10 Artikel Terhangat Bulan Febuari No 1-5

| comments

Mungkin ada  rakan-rakan yang terlepas beberapa artikel menarik dari blog "tukanglawan" namun jangan risau, akan kita kongsikan bersama 10 artikel paling mendapat sambutan sepanjang bulan febuari yang lepas.


Cerita berkenaan Hassan Ali,  menduduki tangga pertama sepanjang bulan lepas, artikel ini mendapat jumlah rating yang tinggi kerana baru sahaja dicalonkan pada 9 febuari yang lalu ia sudah menduduki tangga ke 8 dari 10 artikel paling menarik sepanjang blog ini bersama anda,  ramai mahu tahu kenapa Hassan Ali mengapa dia menubuhkan NGO cap beras kampit. Artikel itu bertajuk Kisah sebenar siapa Hassan Ali ( mesti baca )




Tapi Hassan Ali jangan terlalu gembira, pesaing di nombor ke 2 walaupun dilaporkan telah mati mungkin bila-bila masa sahaja akan meragut kedudukan yang disandang Hassan Ali, fenomena yang dibuat oleh Hassan Ali tidak lah sehebat lelaki ini, bila menggemparkan dunia Islam dengan melukis Karikatur Nabi Muhammad memakai bom di kepala baginda bagi mengantikan serban, inilah nasib yang diterima beliau, akhirnya Penghina Nabi Rentung Terbakar 



PANAS ! PANAS ! UMNO-BN sudah mula merompak! ,Apalah nasib rakyat malaysia jika GST ( Good and Service Taq ) dilaksanakan nanti, sudahlah majoriti rakyat terpaksa berjimat dalam berbelanja, tindakan menggenakan GST yang khabarnya akan dilaksanakan selepas pilihanraya jika Umnoapco menang nanti, pasti akan menimbulkan masalah kepada rakyat, bayangkan apa yang mahu dibeli atau setiap perkhidmatan dikenakan cukai, ini satu rompakan. 



Di Tangga ke 4 ialah artikel tentang bagaimana seorang wanita "melayu" mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak sepatutnya kepada lauangan azan, ini mungkin berpunca dari kejahilan wanita tersebut, itulah, dulu suruh pegi sekolah agama tak mahu, tak "cool" katanya, ini membuktikan orang "melayu" sudah jauh sekali tersasar, kerana merasakan melayu itu Islam dan merasakan Islam itu melayu, inilah kisah Gadis Melayu Hina Azan, Tidak Percaya Kuasa Allah



 Kecoh betul beberapa minggu lepas, Anwar Ibrahim diserang bertalu-talu oleh TV3 suku dan Media massa arus perdana yang kebanyakkanya milik Umnoapco, kenyataan Anwar dalam satu wawancara telah dimanipulasi, Anwar diserang kononnya mahu sokong Israel, padahal kenyataan lengkap Anwar tidak mereka siarkan,. Akhirnya mereka terus senyap bila Anwar Jawab Isu Israel yang di"spin" umno.

Baiklah, kita kongsi dulu 5 dari 10 artikel terbaik bulan lepas, jangan lupa lawati blog "tukanglawan" untuk tahu 5 lagi artikel terbaik bulan lepas. sila sebarkan jika artikel-artikel itu memberi manafaat, anda bebas mengambil apa jua artikel atau bahan dari blog ini untuk sebaran awam.

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit