Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Polis Guna Gelombang bunyi, Bawa penutup telinga (SEBARKAN)

| comments

semakin hampir detik BN akan diusung ke kubur, semakin gila puak Kera-jaan, polis cuba bersifat konon-konon tidak memusuhi peserta bersih, tangkapan kurang, semua pun kurang, mereka sedang cuba bermain jahat.


DBKL dijadikan "lauk" kali ini. DBKL dijadikan kambing hitam, ini kerana pada bersih 2.0 rakyat telah menyatakan suara mereka, polis bertindak keterlaluan sehingga polis makan caci tak habis-habis hingga hari ini.

Rakyat memang mahu berhadapan dengan "topi merah"ada dendam yang masih belum terlunas, pada BERSIH 2.0 polis bermain kasar di padang tidak rata, mereka menggunakan pakaianuntuk melindungi diri mereka, rakyat dibelasah seperti batang pisang.

Mereka tahu kali ini Peserta bersih akan balas dendam, tidak mustahil "topi merah" akan pecah muka, tidak mustahil topeng atau helmet mereka akan dijadikan trofi. dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.

Mereka kali ini bertindak cara lain, keganasan mungkin dikurangkan, Umno begitu takut sebenarnya, kecaman dari dalam dan luar negara kali ini pasti buat mereka akan mati dan takkan bangkit lagi. jadi cara terbaik mereka berlakon tidak mahu kasari peserta. supaya umno boleh merompak lagi 5 tahun akan datang.

CS gas mungkin akan masih digunakan, tangkapan dan belasahan juga akan "topi merah"lakukan. selain dari bawa garam... "tukanglawan" dengar mereka guna teknologi baru.

Menghalau peserta dengan LRAD - long Range Acoustic Device, satu alat yg mengeluarkan bunyi, buat peserta pening dan hilang kawalan. jadi selain garam, bawa kapas atau penutup telinga, jika anda ada hp, bawa earphone dan pasang ayat suci Al-Quran, atau ceramah.

Ingat , apa pun kali ini, kita tidak lagi boleh mereka perlaku seperti lalu, kali ini KUASA RAKYAT LEBIH HEBAT...


SEBARKAN segera dan pada semua secepat mungkin....




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Talian Khidmat Guaman BERSIH 3.0 ( PENTING )

| comments

Sempena himpunan 'duduk bantah' Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini, 100 peguam Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat pemantauan.

Menurut Pengarahnya Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata peguam tersebut akan berada di tiga tempat termasuk tempat berlangsungnya himpunan, balai polis dan bilik gerakan utama yang akan diwujudkan mereka.

Bilik gerakan itu dinamakan Bilik Gerakan Juham Bersih 3.0.

"Para peguam Juham akan memakai pakai hitam putih serta tag nama yang tertulis peguam PAS," katanya.

Sementara itu, sekiranya berlaku penangkapan atau menghadapi sebarang halangan, orang ramai boleh menghubungi pihak Juham di talian hotline 

010-2906770 
010-2907174 
010-2907332.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Mahu Anak Yang Baik?, Ini Tips Dari TGNA

| comments

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan tips istimewa kepada para pemuda untuk mendapatkan zuriat yang baik iaitu mencari isteri yang solehah.

“Isteri yang solehah dapat menerbitkan kebahagiaan rumah tangga di samping dapat mendidik anak-anak menjadi soleh,”ujarnya.

Sambungnya, isteri yang soleh lebih penting dari memilih kedudukan atau kekayaannya kerana apa yang ada itu adalah hak isterinya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ceramah keibubapaan ‘Zuriat Kita Tanggungjawab Kita’ anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam semalam.

Katanya, anak-anak bukan sahaja perlu diajar, sebaliknya turut diselangi dengan pendidikan.

Katanya, nasihat tidak akan sampai dengan sempurna pada anak-anak sekiranya mereka hanya diajar tanpa diterapkan dengan pendidikan bagi memudahkan golongan ini memahami setiap perkara yang diajar.

Tuan Guru bagaimanapun berkata, mereka bukan sahaja perlu dididik ketika berusia enam atau tujuh tahun sebaliknya sebelum mereka dibenihkan lagi.

