopter yang akan dinaiki najib.
Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.
Tiba-tiba "tukanglawan" jadi sangat kagum dengan kecekapan polis malaysia sehingga mampu mengesan individu tersebut dengan begitu cepat sekali, cuma jangan lupa, pihak berkuasa polis juga perlulah cekap menangani kes-kes berkaitan aduan rakyat. kes pecah rumah, kes ragut, curi motosikal, bla.. bla. bla.. bla.. ( banyak sangat kes)
"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung perkara itu," kata Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim
Polis juga telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya lagi
Najib memang pantang diugut rupanya, "baru kene sikit saje" melatahlah najib, tapi bila ada cabaran debat, tidak pula najib melatah , malah tidak ambik tahu pun , ini membuatkan rakyat tertunggu-tunggu bila agaknya najib mahu sambut cabaran debat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, alangkah bagusnya jika najib juga pantang diajak debat, pasti suasana akan lebih menarik
Teringat pula "tukanglawan" pada kata-kata Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya bahawa najib hanya berani di gelanggang sendiri. betulkah itu?
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.