Apakah orang asli atau orang Asal perlu kita sisihkan?, sudah 50 tahun lebih kita merdeka, namun kenapa orang asal masih belum mampu bersaing dengan kaum-kaum lain dinegara ini?.
Dimana silapnya?, mereka ini dahulu pernah digelar simpanan rezab si penguasa, namun kenapa mereka masih dilihat terlalu mundur?
Soalan ini sangat susah dijawab, apakah salah mereka sendiri atau salah kerajaan yang memimpin?
Lihat video dibawah
Mereka ini juga rakyat Malaysia, mungkin jika tidak aset yang memacu ekonomi negara ini, mereka ini warisan negara, kita takkan boleh sesekali menyisih mereka dari masyarakat yang pelbagai di negara ini. orang asal perlu diberi layanan sama rata.
Lihatlah contoh yang ditunjukkan dalam video ringkas diatas, orang asal juga sebenarnya punya cita-cita, kerana kesempitan hidup dan "ketidak seriusan" kerajaan membantu mereka hasrat menyambung pelajaran terpaksa dilupakan, bayangkan hampanya perasaan remaja itu, hampa perasaan keluarganya.
Kemudahan asas, janganlah kita mendabik dada mengatakan negara ini membangun, maju serba serbinya, aman makmur, aman makmur itu tidak bererti jika rakyat tidak mendapat apa yang sepatutnya, aman dan makmur itu tidak begitu bermakna jika perut tidak berisi.
Kemudahan asas, janganlah kita mendabik dada mengatakan negara ini membangun, maju serba serbinya, aman makmur, aman makmur itu tidak bererti jika rakyat tidak mendapat apa yang sepatutnya, aman dan makmur itu tidak begitu bermakna jika perut tidak berisi.
Negeri asal perdana menteri sendiri tidak menyediakan elektrik dan bekalan air bersih kepada masyarakat ini, apakah ini satu dikriminasi?, sedang kita dibuai oleh tahyul cerita drama di TV, kononnya semua rakyat malaysia ini kaya belaka ( cerita drama menipu di TV yang memaparkan kisah bisnesman yg berumah besar dan ada perniagaan hebat) sedang hakikat malaysia tidak sebegitu.
Orang asal tidak harus disisihkan, mereka tidak bodoh, selama ini mereka hanya dipergunakan sebagai rizab simpanan kerajaan, mereka dijanjikan macam-macam menjelang pilihanraya, dan kemudian mereka disisihkan lagi.
Orang asal ini mendapat tempat tidak selayaknya, biarkan saja mereka dengan cara hidup tradisonal mereka, namun mereka juga berhak menikmat malam yang juga diterangi lampu kalimantang, juga minum dan masak dari sumber air bersih yang dirawat, punya kemudahan yang rata-rata kita juga dapat, dan harus sekali dibantu untuk terus maju dalam pendidikan.
Dimana silapnya?, dan silap siapa?.. apakah mungkin silap kita? atau melayu umno yang hanya mahu berjuang untuk melayu kesenangan "sang melayu elit"?
Dimana silapnya?, dan silap siapa?.. apakah mungkin silap kita? atau melayu umno yang hanya mahu berjuang untuk melayu kesenangan "sang melayu elit"?
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.