“Suami isteri perlu menjaga akhlak serta membaca doa-doa yang diajar Rasulullah sebelum dan sewaktu ingin bersama pasangan masing-masing, Ianya amat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sekiranya waktu itu bermulanya percambahan zuriat,”ujarnya lagi.

Lebih 500 orang ibubapa termasuk kanak-kanak menghadiri program itu yang turut diadakan pertandingan hafazan kanak-kanak (lelaki). 

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

10 Artikel Terhangat Bulan Febuari No 1-5

| comments

Mungkin ada  rakan-rakan yang terlepas beberapa artikel menarik dari blog "tukanglawan" namun jangan risau, akan kita kongsikan bersama 10 artikel paling mendapat sambutan sepanjang bulan febuari yang lepas.


Cerita berkenaan Hassan Ali,  menduduki tangga pertama sepanjang bulan lepas, artikel ini mendapat jumlah rating yang tinggi kerana baru sahaja dicalonkan pada 9 febuari yang lalu ia sudah menduduki tangga ke 8 dari 10 artikel paling menarik sepanjang blog ini bersama anda,  ramai mahu tahu kenapa Hassan Ali mengapa dia menubuhkan NGO cap beras kampit. Artikel itu bertajuk Kisah sebenar siapa Hassan Ali ( mesti baca )




Tapi Hassan Ali jangan terlalu gembira, pesaing di nombor ke 2 walaupun dilaporkan telah mati mungkin bila-bila masa sahaja akan meragut kedudukan yang disandang Hassan Ali, fenomena yang dibuat oleh Hassan Ali tidak lah sehebat lelaki ini, bila menggemparkan dunia Islam dengan melukis Karikatur Nabi Muhammad memakai bom di kepala baginda bagi mengantikan serban, inilah nasib yang diterima beliau, akhirnya Penghina Nabi Rentung Terbakar 



PANAS ! PANAS ! UMNO-BN sudah mula merompak! ,Apalah nasib rakyat malaysia jika GST ( Good and Service Taq ) dilaksanakan nanti, sudahlah majoriti rakyat terpaksa berjimat dalam berbelanja, tindakan menggenakan GST yang khabarnya akan dilaksanakan selepas pilihanraya jika Umnoapco menang nanti, pasti akan menimbulkan masalah kepada rakyat, bayangkan apa yang mahu dibeli atau setiap perkhidmatan dikenakan cukai, ini satu rompakan. 



Di Tangga ke 4 ialah artikel tentang bagaimana seorang wanita "melayu" mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak sepatutnya kepada lauangan azan, ini mungkin berpunca dari kejahilan wanita tersebut, itulah, dulu suruh pegi sekolah agama tak mahu, tak "cool" katanya, ini membuktikan orang "melayu" sudah jauh sekali tersasar, kerana merasakan melayu itu Islam dan merasakan Islam itu melayu, inilah kisah Gadis Melayu Hina Azan, Tidak Percaya Kuasa Allah



 Kecoh betul beberapa minggu lepas, Anwar Ibrahim diserang bertalu-talu oleh TV3 suku dan Media massa arus perdana yang kebanyakkanya milik Umnoapco, kenyataan Anwar dalam satu wawancara telah dimanipulasi, Anwar diserang kononnya mahu sokong Israel, padahal kenyataan lengkap Anwar tidak mereka siarkan,. Akhirnya mereka terus senyap bila Anwar Jawab Isu Israel yang di"spin" umno.

Baiklah, kita kongsi dulu 5 dari 10 artikel terbaik bulan lepas, jangan lupa lawati blog "tukanglawan" untuk tahu 5 lagi artikel terbaik bulan lepas. sila sebarkan jika artikel-artikel itu memberi manafaat, anda bebas mengambil apa jua artikel atau bahan dari blog ini untuk sebaran awam.

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

10 Terbaik minggu lepas 23 Jan 29 Jan 2011

| comments


Berikut adalah 10 artikel paling mendapat sambutan minggu lepas dari blog "tukanglawan", buat anda yang terlepas, boleh baca kembali 10 artikel tersebut.

1  - Zizan Tolak RM18,000 cuma pilih RM1,000 kerana dakwah
2  - Analisis penuh kekayaan rosmah (Wajib baca)
3  - Koleksi Kereta mewah bekas menteri, mana proton?
4  - Panas, Penipuan Datuk t terkantoi sudah??
5  - Soalan najib diperlekeh rakyat (Mesti baca)
6  - Keputusan PRU13 hasil Risikan tentera dan unit khas
7  - Gangster jalan kebun ditangkap, beberapa suspek lain dicari
8  - Datuk T tayang satu lagi Video lawak (panas!!!)
9  - Analisis penuh kekayaan rosmah III (Beg tangan palsu)
10- Projek "Mega" di Parlimen najib gagal (Panas)

Terima kasih kepada anda yang melawat dan share artikel yang dipaparkan, semoga ia bermanafaat buat anda, diharapkan anda dapat menilai keadaan semasa dalam negara kita.

Insyallah akan "tukanglawan" siarkan berita-berita yang lebih panas lagi dari masa ke semasa, diharapkan anda akan sentiasa memberi sokongan dan terus bersama blog "tukanglawan"

#Sila Add jika sudi 

10 Terbaik minggu lepas

| comments


Berikut adalah 10 artikel paling mendapat sambutan minggu lepas dari blog "tukanglawan", buat anda yang terlepas, boleh baca kembali 10 artikel tersebut.

1   Soalan najib diperlekeh rakyat (Mesti baca)
2   TV3 dan utusan tak berani siar berita ini.
3   Premium insuran kenderaan naik mulai 16 Januari 2012
4   Jangan ditipu umno lagi, lihat bukti ini.
5   Analisis penuh kekayaan rosmah (Wajib baca)
6   Gambar panas, Wirawati Perkasa yang perlu anda kenali
7   Cukai jalan RM24,598.50 setahun, itu kereta siapa?
8   Umno Semakin tertekan, satu pihak lagi istihar perang
9   Najib kalah kepada Anwar Ibrahim
10 Najib pantang diugut, Pelajar wanita pula ditahan 



Terima kasih kepada anda yang melawat dan share artikel yang dipaparkan, semoga ia bermanafaat buat anda, diharapkan anda dapat menilai keadaan semasa dalam negara kita.

Insyallah akan "tukanglawan" siarkan berita-berita yang lebih panas lagi dari masa ke semasa, diharapkan anda akan sentiasa memberi sokongan dan terus bersama blog "tukanglawan"

#Sila Add jika sudi 

10 terbaik dari harakah daily

| comments

10 berita paling popular minggu lalu




 










KUALA LUMPUR, 16: Berita berkaitan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemecatan Datuk Dr Hasan Mohd Ali menjadi berita paling popular dalam Harakahdaily sepanjang minggu lalu (8-14 Januari).

Berikut adalah 10 berita paling popular minggu lalu sebagaimana yang dipilih oleh peminat facebook Harakdaily.
1) Marah keputusan mahkamah, banner jadi mangsa
2) PAS pecat Hasan Ali
3) Rashid, Husam dedah misteri dakwat kekal PRU12
4) Mengapa saya pilih ungkapan ‘Mampus Umno’?
5) Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran
6) Pembaca berita TV3 mohon maaf, tersasul sebut Anwar
7) Pengiring Anwar terkena suntikan beracun
8) Rumah Wardina dirompak, suami dipukul
9) Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS
10) Jumpa Hasan: Ismail Kamus mahu saman media





Kondo Mewah di singapura , Jingga13 nak pecah rahsia?

| comments

Jingga13 akan mengadakan sidang media dan pra tonton video MISI LAWATAN JINGGA 13 KE SINGAPURA BERKAITAN SKANDAL NFC seperti  butiran berikut

Tarikh   : 29 Disember 2011 (Khamis)
Masa    : Jam 2 Petang
Tempat : Ibu Pejabat Parti Keadilan rakyat
 
Sehubungan dengan itu video-video berkenaan lawatan itu akan disiarkan di youtube dan page rasmi M.A.R.A.H

Video dan gambar-gambar berkenaan juga akan disiarkan oleh blog-blog pakatan rakyat terutama yang menjalin kerjasama dengan JINGGA 13.
 

