Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak,
Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno
sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4
Disember lalu.
“Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memhon maaf atas cubaan menyemai
budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan
santun dan berbudi pekerti. Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng
sampai hari ini.
“Padahal kami sekian lama menanti kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke
kampung ini,” kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang
media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Said
berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan
membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam,
adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain.
“Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk
yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar
penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin pula berkata,
pihaknya belum menerima sebarang perkembangan siasatan polis.
“Yang kita lihat sekarang, penyerang pula yang mempersalahkan
penganjur. Sedangkan kita sudah lapor kepada pihak berkuasa,” kata
merujuk SMS ancaman sebelum kejadian itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN Gombak akan terus mengadakan program ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat.
“Terbaru pada 19 Disember, di tempat sama,” katanya sambil menuntut
pihak berkuasa mengadakan kawalan bagi mengelak gangguan samseng Umno.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
+ comments + 1 comments
Tidak hairanlah kalau bapak borek anak rintik. Lupakah rakyat Malaysia sedangkan bapaknya mahaguru silat pun pernah pukul orang dan dihantar kepulau jerjak ini kan anaknya telah pun ikut jejak bapak dia mau tunjuk samseng. Salah menggunakan ilmu. Kalau dah rasa hebat sangat pergi kat palestin tu kasi ajar yahudi tu. Guna ilmu pukul orang melayu pulak. Ada akal ka?
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.