"tukanglawan" dapat satu informasi dari seorang sahabat yang merupakan anak saudara kepada seorang pemimpin besar umno di pahang, informasi ini cukup panas, sama panas dengan hati najib bila pemimpin BN Sabah meninggalkan tongkang yang dikemudi oleh umno tu.
Cakap-cakap sahabat itu menyatakan beberapa orang "Ahli Parlimen dan Adun" dari negeri "kuat umno" itu akan meninggalkan umno, mereka berbuat begitu kerana dikatakan sudah hilang keyakinan kepada umno dalam pelbagai isu yang dirasakan berat sebelah.
Mereka yang dijangka akan meninggalkan umno itu telah dilaporkan menemui beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyatakan hasrat mereka.
Sahabat itu yang merupakan seorang pembantu kepada pakciknya yang merupakan Ahli Parlimen itu menyatakan masih belum ditetapkan bila mereka akan mengumumkan akan keluar dari umno tetapi dijangka ianya akan dibuat sebaik pembubaran parlimen.
Jumlah dan identiti ahli parlimen dan adun yang akan meninggalkan umno itu juga tidak diberitahu..
Difahamkan tindakan nekad Ahli Parlimen Sabah yang bertindak menyatakan tidak lagi menyokong BN itu mencetus keputusan Ahli umno dari Pahang ini untuk meninggalkan Umno.
Jika informasi yang disampaikan ini benar, najib dan "orang besar" umno sudah menghadapi masalah paling kritikal...
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.