Abislah Sharizat Esok.... (mesti baca)

| comments

Syarikat Keluarga Sharizat Jalil (NMLC) telah diberikan sejumlah wang untuk dana ternakan lembu daging bertujuan meningkatkan pengeluaran bekalan daging tempatan.

Yang uniknya penyaluran wang untuk tujuan itu telah disalurkan sejak tahun 2008 sehingga tahun 2009 dan kemudiannya pada tahun 2010 barulah perjanjian ditandatangani bagi antar syarikat keluarga kak jat dengan kementerian berkenaan.

Keluarga beliau tidak punyai sebarang pengalaman berkaitan penternakan lembu, namun itu tidak menghalang kerajaan malaysia terus melantik syarikat keluarga kak jat. apakah faktor yang membolehkan syarikat keluarga kak jat layak menjalankan projek ternakan lembu nasional tersebut. adakah kerana status kak jat sebagai seorang menteri?

Wang dana tersebut telah digunakan untuk membeli 2 unit kondominium mewah di One Menerung Bangsar mungkin dengan tujuan menternak lembu disana.

Dan Syarikat milik kak Jat juga dilaporkan telah membeli 2 bidang tanah di Presint 10 Putrajaya dengan nilai belian RM3,363,507.

Jadi Jingga 13 dengan kerjasama M.A.R.A.H akan melawat tanah tersebut esok jam 2 petang, anda juga dijemput bersama kami untuk melawat dan mengira berapa ekor lembu yang diternak diatas ladang tersebut.

Apakah 2 bidang tanah tersebut dibeli dengan tujuan membuat ladang setelit demi memenuhi amanah yang telah diberikan.

Jom Serbu...

dipetik dari

http://gerakanmarah.blogspot.com/

Penunggang motor jatuh jejambat ( video kemalangan)

| comments



Klip video yang akan anda lihat dibawah ini dirakamkan oleh kamera cctv di Ampang puteri. kejadiaan malang yang sempat dirakamkan itu menunjukkan seorang penunggang motosikal tercampak dan terjatuh dari jejambat susur lebuhraya lalu terpelanting jatuh ke lebuhraya dibawahnya.


Dalam saat ke 00.11 dapat dilihat penunggang tersebut merempuh penghadang lebuhraya tersebut, namun ketinggian penghadang itu tidak mampu menyekat penunggang tersebut dari tercampak melepasi penghadang tersebut.

Tidak dapat dipastikan apa yang telah berlaku kepada penuggang tersebut selepas tercampak jatuh ke laluan lebuhraya dibawah, kemungkinan penunggang tersebut cedera parah atau mungkin juga meninggal ditempat kejadian.

Kita tidak tahu punca kemalangan, mungkin kesalahan penunggang tersebut, jentera motosikal sekarang boleh dipandu laju, dengan teknologi terbaik ia menghasilkan tunggangan yang lancar dan selamat, tetapi jangan kita lupa, keadaan jalanraya juga memainkan peranan dalam menjamin tunggangan selamat.

Kejadian penunggang motosikal tercampak dan jatuh kebawah lebuhraya mungkin dapat dielakkan jika pihak berkenaan menetapkan ciri-ciri keselamatan lebih baik contohnya penghadang keselamatan dari keluli jaring lebih tinggi.

Mungkin jika pihak berwajib lebih perihatin kepada nasib penunggang-penunggang motosikal yang kebanyakkannya berpendapatan rendah dan menggunakan motosikal sebagai pengangkutan pergi kerja, kemalangan seperti ini dapat dikurangkan kesan kecederaanya.

Mungkin jika penghadang dibina lebih tinggi, penunggang berkenaan hanya mengalami patah tulang, namun ketiadaan penghadang yang lebih tinggi dan sesuai penunggang tersebut sudah pasti menerima nasib lebih malang.

Inilah nasib rakyat Marhaen, tiada siapa benar- benar peduli.


 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit