Pada Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang di Dewan Sekilau, Jalan Haji
Ahmad, Kuantan, Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) mengambil
kesempatan untuk menyerahkan memorandum kepada pimpinan tertinggi
Pakatan Rakyat.
Memorandum
30 perkara itu merupakan tuntutan dan cadangan kepada Pakatan Rakyat
untuk dilaksanakan apabila Pakatan mara ke Putrajaya.
Hampir 80 peratus tuntutan melibatkan kepentingan dan kebajikan warga
tentera yang masih berkhidmat dan selebihnya untuk pesara tentera dan
mereka yang menamatkan perkhidmatan tanpa bersara.
Antara tuntutan dan cadangan itu ialah:
1. Semakan semula ke atas Akta Angkatan Tentera, 1972 agar
bersesuaian dengan keadaan semasa, di samping memberikan keadilan sama
rata di antara peringkat LLP dan Pegawai.
2. Tuisyen percuma kepada anak-anak warga tentera dan bekas tentera.
3. Kenaikan elaun perumahan, COLA, Elaun Khidmat, Elaun Perjalanan
mengikut kadar yang telah kami gariskan di dalam memorandum berkenaan.
4. Elaun bagi Pingat-Pingat Perkhidmatan (PPA, PPS dan PJM) termasuk
anugerah Pingat Khas kepada athlet-athlet atau ahli sukan yang berjaya
mengharumkan nama ATM atau negara beserta elaun bulanan.
5. Bantuan Sara Hidup setiap bulan kepada bekas-bekas tentera yang
tidak berpencen mengikut kadar perkhidmatan mereka seperti yang kami
gariskan di dalam memorandum berkenaan.
6. Perkhidmatan bas sekolah di setiap kem tentera secara percuma
kepada anak-anak warga tentera dan bekas tentera bagi mengantikan
penggunaan trak tentera yang berisiko dan tidak selesa.
7. Kemudahan WIFI di semua kem tentera.
8. Kelengkapan CCTV di setiap pintu masuk kem tentera dan juga di stor simpanan senjata dan peluru.
9. Menaik taraf PERNAMA (Perwira Niaga Malaysia) ke taraf ‘market’
yang lebih besar bagi kemudahan warga tentera dan bekas tentera
berbelanja untuk barangan harian dengan kadar yang murah.
10.Memperkasakan
fungsi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan meletakkan Pengarah
KAGAT sebaris dengan Panglima Ketiga-Tiga Perhidmatan iaitu DARAT, Laut
dan Udara agar fungsi KAGAT lebih dihormati.
11.Menentukan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) diuruskan dengan
baik dan telus di mana wang LTAT tidak boleh dipinjam
sewenang-wenangnya termasuk oleh kerajaan atau badan lain seperti Felda
atau sebagainya melainkan untuk warga tentera atas kebajikan mereka.
12.Tanah untuk bekas-bekas tentera samada melalui Felda Plantation
atau sebagainya, sekurang-kurangnya satu lot tanah yang boleh didirikan
rumah kediaman.
13.Pencen minima sebanyak RM1,500.
14.Menolak perkhidmatan sehingga 27 tahun, tetapi menerima tempoh
perkhidmatan bersara bermula dari 21 tahun hingga 25 tahun sahaja.
15.Kadar pencen melebihi dari 50 % gaji terakhir sekiranya berkhidmat
lebih dari 21 tahun. Kadar yang dicadangkan terdapat di dalam
memorandum.
16.Pemulangan kesemua wang simpanan LTAT sekiranya bersara dan tidak berhenti awal.
Terdapat beberapa tuntutan lain yang kami nyatakan di dalam
memorandum termasuk dalam hal BAKAT (Badan Amal Kebajikan Angkatan
Tentera), Sukan, Pembelian peralatan pertahanan, pakaian seragam, aspek
latihan dan kerohanian dan sebagainya.
Untuk makluman, banyak dari tuntutan dan cadangan KOBAT ini adalah
ilham dari warga tentera serta bekas-bekas tentera yang kami temui.
Semua tuntutan yang kami nyatakan di dalam memorandum tersebut akan kami
siarkan sepenuhnya.
(Sumber: Blog rasmi Kobat)
(Sumber: Blog rasmi Kobat)
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.