Nafi Lagi, Tapi Tak Beri Bukti

| comments

Puak-Puak Umno ni, memang buat undang-undang macam mak bapak diorang yang punya, bila ada pertuduhan, senang betul mereka nak sattlekan,buat saja penafian, tak payah pakai bukti pun. budaya macam ini lah yang akan rosakkan negara ini.

Berhubung dengan Skandal Kos Pertunangan anak Najib yang dikatakan menggunakan wang Rakyat melalui bil yang dikeluarkan kepada Pejabat Perdana Menteri, jingga13 telah menggempur Hotel yang terlibat dan jawapan yang diberikan Hotel Berkenaan memang tak meyakinkan.

Jom Baca petikan dibawah.

Encik Fariz Musa
Ketua Koordinator Jingga 13

Kami merujuk surat tuan yang bertarikh 13 Mac, 2012 (Ruj:
J13/2012/01/1(04)), berkenaan Mohon Pengesahan “Banquet Event Order” dan
Penjelasan Pembayaran Majlis Pertunangan.

Menurut surat tuan perenggan 2, kami ingin meminta maaf dan ingin
menyatakan bahawa *Banquet Event Order* #14500 tiada dalam rekod kami.

Walaubagaimanapun, kami melampirkan bersama pengesahan kenyataan
mengenai *Banquet
Event Order* #14511 yang telah dikeluarkan oleh pihak kami untuk majlis
yang telah diadakan di Seri Perdana, Putrajaya pada 17 Jun 2011.

Untuk pengetahuan pihak tuan, pembiayaan keseluruhan majlis tersebut telah
dibayar oleh YAB Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 30 Jun 2011
dan bukanlah dibiayai oleh Pejabat Perdana Menteri.

Kami berharap maklumat di atas menjelaskan perkara yang berbangkit.



Sekian, terima kasih.

Yang Benar, *Lothar Nessmann*, Vice President / General Manager *Shangri-La
Hotel, Kuala Lumpur*
11 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Wilayah Persekutuan, Malaysia (603
2074 3540 7603 2070 6784


Kah, Kah, kah, memang tak profesional betul, jika benar la, berikan lah bukti, takkan tiada langsung rekod pembayaran, keratan resit mana?. atau itu sekadar jawapan nak lepaskan tengkuk je, keluar duit di mesin  ATM waima Rm10 pun ade resit keluar, inikan pula urusniaga ratusan ribu ringgit.

Resit mana-resit?, tak cukup la buat penafian je , bukti mana?. kalau macam ni hancur la negara, lepas ni, semua penjenayah kalau kene heret pegi mahkamah, cukupla nafikan je, tak payah buktikan je takpe, sebab penafian tanpa bukti diterima pakai oleh puak umno.

Kah..Kah..Kah... Ingat Rakyat bodoh ke?

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit