Janji Dicapati, Bukti umno BN Amal Politik Dendam

| comments

Penduduk 8 buah kampung di pinggir Sungai Pahang mendesak kerajaan negeri Pahang mengambil tindakan segera agar meneruskan pembinaan jalan baki 15 kilometer yang gagal disiapkan.
 
Dalam aduannya kepada Konvoi Cakna Rakyat PAS Pahang, wakil penduduk Suhaimi Abdul Manan, 51, berkata jalan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Guai itu amat perlu kepada lebih 5,000 penduduk berulang-alik daripada kampung berkenaan.

Inilah satu-satunya jalan yang digunakan penduduk untuk mengeluarkan hasil pertanian, pelajar bersekolah dan perhubungan untuk berurusan ke Temerloh dan Maran.

“Pada ketika ini kami terpaksa menggunakan jalan kampung pesisir Sungai Pahang yang sempit, mudah dinaiki air bila musim tengkujuh dan sudah tidak sesuai lagi kerana banyak kenderaan.

“Dengan itu kami mendesak Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan segera agar meneruskan pembinaan jalan tersebut bagi membuktikan kerajaan benar-benar membela nasib rakyat seperti yang digembar-gemburkan,” katanya.

Menurut Suhaimi yang juga bekas Ketua Kampung Guai, projek jalan pesisir Sungai Pahang sejauh 25 kilometer itu pada asalnya telah dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dengan peruntukan daripada  sebanyak RM48 juta sekitar di penghujung tahun 1980-an.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM22 juta sudah digunakan untuk pembinaan jalan dan membayar tanah-tanah penduduk yang terlibat dengan pengambilan.

Malangnya apabila DAP memenangi Dun berkenaan (Triang) tahun 1990 melalui Leong Ngah Ngah, projek tersebut dihentikan. Apabila LKWJ dibubarkan pada tahun 2000, wang  baki lebihan RM26 juta telah dikembalikan Kerajaan Pahang kepada Kerajaan Pusat dengan pembinaan jalan tersebut gagal disiapkan.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit